Thursday, March 12, 2009

Pre PBP 09

Sementara Korang Berlatih...
Kita plak sedang berlibur! Konvoi 4 kereta...

Editor's semi-dokumentari perjalanan ker Kota Tinggi dan Melaka

MELAKA - Sementara kumpulan-kumpulan lain sibuk berlatih untuk Piala Buluh Perindu 2009 beberapa minggu yang lalu, ahli kerabat Durbar Dua telah mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di semenanjung, khususnya, di Kota Tinggi dan Melaka. Maklumlah, semuanya sudah siap, banner dah tinggal nak pasang, kerusi sudah ditempah, platform pun sudah siap untuk diangkat. Pihak penganjur menggunakan masa yang ada untuk menguatkan tali silratulrahim dan berkonvoi untuk ke destinasi. Ini merupakan cetusan idea spontan dari kerabat memandangkan kebanyakkan kerja-kerja dalaman PBP09 sudahpun diselenggarakan.

Konvoi sebanyak 4 kereta itu diterajui oleh empat orang pemandu mapan, Sdr Rezal, Sdr Santau, Sdr Black dan juga Sdr Apu. Aktiviti yang berlangsung selama sehari suntuk itu bermula seawal enam pagi, sesuatu yang boleh dianggap sebagai sebuah 'miracle' bagi Sdr Apu kerana buat pertama kalinya, beliau berjaya bangun pagi untuk melaporkan diri. Pada mulanya, memang kita sangsi akan kemampuannya untuk bangun pagi. Sekarang dah tak lagi. Walaupun pada awalnya, kegencotan kecil yang dialami di kastam mengugat keceriaan kami, semangat serta initiatif yang ditunjukkan oleh Sdr Faizul dan Sdr Apu berjaya mengawalkan keadaan. Sekalung budi penulis ucapkan kepada mereka berdua yang tolong 'settle'kan kes (view video).

Sayangnya, kamera peribadi wartawan kami tertinggal kat dalam kereta semasa kita semua sedang bermandi-manda di air terjun Kota Tinggi, jadi, kepada ahli kerabat yang ingin melihat gambar-gambar tersebut, saya meminta maaf. Harap bertemu dengan Sdr Santau ataupun Sdri Idah sebab gambar-gambar tersebut ada kat dalam kad memori dorang. Hujan yang turun dengan lebat pada lewat petang berterusan sehingga ke malam tidak sedikit pun menghambat aktiviti kami, malah memberikan cabaran yang lebih bagi para pemandu yang sentiasa dalam keadaan ngantuk, lebih-lebih lagi lepas makan besar kat restoran-tah-hapak-nama-dia. Alhamdulillah, semua balik dalam keadaan selamat. Insha allah, sekiranya berkesempatan, lain kali kita pegi Thailand plak. Mcm ye-ye-orrrr. - DurbarNews