Sunday, March 29, 2009

pesta keluarga RKM

Editor dan Obama-mania
Obama beramal di Singapura untuk RKM.

Ingatkan nak buat posing mrepek, tapi kita telah diberikan amaran oleh tukang amek gambar sebab dorang taknak menjatuhkan murtabak Obama.

SINGAPORE : Ilham Anas lebih dikenali dengan nama timangannya, "Mr Obama Indonesia". Nama jolokan tersebut diberikan rakan-rakannya kerana raut rupanya yang hampir-hampir sama dengan President kulit hitam pertama Amerika Syarikat, Encik Barack Obama.

Semenjak kemenangan Encik Obama November lalu, Ilham diberikan liputan media yang luas, persis seorang artis yang masyhur. Beliau sekarang berada di Singapura atas nama amal. Kehadiran beliau di Rumah Kebajikan Muhammadiyah amat dialu-alukan. Para pengunjung yang mahu bergambar dengan beliau harus membayar $10 yang akan disalurkan kepada dana RKM.

Walaupun sudah bergelar 'artis' dalam sekelip mata, Ilham masih lagi terkejut dengan perhatian yang diberikan ke atas beliau. Komentar beliau? "Pastinya saya terkejut kerana ramai orang yang gembira untuk bergambar dengan saya." - CNA

Saturday, March 28, 2009

Warung

Satu Minggu Lagi
tak banyak masa, perlu lebih jiwa...
Sebuah kedai kopi di Kelantan

BUAL LEPAK - Gambar nih khas ihsan Kak Syikin. Aku tergelak sekejap bila bukak email. Sapa cakap orang Kelantan tak kreatif? Amacam? Caramel Frapuccino dan Kelantan Cheesecake keper? Cakap pasal kreatif, ada lagi satu aku nak tunjuk...Video di bawah nih. Video yang terlalu kreatif, tetapi ada sikit kurang ajar. Walaupun bertujuan untuk membawa kebaikan, tetapi tidak mempunyai "social awareness". Korang tengok ler sendiri...

Tak ker tuh namanya kurang ajar? Tapi kreatif ar...

Saturday, March 21, 2009

Dia giler

Amaran: Aksi ini dilakukan oleh seorang pelumba motosikal mapan yang gila. Beliau telah menerima kritikan keras atas apa yang telah dilakukan oleh majalah-majalah serta rancangan televisyen di Greece. Sayangi keluarga anda, sayangi nyawa anda, dan jangan gadaikannya setakat untuk letak video dalam youtube. Kalau betul2 nak buat jugak, biarlah setakat buat dalam videogame sahaja. - DurbarNews

Thursday, March 19, 2009

sebuah pementasan PBMUKS..

Salam hormat,

Kami dari Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) akan menganjurkan sebuah pementasan berjudul, Qalbu pada tanggal 12 April 2009. Pementasan kami mengisahkan tentang kasih sayang yang wujud antara dua adik-beradik walaupun mereka tidak berjumpa dan mengenali antara satu sama lain. Sifat kasih ini timbul hanya selepas berlakunya suatu kejadian yang tidak diduga. Qalbu juga menyentuh isu-isu sensitif seperti keluarga porak peranda, isu-isu moral dan kelakuan segolongan anak-anak muda kini yang luar daripada kawalan.

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) mempersembahkan:
Pentas Budaya 2009: Qalbu

Tarikh: 12 April 2009, Ahad
Masa: 3 petang atau 8 malam
Tempat: Lee Foundation Theatre
Alamat: NAFA Campus 3 at 151 Bencoolen Street, the Lee Foundation Theatre.
Harga ticket: $15


Bagi sebarang pertanyaan dan pembelian tiket-tiket, sila hubungi Nisa di 96402111. Kami harap anda dapat memberi sokongan kepada kami dengan menghadiri pementasan ini.


Terima kasih.
Pihak Publisiti Pentas Budaya 2009: Qalbu
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura

Monday, March 16, 2009

Yang Hidup Pasti Kembali...

Innalillahi wainna ilaihi rojiun

Dengan dukacitanya, saya ingin mengumumkan bahawa nenek kepada Jujut, Allahyarhamha Hajah Normah bte Mum baru sahaja kembali ke Rahmatullah. Kita memohon dan berdoa agar jasadnya dicucuri rahmat dan diletakan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Kepada mereka yang ingin memberikan ucapan takziah, harap dapat kemukakan terus kepada Sdr Jujut.

Sekian, wassalamualaikum wr wb

Sunday, March 15, 2009

warkah untuk diari...

Entry #135


Dear Diary,

Semalam bos ajak semua bebudak dikir makan kat New Hawa Restaurant. Aku memang tak pernah dengar tempat tuh. Namanya pelik. Kenapa mesti bubuh "new"? kalau retaurant tuh dah bertahun bukak takkan masih panggil "new" lagi? Lantak la. Aku bukan tokeh. Ckp nak makan kat Simpang Bedok, tapi dengar-dengar ribut sebab Man Utd nak lawan Liverpool. Cakap pasal bola plak, untuk pengetahuan diary, aku happi giler sebab Man U kalah. Bukan aku support Liverpool pun, sajer nak tengok Man U kalah. Heheheh. Tempat New Hawa nih kat Selegie. Time nak pegi sana tuh best. Ramai-ramai naik motor macam mat rempit, walaupun motor aku bukan rempit-type, lebih kepada pak-cik-type. Tak kisahlah, janji belakang ada minah, dan konvoi ramai-ramai.

