Alhamdulillah, selesai sudah pertandingan dikir barat seperingkat, Piala Buluh Perindu 2009. Lega rasanya, persis iklan Pepsi, yang mana David Beckham minum air Pepsi, kemudian beliau membuat bunyi klasik, "Ahhhhh!". Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang dalam apa jua kategori sekalipun. Ingin saya tekankan sekali lagi, keputusan pengadil adalah muktamad, dan diselenggarakan dengan penuh teliti serta integriti (alhamdulillah, rasanya cukup puas, setelah melihat sendiri proses penelitian dan pembahagian markah, maklumlah, jakun, dan asyik dengar desas desus negatif sahaja). Kepada yang tewas, jangan berputus asa, kerana markah tidak jauh berbeza bagi kumpulan-kumpulan dikir barat yang mapan. Sebagai seorang aktivis yang baru sahaja menyelami arena dikir barat, saya terasa amat kagum dengan kehebatan kumpulan-kumpulan yang bertanding apabila berpeluang berdiri di sebalik tabir.
Kumpulan seperti Endang, yang membawa kontigen penyokong seramai 70 orang. Dashyat. Kumpulan baru seperti Satria Kirana, yang memberanikan diri untuk bertanding di pertandingan dikir barat seperingkat (supporter pun mak aih, boleh tahan). Lagenda Seni Dayung, yang masih lagi mempunyai semangat berdikir dan menunjukkan kepada penonton bahawa mereka masih lagi relevan didalam dunia dikir barat. Afwan, saya tidak mampu untuk menyebutkan nama kesemua kumpulan, alamatnya panjang berjela-jela.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sekalung budi kepada insan-insan berikut, sebagai tanda penghargaan saya atas titik peluh mereka dan azab yang mereka lalui =)
- Sdr Naz - Orang kuat PBP09. Denyutan nadi. No Naz, no PBP09. Dia seriously overshadow aku in terms of commitment and aggresion. I cannot think of a better person for this job.
- Sdr Rezal serta isterinya, Kak Shikin - Kerana telah memberi tunjuk ajar kpd kami dan memberikan kepercayaan untuk mengendalikan PBP09.
- Sdr Bobo and gang - Kerana jaga sound system dari pagi sampai ke malam. Tengkiu!
- Para Juri - No juri, also no PBP09
- Gabungan - Kerana sponsor platform =)
- Bishan CC MAEC - Kerana memberikan izin untuk gunakan dewan.
- Team logistics - Buat pekerjaan buruh seperti angkat platform, kerusi, mahjong paper
- Sdr Kaduk - Selaku floor manager, orang yang kuat kerja
- Sdr Dahlan - Seorang perfectionist dan sentiasa berikan kita tekanan untuk bergerak
- Sdr Mon - Apek jual air (hero cuaca panas)
- Team backstage - Usher kumpulan masuk pentas, kendalikan briefing.
- Sdri Sheena - Yang mengambil paycut untuk ambil gambar profesional
- Sdr Ayam - Tukang amek video. Tukar CD laju giler
- Sdri Amaliah - Pun amek video jugak. Kene tahan dengan matrep-matrep yang kacau dia. Aku hempuk kang...
- Team Spontan - Mereka yang menggunakan idea-idea spontan seperti menggunakan kanvas untuk melindungi peralatan musik ke belakang pentas apabila hujan.
- Sdr Santau - Tukang jaga duit yang boleh dipercayai.
- Mat Shah & Iqah, Abun & Nor, Idah, Fauziah, Zaki, Khidir (mat kewl), Arip Rasaksa, Ijat! Radin, Faizul, Aidil, Asri, Jujut, Luqman, Haikel, dan kepada semua yang namanya saya tak sempat saya sebut, tetapi telah menaburkan bakti yang tidak terkira.
- Kepada semua kumpulan yang bertanding
- Kepada semua yang membeli tiket, nak beli tapi tak sempat, nak pergi tapi kerja, yang tunggu kat luar dengan harapan ada tiket belen dan yg sampai sanggup nak bayar dan berdiri walaupun tak ada tempat duduk (but of course, sayangnya, rejected, kerana kami perlu adil kepada mereka yang telah membeli tiket awal).
- Kepada Tuhan
Akhir kata, saya ingin menyusun sepuluh jari, sekiranya berlaku sebarang kekurangan dari pihak kami. Tiket habis ker, baju basah sebab takda shelter ker, kerusi tak cukup ker, tak dapat tiket komplimetari ker, air dabis ker, lighting tak best ker dan sebagainya, insha allah, dalam PBP yang akan datang, akan diselesaikan. Sekian, salam ukhwah. - DurbarNews
Dalam kenangan.... Allahyarham Muhammad Rashid bin Haji Imran, hos Piala Buluh Perindu 2003