Dan Ianya Bermula...Selepas berabad tak berbaris tiga
I, (name and IC number), will uphold the duty, of the NS, and my country oso, and protect my mom.. bla bla bla bla...
Latihan untuk Piala KGMS bermula awal malam semalam dengan kehadiran kerabat Durbar Dua, yang jumlahnya cukup untuk membuat tiga barisan. Ini merupakan sebuah fenomena sebab tak pernah-pernah latihan buat tiga row. Paling banyak pun dua row, tuh pun terkadang tak lengkap. Latihan dilestarikan dengan nyanyian medley lagu-lagu old skool dikir barat dan juga lagu-lagu Kelantan. Team DNN telah menyiasat dan menyimpul serta menjelaskan fenomena sedemikian. Ianya mungkin berlaku atas sebab beberapa perkara.
Dah lama tak berdikir. Sesi latihan serious yang terakhir adalah pada pra Mega Perdana 2008. Jadi, semua gian.
Mon punya matair dah balik kampung. Sebab tuh dia turun. Memang jarang nak nampak dia turon.
Mereka nampak standard yang ditunjukkan kumpulan-kumpulan setempat di PBP09, jadi, mcm jeles pun ada.
Turun sebab ingat Rezal nak blanja. Memang, part nih selalunya mereka yang tak turun training selama beberapa abad pun akan tunjukkan muka.

Namun begitu, saya pasti, ramai yang turun sebab sekadar gian dikir. Kami, dari Team DNN, mengharapkan agar jumlah orang-orang yang hadir untuk latihan kekal macam nih. Barulah semangat sikit nak tepuk dan nyanyi. Pada kali ini, Durbar Dua akan bermain konsep hip-hop alternative ala ala Linkin Park feat Jay Z. Dan kepada anda yang nak join (cheh, sempat), walk in jer di Bishan CC, CD shelter. Kepada semua kumpulan yang akan bertanding, selamat menjalani latihan. Jumpa anda di persada Piala KGMS kelak.
- DurbarNews