Lagi satu nih nak taruk dalam diary. Hari ini juga merupakan hari jadi Haziq. Dah dua tahun dah. Masih cute lagi. Macam nak hug dia lama-lama. Dah besar mesti hemsem. Part nih mesti bapak dia akan cakap, "Sebab bapak dier hemsem!!". Tapi menurut kajian sains, kadang-kadang, melalui pensemaian recessive allele, bapak yang tak hensem juga mampu mendapat anak yang hemsem, cuma probabiliti dier lebih rendah. Jadi simpulannya, tidak semua bapak yang hemsem akan dapat anak yang hemsem. Tapi walau apapun, bapak dia tetap hemsem. Apanya yang hemsem? Walletnya la! Makan-makan nari mencecah kurang lebih 600 dolar! Fuh, second prize pertandingan dikir barat tuh, semua dia settle. Nih yang best. Oklah, sampai di sini saja. Aku nak tido. Besok Naz tunang.

PS: Moga-moga di majlisnya banyak sedara-mara yang hot.

Saturday, March 14, 2009

Amaran Kesihatan,,,

Di sebuah firma IT Mumbai...
poster langit-langit bilek merokok...

ish.. kejamnyer...
-DurbarNews

This weekend...

Aktiviti Hujung Minggu
All Durbarians are welcomed...
Sabtu: Makan besar cum tengok bola, Rezal blanja!
Mana? Hawa Restaurant
Kol Braper? 8 mlm
Datang awal, tempat terhad... Makan-makan nih dianjurkan sebagai penghargaan bagi semua sukarelawan yang telah menjayakan PBP09!
Ahad: Show org kawin plus Naz tunang!!!
Mana? S'pore Indian Association
Kol braper? Show kol 11am dan 5pm
In between, kita tgk Naz dan Aisyah tunang!! Setelah kurang lebih 5 tahun berdating, akhirnya, Sdr Naz dan Sdri Aisyah nak tunang selama setahun sebelum kahwin! So sweeeet la seh...

Thursday, March 12, 2009

Petua kita

Tanda Wanita yg Masih Dara
Bersama pakar kecantikkan yang tak bertauliah
~Puan Zakiah Osman


Makin lama akak tinggal kat dunia nih, makin tertekan plak. Bukan apa, kalau akak keluar kat Orchard Road tuh, fuh kemain lagi anak-anak muda Melayu kita yang tidak segan silu berkucupan dan berpelukan di khalayak ramai. Yerla, memang korang semua dah pernah dengar. Bukan apa, ini keluhan orang-orang tua. Maklumla, kita semua akan ada anak nanti. Bila nak dikahwinkan orang, kita sebagai ibu bapa nak jugak tahu sama ada anak yang kita nak kahwinkan nih masih dara atau tidak. Nak carik menantu pun gitu kan? Mestilah nak yang baik. Nih akak nak syorkan cara-cara nak 'identify' gadis-gadis dara. Kebanyakkan petua yang akak nak berikan nih datangnya dari ilmu nenek moyang. Ada jugak akak pakai sains. Haaaa, amacam? Bleh tahan tak ilmu akak nih? Ok, akak tak banyak songeh lagi, jom baca...

Reka Bibir
Bibir adalah antara aset wanita yang paling penting. Kekadang kalau lelaki dah naik syok kat wanita, bila kita bebual, dia bleh tenooooong jer lelama kat bibir kita. Kita dapat mengenal pasti sama adagadis tuh dara kalau bibir seorang gadis itu sangat 'seductive' dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekaannya pula fuhh! Cantik dan rata. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas. Tapi tak semua gadis yang dara macam tuh. Ada yang dilahirkan dengan bibir yang tak sempurna, jadi tuh, takbleh pakai 'method' akak nih la... Check yang lain.

Dahi Yang Meropol-ropol a.k.a berkedut
Gadis yang masih virgin akan mempunyai dahi yang licin macam pantat bayi. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara, mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis (macam kuih lapis) walaupun masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.

Bentuk Punggung

"kalau punggung besar sikit, orang tengok pun nak cubit" -Durbar 2, Mega Perdana 2008

Bentuk punggung juga akan menunjukkan sama ada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita that has lost it, punggungnya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki punggung yang solid dan tidak bergoyang. Walaupun gadis tersebut pergi treatment sekalipun, payah untuk gadis tersebut mengembalikan bentuk punggung yang asal, sebelum persetubuhan.

Telinga
Ketiadaan dara juga dapat dilihat by paying attention pada bentuk bahagian telinga kanan dan kirinya. Sedikit anak rambut akan kelihatan di sebelah pipinya. Anak rambut ini berjuntai dan lembut serta halus. Ia dapat dilihat dengan jelas jika anak rambut itu ditiup angin. Ia mudah terselerak dan agak tidak teratur ketika ditiup angin dan apabila anak rambut itu kembali pada its usual postion. Pipi yang ada anak rambut ini juga dilihat agak lebam dan ianya tanda wanita itu telah berkahwin.

Tumit
Cuba lihat tumit korang semua. Kat hujung tumit korng, cuba picitkan siket. Sekiranya selepas picit, dan darah anda kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Bukan berdarah eh. Jika kawasan yang dipicit itu pucat dan darah kembali dengan lambat, ha! Anda tak suci lagi. Beware! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya .Ini hanyalah some methods for you all so that you all can see if seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah kahwin. Dah tentu-tentu dorang halal.

Mata
Bukan mudah untuk seseorang yang hilang dara ingin menyembunyikan identitinya dari diketahui lelaki yang pandai observe. Sebab itulah wajar jika kita menjaga maruah dan menundukkan pandangan dari panahan lelaki. Terdapat tanda lebam atau garis di bawah kelopak mata seorang yang tidak dara. Lebam ini tidak seobvious lebam orang yang tidak cukup tidur. Hanya sedikit sahaja, macam hitam covered under the kelopak mata yang terlipat itu. Iaitu the wrinkles pada bawah mata will be very obvious jika si gadis sudah hilang dara.

JANGAN HAMPA KALAU ANDA BUKAN DARA!!! DUNIA BELUM KIAMAT LAGI!!

