Sunday, March 8, 2009

Sukan

Hambek Kau Nih! Dushhh!!
CDM berikan hentakan realiti dalam arena bolasepak...
Walaupun semua menahan nafas, para pemain Durbar Dua masih tidak dapat menyembunyikan perut-perut mereka yang boroi. Renungkanlah wahai insan yang budiman...

Sungguh tidak kami sangka. Cempedak sudah menjadi nangka. CDM punyalah laju gila. Banyak pemain-pemain yang muda. Berbeza, dengan squad kita. Perut bagaikan orang yang dah berusia. Jadi nak cakap apa? Kita kalah lapan dua!!!

Perlawanan antara CDM dan Durbar Dua semalam, yang berlangsung di Stadium Serangoon merupakan perlawanan terakhir di dalam kalender kedua-dua kumpulan kerana masing-masing akan sibuk menjalani latihan bagi Piala KGMS akan datang. Hujan yang lebat pada petang itu tidak menghambat semangat kedua-dua kumpulan namun begitu meninggalkan kesan yang ketara ke atas padang. Padang Serangoon yang pada awalnya kering dan rata menjadi lecak dan berlumpur. Ini dengan tidak secara langsung menghambat pemain-pemain berbadan besar Durbar Dua sebab dorang susah nak stop biler dah lari.

Kehilangan pemain-pemain berbisa, Aidil, Hamkah dan Francis turut dirasakan apabila jentera midfield serta serangan Durbar seperti ketandusan kreativiti. Permainan yang hambar dapat dibaca dengan senang oleh CDM, yang menurunkan pemain-pemain mapan yang pernah bermain untuk kelab-kelab termasyhur seperti Manchester United dan Real Madrid. Durbar terkial-kial untuk mengekang kelajuan serta prestasi hebat para pemain CDM. Gol CDM datang seawal minit ke-10, hasil daripada half-volley dari luar kotak penalti. Jurang gol mampu dilebarkan dengan lebih dasyhat lagi apabila dua tendangan ke arah gol Durbar Dua terkena palang gol.

Walaupun Durbar Dua mampu untuk menjaringkan dua gol, CDM meneruskan kenduri dengan serangan balas sepantas arnab dikejar anjing laut yang kelaparan. Rabak joy, rabak... Bak kata pepatah omputih, "they were everything that we were not". Namun begitulah hendaknya, kita kalah di tangan pasukan yang jauh lebih baik, jauh lebih teratur, dan jauh lebih hensem. Kekalahan ini ibarat hentakan realiti dan insha allah, akan kami bakar jersi merah jambu tuh sebab semenjak Mon beli baju tuh, kita kalah back to back. First dengan Andika, lepas tuh dengan CDM. Majulah sukan untuk negara! - DurbarNews