Sunday, March 8, 2009

Paska Kemalangan si Hakim

Hakim Discharge Hari Ini
14 jahitan di bawah mata, luka dan lebam-lebam

Penulis bersama Sdr Hakim di Hospital Besar Changi. Hakim will always be Hakim, senyuuuum jer...

Semalam, penulis berkesempatan untuk menjenguk salah seorang daripada ahli kerabat kita, Saudara Hakim, yang dikhabarkan mengalami kemalangan motosikal. Alhamdulillah, beliau kelihatan sihat, mampu senyum dan duduk untuk diwawancara wartawan DNN. Apabila kami datang melihat, jelas ternampak lebam di mata sebelah kanan yang mana tiga kepingan kaca telah dikeluarkan ekoran kemalangan tersebut. Yang jelas, kemalangan tersebut tidak menjejas tahap keceriaannya kerana tidak sekalipun senyuman terlepas dari bibirnya. Tidak pernah beliau jenuh untuk mengulangi cerita tentang incident tersebut berulang kali. Bayangkan, beliau kena explain pada setiap members yang datang menjenguknya. Datang lain timing plak tuh.

Cerita dia macam nih. Hakim bawak motosikalnya di road dua lane, tak pastilah menghala kemana, tetapi di daerah Bedok. Tiba-tiba, sebuah kereta, menghala dari arah yang berbeza, yang dipandu oleh seorang wanita Cina (biasalah), belok untuk masuk ke tempat meletak kereta di sebelah kiri si Hakim. Oleh kerana si wanita nih gabra dan sudah terlanjur nak belok, dia boleh brek kat depan Hakim pulak. Motosikat Sdr Hakim melekat di pintu belakang kereta yang kepala termasuk ke dalam cermin pintu tersebut. Oleh kerana beliau mengalami kejutan, beliau pitam sementara. Ngeri beb. Alhamdulillah, Tuhan maha Pengasih lagi Penyayang, Hakim tidak mengalami sebarang kepatahan tulang ataupun internal bleeding. Sekadar menerima 14 jahitan dibawah matanya seperti yang anda dapat lihat di atas. Motosikalnya pulak kena scrap.

Doktor memberi pengesahan bahawa beliau boleh pulang hari ini. Kami mendoakan agar Saudara Hakim cepat sembuh. Peringatan bagi mereka yang memandu, tolong check blindspot. Pasal check-check nih la yang boleh selamatkan nyawa orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang menunggang motosikal. - DurbarNews