Tidak bermakna wanita yang tidak dara telah hilang keseriannya. (Cheywah! Kang takut lak orang nak kahwin dengan orang yang bukan dara..). Sebenarnya, wanita yang telah hilang dara adalah lebih cun daripada gadis sunti. Tidak hairanlah sekiranya janda dan isteri orang semakin menjadi rebutan (Tak caya tanya suami anda. Tak pun tanya Dzar. Dia suker MILFS). Yang menghilangkan seri wanita tidak dara ialah, mereka melakukan perbuatan terkutuk dan maksiat. Bagi wanita yang berumah tangga secara halal.. mereka sebenarnya 100x lebih cun mengikut kajian.

Rambut Wanita
Rambut wanita lebih fuh-lawa-macam-keluar-saloon dari rambut gadis sekiranya si suami selalu membelainya. Rambutnya semakin lembut dan menawan 7125385x. (takyalah pegi saloon buat treatment, jimat duit). Pada wanita yang dah berumah tangga secara halal, haa, akak nasihatkan, tak perlulah pakai Rejoice ke.. Pantene ke.. Feather ke.. Just pakai shampoo biologi dari suami anda. Bukan shampoo tuh eh! (otak kuning!!!)...Pakai shampoo nih (yang akak baru cakap). Ini juga akan menjamin keharmonian hidup. Bukan setakat rambut sahaja, malah bibir dan beberapa bahagian lain juga akan menjadi lebih cantik dengan bantuan suami.

Oklah, akak nak minum air Ribena. Penat ah bebual... -DurbarNews

Komik Mingguan

Kurik-Kurik
Grafik: Amelia
Artwork: Amelia
Jalan Cerita: Pon dia jugakkk

Kita perlukan Duracell Bunny sebagai pengadil. Baru adil agaknya. Energy sentiasa 100%


(click to enlarge)

Dikir related...

Dan Ianya Bermula...
Selepas berabad tak berbaris tiga

I, (name and IC number), will uphold the duty, of the NS, and my country oso, and protect my mom.. bla bla bla bla...

Latihan untuk Piala KGMS bermula awal malam semalam dengan kehadiran kerabat Durbar Dua, yang jumlahnya cukup untuk membuat tiga barisan. Ini merupakan sebuah fenomena sebab tak pernah-pernah latihan buat tiga row. Paling banyak pun dua row, tuh pun terkadang tak lengkap. Latihan dilestarikan dengan nyanyian medley lagu-lagu old skool dikir barat dan juga lagu-lagu Kelantan. Team DNN telah menyiasat dan menyimpul serta menjelaskan fenomena sedemikian. Ianya mungkin berlaku atas sebab beberapa perkara.
  • Dah lama tak berdikir. Sesi latihan serious yang terakhir adalah pada pra Mega Perdana 2008. Jadi, semua gian.
  • Mon punya matair dah balik kampung. Sebab tuh dia turun. Memang jarang nak nampak dia turon.
  • Mereka nampak standard yang ditunjukkan kumpulan-kumpulan setempat di PBP09, jadi, mcm jeles pun ada.
  • Turun sebab ingat Rezal nak blanja. Memang, part nih selalunya mereka yang tak turun training selama beberapa abad pun akan tunjukkan muka.
Namun begitu, saya pasti, ramai yang turun sebab sekadar gian dikir. Kami, dari Team DNN, mengharapkan agar jumlah orang-orang yang hadir untuk latihan kekal macam nih. Barulah semangat sikit nak tepuk dan nyanyi. Pada kali ini, Durbar Dua akan bermain konsep hip-hop alternative ala ala Linkin Park feat Jay Z. Dan kepada anda yang nak join (cheh, sempat), walk in jer di Bishan CC, CD shelter. Kepada semua kumpulan yang akan bertanding, selamat menjalani latihan. Jumpa anda di persada Piala KGMS kelak. - DurbarNews

Pre PBP 09

Sementara Korang Berlatih...
Kita plak sedang berlibur! Konvoi 4 kereta...

Editor's semi-dokumentari perjalanan ker Kota Tinggi dan Melaka

MELAKA - Sementara kumpulan-kumpulan lain sibuk berlatih untuk Piala Buluh Perindu 2009 beberapa minggu yang lalu, ahli kerabat Durbar Dua telah mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di semenanjung, khususnya, di Kota Tinggi dan Melaka. Maklumlah, semuanya sudah siap, banner dah tinggal nak pasang, kerusi sudah ditempah, platform pun sudah siap untuk diangkat. Pihak penganjur menggunakan masa yang ada untuk menguatkan tali silratulrahim dan berkonvoi untuk ke destinasi. Ini merupakan cetusan idea spontan dari kerabat memandangkan kebanyakkan kerja-kerja dalaman PBP09 sudahpun diselenggarakan.

Konvoi sebanyak 4 kereta itu diterajui oleh empat orang pemandu mapan, Sdr Rezal, Sdr Santau, Sdr Black dan juga Sdr Apu. Aktiviti yang berlangsung selama sehari suntuk itu bermula seawal enam pagi, sesuatu yang boleh dianggap sebagai sebuah 'miracle' bagi Sdr Apu kerana buat pertama kalinya, beliau berjaya bangun pagi untuk melaporkan diri. Pada mulanya, memang kita sangsi akan kemampuannya untuk bangun pagi. Sekarang dah tak lagi. Walaupun pada awalnya, kegencotan kecil yang dialami di kastam mengugat keceriaan kami, semangat serta initiatif yang ditunjukkan oleh Sdr Faizul dan Sdr Apu berjaya mengawalkan keadaan. Sekalung budi penulis ucapkan kepada mereka berdua yang tolong 'settle'kan kes (view video).

