Saturday, March 7, 2009

Post PBP09

Kumpulan Harapan
- Siapa yang layak nih?

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, penulis telah berpeluang untuk duduk bersembang bersama Sdr Rezal tentang Piala bagi kumpulan harapan. Nampaknya, dari respons mahupun komen-komen yang diberikan oleh netizens dikir barat, ramai yang masih sangsi mahupun keliru dalam hal ini. Nyatanya, ramai juga yang ingin tahu apakah kriteria sesebuah kumpulan untuk layak menimang piala harapan. Antara andaian yang diberikan penggelungsur siber adalah:
  • Piala Harapan itu adalah untuk kumpulan yang tak dapat placing, jadi, sesaper yg dapat 4th, 5th nih semua patut dapat Piala Harapan.
  • Piala Harapan adalah untuk kumpulan-kumpulan baru, kirakan, the best kumpulan baru layak dapat piala nih.
  • Piala Harapan patut diberikan pada budak-budak muda yang kita belum pernah nampak main dikir barat.

Okokok, relek... Jangan ketawakan mereka sebab mereka tak salah untuk buat andaian. Kadang-kala, kita selaku penganjur juga patut dipersalahkan sebab kita tidak memberikan sedikit simpulan tentang kriteria-kriteria kategori tertentu. In our defense, sebelum nih pun pertandingan-pertandingan lain tak buat, jadi, kita pikir semua dah tau la apa kriteria dier... Piala Kumpulan Harapan nih sebenarnya, secara ringkas, adalah untuk kumpulan-kumpulan yang menunjukkan potensi dalam permainan seni dikir. Istilah ‘potensi’ nih subjektif. Apa yang pengadil lihat sebagai ‘potensi’ mungkin tak potensi bagi orang lain. Haaaa, inilah yang selalunya menjadi masalah. Lantas, biarlah kita biarkan pengadil sahaja yang beri pendapat. Jangan kita pulak yang berlagak pengadil dan beri pendapat macam kita otai plak. Pendapat bagi calon-calon kategori ini selalunya akan terbelah bagi untuk setiap, afwan saya ulangi, SETIAP piala harapan. Sebabnya, citarasa orang berbeza. Maka orang akan bertanya.

  • “Apasal eh kumpulan nih dapat, padahal kumpulan tuh suara lagi baik seh”
  • “Kumpulan tuh ragam lagi standard seh, mana aci”
  • “Aik! Markah lebih rendah pun boleh angkat? Macam mana nih?”

Banyak aspek yang diambil kira untuk menentukan sama ada sebuah kumpulan itu layak mendapat Piala Harapan ataupun tidak. Kalau sekadar tengok persembahan sahaja, memang lah tak aci. Kene tengok aspek lain juga. Antaranya..

  • Menujukkan asas permainan seni dikir yg baik.
  • Menunjukkan keghairahan dan kesungguhan dalam mempraktikkan seni dikir.
  • Kumpulan yg baru bertapak (kadang kala ini pun boleh jadi isu sebab kita tak ada statistik, semua hasil bukti adalah melalui perbualan, jadi susah nak tentukan kesahihan)
  • Menunjukkan etika yg baik di dalam dan luar gelanggang (ini juga penting, perlu patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur).

Yang tak layak untuk menerima piala nih pulak, adalah kumpulan-kumpulan dikir barat yg mapan dan juga yang pernah menang placing. Okaylah, itu sedikit sebanyak apa yang mampu disampaikan oleh Team DNN pada kali ini. Memang kami akur, banyak yang kurang dalam pengupasan kali ini, tapi, kalau kita tak leraikan sekarang, natijahnya, kita akan terus membuat andaian demi andaian. Pintu sentiasa terbuka sekiranya ada penambahan dari apa yang disampaikan di atas. Letak saja didalam lingkaran ‘comments’ kat bawah nih. Salam ukhwah – DurbarNews