Tuesday, March 10, 2009

sebuah segmen mingguan baru...

Orang Bukan Islam pun Tahu
Luahan seorang hamba Abdi

Penulis mingguan:
At Paa (Ah-TEC punya adek angkat)


Kadang-kadang, maaf cakap, hamba malu nak menunaikan fardhu depan orang lain. Time NS, biler nak sholat depan orang bukan Islam tuh, takut nanti dorang banyak soal plak. "Why must do this? Kena do here ah? At home cannot do ah? Why must five times a day? Why this? Why that?". Hamba bukan mana punya ustat nak jelaskan pada dorang. Kalau members Melayu plak, mesti tak lepas bisik-bisik kat members lain, macam hamba bukan 'one-of-them' gitu. Kadang-kadang kat sekolah tuh, lagi-lagi biler dengan members yang tak buat, biler nak mintak diri tuh setan bisik, "Alamak, nanti dorang ckp ko mana punya alim." Yerla, ramai yang akan kata, "Apa nak malu? malu depan Tuhan laaaa." Tapi yang cakap gitu selalunya adalah yang tak selalu buat kat tempat-tempat non-conventional.

Al kisah, tadi hamba ada menunaikan sholat Fardhu Zohor bersama ibu hamba kat rumah. Maklumlah, nari off. Kocek pun tengah kering. Jadi, seperti anak-anak mithali, hamba duduk kat rumah diam-diam. Baru masuk rakaat yang pertama, tengah baca surah selepas Al-Fatihah, tetiba, dengar orang panggil kat luar. "Hello! Hello! Gas!!" Hampeh, terhilang khusyuk sementara. Masalahnya, dia panggil berkali-kali, ibarat kalau takda org jawab panggilannya, tong gas tuh akan meletup agaknya. Panggilnya semakin kuat dan boleh dengar intonasi yang agak 'desperate'. Pintu yang dia ketuk tuh dah macam nak roboh. Tapi hamba tetap 'cool'. Luaran jer. Dalam hati hamba, ada seribu macam persoalan yang hamba fikirkan. Antaranya...
  • "Halermak, acam mak aku boleh beli gas saat-saat genting nih..."
  • "Siak punya apek. Takbleh tunggu skejap ker..."
  • "Ish, macam mana nih. Ikutkan hati nak batalkan jer sholat aku, settlekan duit gas."
  • "Ustaz ada ajar, dalam sholat boleh jawab salam kalau ada orang kat luar. Tapi dia Cina kapir seh.. apa aku nak jawab? Takkan nak cakap 'hold on! I praying!' "
  • Kalau dia 'chow' macam mana? Gas tuh kirer burn keper? Nanti leceh, nak kene 'call' balik. Kalau dia double charge sapa nak pegi tanggung?"

Sesungguhnya, setan akan sentiasa mencari kesempatan untuk hilangkan konsentrasi anda. Namun begitu, hamba sambung jer fardhu macam biasa dan cuba dengan sedaya upaya untuk buat bodoh dengan si apek... Sekali, ada satu part nih, dia macam nak gila. Kedengaran tangan dia meraba-raba daun pintu. Pulak masa tuh kita tak sempat kunci. Sekali, si apek tuh, bukak pintu kita (bukan gate, sebab gate dah kunci. Pintu dalam jer tak kunci). Biler dia dah swing pintu tuh, baru dia terdiam, sebab sekiranya kita mengambil kira posisi dia berdiri kat luar tuh, angle dia 'cun-cun' boleh nampak mak hamba dalam keadaan bertelekung. Hamba ingat dia akan 'freak-out'. Tapi dia 'cool'. Dia relek kat luar sampai kita habis.

Sejurus kita habis, dia pun cakap, "Sorry boss, I thought no one inside. I angry because no one open the door. Address correct. But no one open. But I saw you all praying, then I know. Sorry ah. I don't know you all praying." Sejuk hati hamba. Orang bukan Islam pun tahu cara kita beribadah. Dah tahu, tak kutuk pulak tuh. Sehari suntuk hamba tersenyum. Ala, macam ibarat 'ive-seen-the-light' lah gitu... - DurbarNews