Sayangnya, kamera peribadi wartawan kami tertinggal kat dalam kereta semasa kita semua sedang bermandi-manda di air terjun Kota Tinggi, jadi, kepada ahli kerabat yang ingin melihat gambar-gambar tersebut, saya meminta maaf. Harap bertemu dengan Sdr Santau ataupun Sdri Idah sebab gambar-gambar tersebut ada kat dalam kad memori dorang. Hujan yang turun dengan lebat pada lewat petang berterusan sehingga ke malam tidak sedikit pun menghambat aktiviti kami, malah memberikan cabaran yang lebih bagi para pemandu yang sentiasa dalam keadaan ngantuk, lebih-lebih lagi lepas makan besar kat restoran-tah-hapak-nama-dia. Alhamdulillah, semua balik dalam keadaan selamat. Insha allah, sekiranya berkesempatan, lain kali kita pegi Thailand plak. Mcm ye-ye-orrrr. - DurbarNews

Wednesday, March 11, 2009

Latest

KORANG TAK TAU NAK TIDO KAPA?
Lapan orang berdaftar online awal pagi Rabu...

Bukan selalu bende macam nih berlaku... @ 2.30am...Mungkin tanda-tanda kiamat dah dekat...

Petang-petang, sunyi sepi. Kalau malam, hish, bukan main hidop lagi. Pagi tadi, pabila ramai yg masih dibuai dalam enakkan mati sementara, lapan insan nih masih berligar-ligar di ruangan siber. Mereka yang tak tido nih berdaftar plak tuh. Selalunya chatango kita dipenuhi netizen yg sekadar lalu lalang sahaja. Istilah kita panggil, AA ataupun Anonymous Agents. Kecoh.. baru lapan. Luqman Blank, Alep Anak Gelamo, Arip Rasaksa, Naqiah, Kaduk, Naz, dan Rezal. Dengan itu, saya dapat meramalkan, besok, mereka-mereka nih semua akan bangun lambat, suroh orang cover ataupun setidak-tidaknya ambil MC. - DurbarNews

Tuesday, March 10, 2009

sebuah segmen mingguan baru...

Orang Bukan Islam pun Tahu
Luahan seorang hamba Abdi

Penulis mingguan:
At Paa (Ah-TEC punya adek angkat)


Kadang-kadang, maaf cakap, hamba malu nak menunaikan fardhu depan orang lain. Time NS, biler nak sholat depan orang bukan Islam tuh, takut nanti dorang banyak soal plak. "Why must do this? Kena do here ah? At home cannot do ah? Why must five times a day? Why this? Why that?". Hamba bukan mana punya ustat nak jelaskan pada dorang. Kalau members Melayu plak, mesti tak lepas bisik-bisik kat members lain, macam hamba bukan 'one-of-them' gitu. Kadang-kadang kat sekolah tuh, lagi-lagi biler dengan members yang tak buat, biler nak mintak diri tuh setan bisik, "Alamak, nanti dorang ckp ko mana punya alim." Yerla, ramai yang akan kata, "Apa nak malu? malu depan Tuhan laaaa." Tapi yang cakap gitu selalunya adalah yang tak selalu buat kat tempat-tempat non-conventional.

Al kisah, tadi hamba ada menunaikan sholat Fardhu Zohor bersama ibu hamba kat rumah. Maklumlah, nari off. Kocek pun tengah kering. Jadi, seperti anak-anak mithali, hamba duduk kat rumah diam-diam. Baru masuk rakaat yang pertama, tengah baca surah selepas Al-Fatihah, tetiba, dengar orang panggil kat luar. "Hello! Hello! Gas!!" Hampeh, terhilang khusyuk sementara. Masalahnya, dia panggil berkali-kali, ibarat kalau takda org jawab panggilannya, tong gas tuh akan meletup agaknya. Panggilnya semakin kuat dan boleh dengar intonasi yang agak 'desperate'. Pintu yang dia ketuk tuh dah macam nak roboh. Tapi hamba tetap 'cool'. Luaran jer. Dalam hati hamba, ada seribu macam persoalan yang hamba fikirkan. Antaranya...
  • "Halermak, acam mak aku boleh beli gas saat-saat genting nih..."
  • "Siak punya apek. Takbleh tunggu skejap ker..."
  • "Ish, macam mana nih. Ikutkan hati nak batalkan jer sholat aku, settlekan duit gas."
  • "Ustaz ada ajar, dalam sholat boleh jawab salam kalau ada orang kat luar. Tapi dia Cina kapir seh.. apa aku nak jawab? Takkan nak cakap 'hold on! I praying!' "
  • Kalau dia 'chow' macam mana? Gas tuh kirer burn keper? Nanti leceh, nak kene 'call' balik. Kalau dia double charge sapa nak pegi tanggung?"

Sesungguhnya, setan akan sentiasa mencari kesempatan untuk hilangkan konsentrasi anda. Namun begitu, hamba sambung jer fardhu macam biasa dan cuba dengan sedaya upaya untuk buat bodoh dengan si apek... Sekali, ada satu part nih, dia macam nak gila. Kedengaran tangan dia meraba-raba daun pintu. Pulak masa tuh kita tak sempat kunci. Sekali, si apek tuh, bukak pintu kita (bukan gate, sebab gate dah kunci. Pintu dalam jer tak kunci). Biler dia dah swing pintu tuh, baru dia terdiam, sebab sekiranya kita mengambil kira posisi dia berdiri kat luar tuh, angle dia 'cun-cun' boleh nampak mak hamba dalam keadaan bertelekung. Hamba ingat dia akan 'freak-out'. Tapi dia 'cool'. Dia relek kat luar sampai kita habis.

Sejurus kita habis, dia pun cakap, "Sorry boss, I thought no one inside. I angry because no one open the door. Address correct. But no one open. But I saw you all praying, then I know. Sorry ah. I don't know you all praying." Sejuk hati hamba. Orang bukan Islam pun tahu cara kita beribadah. Dah tahu, tak kutuk pulak tuh. Sehari suntuk hamba tersenyum. Ala, macam ibarat 'ive-seen-the-light' lah gitu... - DurbarNews

Monday, March 9, 2009

Pandangan... (ada pandangan? Emel editor!!)

