SUATU PENELITIAN RINGKAS
Artikel ini ditulis demi menerangkan lebih lanjut akan beberapa hal berkaitan dengan isu yang sedang disoalkan sama ada melalui perbicaraan umum, media cetak, media elektronik dan jenis media yang lain. Memandangkan kemungkinan artikel ini akan dibaca oleh audiens internet yang ramai, maka jelaslah wacana penyampai sebegini yang penulis rasa sesuai digunakan. Penulisan ini akan menjejak dua aspek memahami kategori ‘Kumpulan Harapan’, iaitu makna dan konsep.
WTH Is ‘Harapan’?
Seperti biasa, sekiranya seseorang itu berminat untuk tahu makna, maksud atau konsep suatu perkara, sebaiknya rujuk dulu makna bendalah tu. Jadi dalam hal ini, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), istilah ‘harapan’ membawa maksud ‘sesuatu atau seseorang yang diharap(kan), perihal mengharapkan, orang yang diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan, terus berharap dan tidak putus berharap’. Itu mengikut kamus lah. Demi mencari definisi ‘harapan’ yang mendalam, kita tengok pulak apa orang putih cakap pasal benda ni. Jadi, kalau harapan tu kita translate kat bahasa Inggeris kita boleh gunakan perkataan ‘hope’.
- Kalau ikut Dictionary.com (2009), “hope is a belief in a positive outcome related to events and circumstances in one's life. Hope is the feeling that what is wanted can be had or that events will turn out for the best.”
- Kalau ikut kamus Merriam-Webster.com (2009), maknanya pula ialah “to cherish a desire with anticipation, to desire with expectation of obtainment, to expect with confidence”.
Dalam seksyen ni, kalau kita masih tak faham makna ‘kumpulan’, kemungkinan besar masalah kronik struktur neuro dan pembangunan akal sudah mula menunjukkan kesan-kesan ‘tiada jalan pulang’.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2009) cakap, antara makna ‘kumpulan’ yang ada ialah kelompok, beberapa orang, segala sesuatu yang telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah atau himpunan. Dalam hal ini, kita rujuk ‘kumpulan’ sebagai beberapa individu atau orang yang mewakili sesebuah kumpulan. Sebagai contoh, kumpulan Kelana Purba, kumpulan Durbar Dua dan sebagainya.
Kumpulan pun boleh jadi kerabat atau organisasi atau kesatuan atau angkatan dan sebagainya. Sebagai contoh, anggota kumpulan Neng Nyno dan Merpati Puteh 27 semuanya di bawah naungan kumpulan/kerabat/kesatuan Kelana Purba. So, macam gitu lah maknanya kumpulan.
Jadi basically, makna orang putih ngan orang Melayu dengan orang dikir barat dengan orang blogspot dengan orang internet, kira nak seakan-akan lah jugak. Sekarang kita dah paham sikit makna istilah ‘harapan’ ni, kita pegi pula ke fahaman konsepnya.
Bila kita cakap pasal konsep dalam hal ni, bukanlah bermaksud konsep macam ‘skaters’, ‘surfers’, ‘punk’ dan yang lain-lain. Sebab dah memang bahasa Melayu ni memang dinamik dan stail dan trendy mengikut zamannya, maka satu perkataan tu boleh membawa pelbagai makna. Konsep ni datangnya daripada perkataan orang putih lah yang sering kita paham, iaitu ‘concept’.
Ada satu penulis ni nama dia Rosemarie, dia tulis dalam buku Hope: an international human becoming perspective (1999). Dia cakap ada seorang pakar psikologi dan perubatan ni nama dia Vaillot (1970) yang buat kajian pasal benda harapan ni. Vaillot cakap, “Hope springs from the depths of one’s being”. Si pakar ni pun percaya yang harapan tu penting dalam kehidupan mahupun dalam kematian. Kita semua sentiasa dalam keadaan berharap time hidup, time da mati pun kita di dalam pemikiran yang masih mengharap.
Sekarang kita lihat yang kita da tahu:
“Kene tengok aspek lain juga. Antaranya..
- Menujukkan asas permainan seni dikir yg baik.
- Menunjukkan keghairahan dan kesungguhan dalam mempraktikkan seni dikir.
- Kumpulan yg baru bertapak (kadang kala ini pun boleh jadi isu sebab kita tak ada statistik, semua hasil bukti adalah melalui perbualan, jadi susah nak tentukan kesahihan)
- Menunjukkan etika yg baik di dalam dan luar gelanggang (ini juga penting, perlu patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur).”
(Dipetik daripada lelaman kumpulan dikir Durbar Dua, http://durbardua.blogspot.com/ pada 7 Mac 2009)
So basically, kategori ‘kumpulan harapan’ ni diberikan kepada kumpulan yang pengadil tengok ada ciri-ciri yang da diterangkan di atas.
Sekarang bila kita da faham maksud perkataan ‘harapan’ dengan ‘kumpulan’, kita kaitkan dan rujuk semula dengan kriteria yang pengadil dah kasi. Jadi bila kita dah plus kan benda-benda ni, maka sesuailah kita fahamkan bahawa sebuah kumpulan yang mendapat gelaran tu telah “diberi” harapan atau “mempunyai” harapan. Ni pun satu cara nak faham konsep kategori ‘kumpulan harapan’ ni.
Bila kita cakap “diberi” tu maknanya, kumpulan yang menang tu, judge kasi dorang harapan untuk berusaha lebih gigih dan berusaha supaya boleh jadi kumpulan “gergasi” yang sudah ada sekarang ni. So kira macam judge kasi diorang semangat, ruang dan peluang sikit lah. Ni satu aspek.
Lagi satu aspek, kumpulan yang “mempunyai” harapan tu kirakan macam kumpulan yang ada potensi atau harapan untuk pergi jauh dan mungkin menjadi kumpulan “gergasi” yang sudah ada sekarang ni. Tapi, tak semestinya kumpulan yang takda ‘harapan’ tu kira memang takda harapan langsung. Ni sumer subjectif mengikut usaha masing-masing.
Pucuk pangkalnya kat sini, dua-dua aspek end-up jadi satu ultimatum atau result. Dua-dua aspek cakap yang kumpulan yang menang ‘kumpulan harapan’ ni boleh jadi kumpulan “gergasi” satu masa nanti. Namun demikian, kumpulan ni of course lah mesti kena usaha, berlatih, tekal, cekal, gigih, tabah, sabar, tahan, committed, siao on, bekerja keras, bijak, pandai, terror dalam pentadbiran dan pelbagai faktor lagi.
Kesimpulannya, mana-mana kumpulan yang da menang kategori ni, kalau masih berminat nak bertanding dan mengecap kejayaan (diri, kumpulan dan sebagainya) mestilah kena kerja kuat. Mestilah kena kerja keras. Mestilah kena gigih. Mestilah kena sabar. Mestilah itu. Mestilah ini. Yang penting sekali, mestilah MAIN DIKIR BARAT, sebab kalau tak “rugi wooo”.
Bacaan Lanjutan
- Richard Branson. (2005). Losing my virginity: Richard Branson, The autobiography. London, England: Virgin Books Ltd.
- Rosemarie Parse. (1999). Hope: an international human becoming perspective. Toronto, Canada: Jones and Bartlett Publishers Canada
- The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth Edition. Retrieved March 18, 2008, from Dictionary.com