KONSEP KUMPULAN HARAPAN
SUATU PENELITIAN RINGKAS


Penulis undangan:
Noorhaqmal Mohamed Noor


Start-start
Artikel ini ditulis demi menerangkan lebih lanjut akan beberapa hal berkaitan dengan isu yang sedang disoalkan sama ada melalui perbicaraan umum, media cetak, media elektronik dan jenis media yang lain. Memandangkan kemungkinan artikel ini akan dibaca oleh audiens internet yang ramai, maka jelaslah wacana penyampai sebegini yang penulis rasa sesuai digunakan. Penulisan ini akan menjejak dua aspek memahami kategori ‘Kumpulan Harapan’, iaitu makna dan konsep.

WTH Is ‘Harapan’?
Seperti biasa, sekiranya seseorang itu berminat untuk tahu makna, maksud atau konsep suatu perkara, sebaiknya rujuk dulu makna bendalah tu. Jadi dalam hal ini, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), istilah ‘harapan’ membawa maksud ‘sesuatu atau seseorang yang diharap(kan), perihal mengharapkan, orang yang diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan, terus berharap dan tidak putus berharap’. Itu mengikut kamus lah. Demi mencari definisi ‘harapan’ yang mendalam, kita tengok pulak apa orang putih cakap pasal benda ni. Jadi, kalau harapan tu kita translate kat bahasa Inggeris kita boleh gunakan perkataan ‘hope’.

  • Kalau ikut Dictionary.com (2009), “hope is a belief in a positive outcome related to events and circumstances in one's life. Hope is the feeling that what is wanted can be had or that events will turn out for the best.”
  • Kalau ikut kamus Merriam-Webster.com (2009), maknanya pula ialah “to cherish a desire with anticipation, to desire with expectation of obtainment, to expect with confidence”.
WTH Is ‘Kumpulan’?
Dalam seksyen ni, kalau kita masih tak faham makna ‘kumpulan’, kemungkinan besar masalah kronik struktur neuro dan pembangunan akal sudah mula menunjukkan kesan-kesan ‘tiada jalan pulang’.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2009) cakap, antara makna ‘kumpulan’ yang ada ialah kelompok, beberapa orang, segala sesuatu yang telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah atau himpunan. Dalam hal ini, kita rujuk ‘kumpulan’ sebagai beberapa individu atau orang yang mewakili sesebuah kumpulan. Sebagai contoh, kumpulan Kelana Purba, kumpulan Durbar Dua dan sebagainya.

Kumpulan pun boleh jadi kerabat atau organisasi atau kesatuan atau angkatan dan sebagainya. Sebagai contoh, anggota kumpulan Neng Nyno dan Merpati Puteh 27 semuanya di bawah naungan kumpulan/kerabat/kesatuan Kelana Purba. So, macam gitu lah maknanya kumpulan.
Jadi basically, makna orang putih ngan orang Melayu dengan orang dikir barat dengan orang blogspot dengan orang internet, kira nak seakan-akan lah jugak. Sekarang kita dah paham sikit makna istilah ‘harapan’ ni, kita pegi pula ke fahaman konsepnya.

Konsep Kumpulan Harapan
Bila kita cakap pasal konsep dalam hal ni, bukanlah bermaksud konsep macam ‘skaters’, ‘surfers’, ‘punk’ dan yang lain-lain. Sebab dah memang bahasa Melayu ni memang dinamik dan stail dan trendy mengikut zamannya, maka satu perkataan tu boleh membawa pelbagai makna. Konsep ni datangnya daripada perkataan orang putih lah yang sering kita paham, iaitu ‘concept’.

Ada satu penulis ni nama dia Rosemarie, dia tulis dalam buku Hope: an international human becoming perspective (1999). Dia cakap ada seorang pakar psikologi dan perubatan ni nama dia Vaillot (1970) yang buat kajian pasal benda harapan ni. Vaillot cakap, “Hope springs from the depths of one’s being”. Si pakar ni pun percaya yang harapan tu penting dalam kehidupan mahupun dalam kematian. Kita semua sentiasa dalam keadaan berharap time hidup, time da mati pun kita di dalam pemikiran yang masih mengharap.

Sekarang kita lihat yang kita da tahu:

“Kene tengok aspek lain juga. Antaranya..

  • Menujukkan asas permainan seni dikir yg baik.
  • Menunjukkan keghairahan dan kesungguhan dalam mempraktikkan seni dikir.
  • Kumpulan yg baru bertapak (kadang kala ini pun boleh jadi isu sebab kita tak ada statistik, semua hasil bukti adalah melalui perbualan, jadi susah nak tentukan kesahihan)
  • Menunjukkan etika yg baik di dalam dan luar gelanggang (ini juga penting, perlu patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur).”

(Dipetik daripada lelaman kumpulan dikir Durbar Dua, http://durbardua.blogspot.com/ pada 7 Mac 2009)

So basically, kategori ‘kumpulan harapan’ ni diberikan kepada kumpulan yang pengadil tengok ada ciri-ciri yang da diterangkan di atas.

Sekarang bila kita da faham maksud perkataan ‘harapan’ dengan ‘kumpulan’, kita kaitkan dan rujuk semula dengan kriteria yang pengadil dah kasi. Jadi bila kita dah plus kan benda-benda ni, maka sesuailah kita fahamkan bahawa sebuah kumpulan yang mendapat gelaran tu telah “diberi” harapan atau “mempunyai” harapan. Ni pun satu cara nak faham konsep kategori ‘kumpulan harapan’ ni.

Bila kita cakap “diberi” tu maknanya, kumpulan yang menang tu, judge kasi dorang harapan untuk berusaha lebih gigih dan berusaha supaya boleh jadi kumpulan “gergasi” yang sudah ada sekarang ni. So kira macam judge kasi diorang semangat, ruang dan peluang sikit lah. Ni satu aspek.

Lagi satu aspek, kumpulan yang “mempunyai” harapan tu kirakan macam kumpulan yang ada potensi atau harapan untuk pergi jauh dan mungkin menjadi kumpulan “gergasi” yang sudah ada sekarang ni. Tapi, tak semestinya kumpulan yang takda ‘harapan’ tu kira memang takda harapan langsung. Ni sumer subjectif mengikut usaha masing-masing.

Pucuk pangkalnya kat sini, dua-dua aspek end-up jadi satu ultimatum atau result. Dua-dua aspek cakap yang kumpulan yang menang ‘kumpulan harapan’ ni boleh jadi kumpulan “gergasi” satu masa nanti. Namun demikian, kumpulan ni of course lah mesti kena usaha, berlatih, tekal, cekal, gigih, tabah, sabar, tahan, committed, siao on, bekerja keras, bijak, pandai, terror dalam pentadbiran dan pelbagai faktor lagi.

End-up Kena Strive and Survive Jugak

“... sebab dikir barat gerek giler, giler pun tak gerek macam dikir barat.” (Aqmal, 2009)

Kesimpulannya, mana-mana kumpulan yang da menang kategori ni, kalau masih berminat nak bertanding dan mengecap kejayaan (diri, kumpulan dan sebagainya) mestilah kena kerja kuat. Mestilah kena kerja keras. Mestilah kena gigih. Mestilah kena sabar. Mestilah itu. Mestilah ini. Yang penting sekali, mestilah MAIN DIKIR BARAT, sebab kalau tak “rugi wooo”.

Bacaan Lanjutan

  • Richard Branson. (2005). Losing my virginity: Richard Branson, The autobiography. London, England: Virgin Books Ltd.
  • Rosemarie Parse. (1999). Hope: an international human becoming perspective. Toronto, Canada: Jones and Bartlett Publishers Canada
  • The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth Edition. Retrieved March 18, 2008, from Dictionary.com

Sunday, March 8, 2009

Sukan

Hambek Kau Nih! Dushhh!!
CDM berikan hentakan realiti dalam arena bolasepak...
Walaupun semua menahan nafas, para pemain Durbar Dua masih tidak dapat menyembunyikan perut-perut mereka yang boroi. Renungkanlah wahai insan yang budiman...

Sungguh tidak kami sangka. Cempedak sudah menjadi nangka. CDM punyalah laju gila. Banyak pemain-pemain yang muda. Berbeza, dengan squad kita. Perut bagaikan orang yang dah berusia. Jadi nak cakap apa? Kita kalah lapan dua!!!

Perlawanan antara CDM dan Durbar Dua semalam, yang berlangsung di Stadium Serangoon merupakan perlawanan terakhir di dalam kalender kedua-dua kumpulan kerana masing-masing akan sibuk menjalani latihan bagi Piala KGMS akan datang. Hujan yang lebat pada petang itu tidak menghambat semangat kedua-dua kumpulan namun begitu meninggalkan kesan yang ketara ke atas padang. Padang Serangoon yang pada awalnya kering dan rata menjadi lecak dan berlumpur. Ini dengan tidak secara langsung menghambat pemain-pemain berbadan besar Durbar Dua sebab dorang susah nak stop biler dah lari.

Kehilangan pemain-pemain berbisa, Aidil, Hamkah dan Francis turut dirasakan apabila jentera midfield serta serangan Durbar seperti ketandusan kreativiti. Permainan yang hambar dapat dibaca dengan senang oleh CDM, yang menurunkan pemain-pemain mapan yang pernah bermain untuk kelab-kelab termasyhur seperti Manchester United dan Real Madrid. Durbar terkial-kial untuk mengekang kelajuan serta prestasi hebat para pemain CDM. Gol CDM datang seawal minit ke-10, hasil daripada half-volley dari luar kotak penalti. Jurang gol mampu dilebarkan dengan lebih dasyhat lagi apabila dua tendangan ke arah gol Durbar Dua terkena palang gol.

Walaupun Durbar Dua mampu untuk menjaringkan dua gol, CDM meneruskan kenduri dengan serangan balas sepantas arnab dikejar anjing laut yang kelaparan. Rabak joy, rabak... Bak kata pepatah omputih, "they were everything that we were not". Namun begitulah hendaknya, kita kalah di tangan pasukan yang jauh lebih baik, jauh lebih teratur, dan jauh lebih hensem. Kekalahan ini ibarat hentakan realiti dan insha allah, akan kami bakar jersi merah jambu tuh sebab semenjak Mon beli baju tuh, kita kalah back to back. First dengan Andika, lepas tuh dengan CDM. Majulah sukan untuk negara! - DurbarNews

Fasal el gambaro...

Pengumuman
Gambar-gambar kumpulan sudahpun dimuat turunkan di sidebar sebelah kiri (under album). Maka tengoklah dengan sepuas-puasnya. Jangan takut, kita sudah ambil 'angle' yang paling hensem mahupun yang paling cantik bagi setiap pendikir. Feel free kalau nak copy paste lepas tuh nak taruk dalam Facebook ker, atau mungkin ada yg masih pakai Friendster ker, Multiply or wadever la kan. Teruskan melungsuri lelaman kami, Durbar News Network, teman dikir anda... - DurbarNews

Paska Kemalangan si Hakim

Hakim Discharge Hari Ini
14 jahitan di bawah mata, luka dan lebam-lebam

Penulis bersama Sdr Hakim di Hospital Besar Changi. Hakim will always be Hakim, senyuuuum jer...

Semalam, penulis berkesempatan untuk menjenguk salah seorang daripada ahli kerabat kita, Saudara Hakim, yang dikhabarkan mengalami kemalangan motosikal. Alhamdulillah, beliau kelihatan sihat, mampu senyum dan duduk untuk diwawancara wartawan DNN. Apabila kami datang melihat, jelas ternampak lebam di mata sebelah kanan yang mana tiga kepingan kaca telah dikeluarkan ekoran kemalangan tersebut. Yang jelas, kemalangan tersebut tidak menjejas tahap keceriaannya kerana tidak sekalipun senyuman terlepas dari bibirnya. Tidak pernah beliau jenuh untuk mengulangi cerita tentang incident tersebut berulang kali. Bayangkan, beliau kena explain pada setiap members yang datang menjenguknya. Datang lain timing plak tuh.

Cerita dia macam nih. Hakim bawak motosikalnya di road dua lane, tak pastilah menghala kemana, tetapi di daerah Bedok. Tiba-tiba, sebuah kereta, menghala dari arah yang berbeza, yang dipandu oleh seorang wanita Cina (biasalah), belok untuk masuk ke tempat meletak kereta di sebelah kiri si Hakim. Oleh kerana si wanita nih gabra dan sudah terlanjur nak belok, dia boleh brek kat depan Hakim pulak. Motosikat Sdr Hakim melekat di pintu belakang kereta yang kepala termasuk ke dalam cermin pintu tersebut. Oleh kerana beliau mengalami kejutan, beliau pitam sementara. Ngeri beb. Alhamdulillah, Tuhan maha Pengasih lagi Penyayang, Hakim tidak mengalami sebarang kepatahan tulang ataupun internal bleeding. Sekadar menerima 14 jahitan dibawah matanya seperti yang anda dapat lihat di atas. Motosikalnya pulak kena scrap.

Doktor memberi pengesahan bahawa beliau boleh pulang hari ini. Kami mendoakan agar Saudara Hakim cepat sembuh. Peringatan bagi mereka yang memandu, tolong check blindspot. Pasal check-check nih la yang boleh selamatkan nyawa orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang menunggang motosikal. - DurbarNews

Saturday, March 7, 2009

Post PBP09

Kumpulan Harapan
- Siapa yang layak nih?

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, penulis telah berpeluang untuk duduk bersembang bersama Sdr Rezal tentang Piala bagi kumpulan harapan. Nampaknya, dari respons mahupun komen-komen yang diberikan oleh netizens dikir barat, ramai yang masih sangsi mahupun keliru dalam hal ini. Nyatanya, ramai juga yang ingin tahu apakah kriteria sesebuah kumpulan untuk layak menimang piala harapan. Antara andaian yang diberikan penggelungsur siber adalah:
  • Piala Harapan itu adalah untuk kumpulan yang tak dapat placing, jadi, sesaper yg dapat 4th, 5th nih semua patut dapat Piala Harapan.
  • Piala Harapan adalah untuk kumpulan-kumpulan baru, kirakan, the best kumpulan baru layak dapat piala nih.
  • Piala Harapan patut diberikan pada budak-budak muda yang kita belum pernah nampak main dikir barat.

Okokok, relek... Jangan ketawakan mereka sebab mereka tak salah untuk buat andaian. Kadang-kala, kita selaku penganjur juga patut dipersalahkan sebab kita tidak memberikan sedikit simpulan tentang kriteria-kriteria kategori tertentu. In our defense, sebelum nih pun pertandingan-pertandingan lain tak buat, jadi, kita pikir semua dah tau la apa kriteria dier... Piala Kumpulan Harapan nih sebenarnya, secara ringkas, adalah untuk kumpulan-kumpulan yang menunjukkan potensi dalam permainan seni dikir. Istilah ‘potensi’ nih subjektif. Apa yang pengadil lihat sebagai ‘potensi’ mungkin tak potensi bagi orang lain. Haaaa, inilah yang selalunya menjadi masalah. Lantas, biarlah kita biarkan pengadil sahaja yang beri pendapat. Jangan kita pulak yang berlagak pengadil dan beri pendapat macam kita otai plak. Pendapat bagi calon-calon kategori ini selalunya akan terbelah bagi untuk setiap, afwan saya ulangi, SETIAP piala harapan. Sebabnya, citarasa orang berbeza. Maka orang akan bertanya.

  • “Apasal eh kumpulan nih dapat, padahal kumpulan tuh suara lagi baik seh”
  • “Kumpulan tuh ragam lagi standard seh, mana aci”
  • “Aik! Markah lebih rendah pun boleh angkat? Macam mana nih?”

Banyak aspek yang diambil kira untuk menentukan sama ada sebuah kumpulan itu layak mendapat Piala Harapan ataupun tidak. Kalau sekadar tengok persembahan sahaja, memang lah tak aci. Kene tengok aspek lain juga. Antaranya..

  • Menujukkan asas permainan seni dikir yg baik.
  • Menunjukkan keghairahan dan kesungguhan dalam mempraktikkan seni dikir.
  • Kumpulan yg baru bertapak (kadang kala ini pun boleh jadi isu sebab kita tak ada statistik, semua hasil bukti adalah melalui perbualan, jadi susah nak tentukan kesahihan)
  • Menunjukkan etika yg baik di dalam dan luar gelanggang (ini juga penting, perlu patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur).

Yang tak layak untuk menerima piala nih pulak, adalah kumpulan-kumpulan dikir barat yg mapan dan juga yang pernah menang placing. Okaylah, itu sedikit sebanyak apa yang mampu disampaikan oleh Team DNN pada kali ini. Memang kami akur, banyak yang kurang dalam pengupasan kali ini, tapi, kalau kita tak leraikan sekarang, natijahnya, kita akan terus membuat andaian demi andaian. Pintu sentiasa terbuka sekiranya ada penambahan dari apa yang disampaikan di atas. Letak saja didalam lingkaran ‘comments’ kat bawah nih. Salam ukhwah – DurbarNews

Friday, March 6, 2009

This Saturday...

CDM!!! Adakah anda bersedia??
sebab kita belum bersedia... main relek-relek tau, kita tak bagus...

Serangoon Stadium
7 pm sharp

Turut mengundang seluruh kerabat Durbar Dua yang masih mampu berlari, sebab kita dah lama tak training, dah makin lemak. Better buck up guys, sebab mostly org-org kita below 30, tapi dari segi kekuatan fisikal macam org above 40. - DurbarNews

Thursday, March 5, 2009

Standings...

Overall Standings
-by request

Seperti yang dijanjikan, inilah jumlah keseluruhan pungutan markah daripada semua kumpulan yang bertanding. Markah penuh adalah 515. Jadikan pembahagian markah ini satu iktibar untuk berusaha dengan lebih kuat lagi di pertandingan yang akan datang, insha allah. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sekiranya anda ingin berikan komentar secara terperinci, harap gunakan lingkaran 'comments' di bawah post ini. Terima Kasih. - DurbarNews
**Typo: No mark deduction for Neng Nyno. Marks stay at 369.5


Wednesday, March 4, 2009

video lagiiiiii

Behind the Scenes
of Piala Buluh Perindu 2009

Ok, ok, saya tahu ramai yang nak tahu standings kumpulan dan juga gambar-gambar. Bawak bertendang... Sabar itu separuh daripada iman.. Video nih ditujukan khas kepada ahli-ahli kumpulan kita. Kesian, ada yang tak dapat tengok performance sebab perlu menjalankan tugas.. Jadi, this is especially for them.. enjoy.. (matikan audio imeem di sidebar)

-DurbarNews

Monday, March 2, 2009

Selesai sudah...

Dari Pena Pengerusi
Post PBP 09...

Alhamdulillah, selesai sudah pertandingan dikir barat seperingkat, Piala Buluh Perindu 2009. Lega rasanya, persis iklan Pepsi, yang mana David Beckham minum air Pepsi, kemudian beliau membuat bunyi klasik, "Ahhhhh!". Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang dalam apa jua kategori sekalipun. Ingin saya tekankan sekali lagi, keputusan pengadil adalah muktamad, dan diselenggarakan dengan penuh teliti serta integriti (alhamdulillah, rasanya cukup puas, setelah melihat sendiri proses penelitian dan pembahagian markah, maklumlah, jakun, dan asyik dengar desas desus negatif sahaja). Kepada yang tewas, jangan berputus asa, kerana markah tidak jauh berbeza bagi kumpulan-kumpulan dikir barat yang mapan. Sebagai seorang aktivis yang baru sahaja menyelami arena dikir barat, saya terasa amat kagum dengan kehebatan kumpulan-kumpulan yang bertanding apabila berpeluang berdiri di sebalik tabir.

Kumpulan seperti Endang, yang membawa kontigen penyokong seramai 70 orang. Dashyat. Kumpulan baru seperti Satria Kirana, yang memberanikan diri untuk bertanding di pertandingan dikir barat seperingkat (supporter pun mak aih, boleh tahan). Lagenda Seni Dayung, yang masih lagi mempunyai semangat berdikir dan menunjukkan kepada penonton bahawa mereka masih lagi relevan didalam dunia dikir barat. Afwan, saya tidak mampu untuk menyebutkan nama kesemua kumpulan, alamatnya panjang berjela-jela.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sekalung budi kepada insan-insan berikut, sebagai tanda penghargaan saya atas titik peluh mereka dan azab yang mereka lalui =)
  • Sdr Naz - Orang kuat PBP09. Denyutan nadi. No Naz, no PBP09. Dia seriously overshadow aku in terms of commitment and aggresion. I cannot think of a better person for this job.
  • Sdr Rezal serta isterinya, Kak Shikin - Kerana telah memberi tunjuk ajar kpd kami dan memberikan kepercayaan untuk mengendalikan PBP09.
  • Sdr Bobo and gang - Kerana jaga sound system dari pagi sampai ke malam. Tengkiu!
  • Para Juri - No juri, also no PBP09
  • Gabungan - Kerana sponsor platform =)
  • Bishan CC MAEC - Kerana memberikan izin untuk gunakan dewan.
  • Team logistics - Buat pekerjaan buruh seperti angkat platform, kerusi, mahjong paper
  • Sdr Kaduk - Selaku floor manager, orang yang kuat kerja
  • Sdr Dahlan - Seorang perfectionist dan sentiasa berikan kita tekanan untuk bergerak
  • Sdr Mon - Apek jual air (hero cuaca panas)
  • Team backstage - Usher kumpulan masuk pentas, kendalikan briefing.
  • Sdri Sheena - Yang mengambil paycut untuk ambil gambar profesional
  • Sdr Ayam - Tukang amek video. Tukar CD laju giler
  • Sdri Amaliah - Pun amek video jugak. Kene tahan dengan matrep-matrep yang kacau dia. Aku hempuk kang...
  • Team Spontan - Mereka yang menggunakan idea-idea spontan seperti menggunakan kanvas untuk melindungi peralatan musik ke belakang pentas apabila hujan.
  • Sdr Santau - Tukang jaga duit yang boleh dipercayai.
  • Mat Shah & Iqah, Abun & Nor, Idah, Fauziah, Zaki, Khidir (mat kewl), Arip Rasaksa, Ijat! Radin, Faizul, Aidil, Asri, Jujut, Luqman, Haikel, dan kepada semua yang namanya saya tak sempat saya sebut, tetapi telah menaburkan bakti yang tidak terkira.
  • Kepada semua kumpulan yang bertanding
  • Kepada semua yang membeli tiket, nak beli tapi tak sempat, nak pergi tapi kerja, yang tunggu kat luar dengan harapan ada tiket belen dan yg sampai sanggup nak bayar dan berdiri walaupun tak ada tempat duduk (but of course, sayangnya, rejected, kerana kami perlu adil kepada mereka yang telah membeli tiket awal).
  • Kepada Tuhan

Akhir kata, saya ingin menyusun sepuluh jari, sekiranya berlaku sebarang kekurangan dari pihak kami. Tiket habis ker, baju basah sebab takda shelter ker, kerusi tak cukup ker, tak dapat tiket komplimetari ker, air dabis ker, lighting tak best ker dan sebagainya, insha allah, dalam PBP yang akan datang, akan diselesaikan. Sekian, salam ukhwah. - DurbarNews

Dalam kenangan.... Allahyarham Muhammad Rashid bin Haji Imran, hos Piala Buluh Perindu 2003