Wednesday, February 25, 2009

Latest!

Kecoh Di Bishan
Mogok dilancarkan secara besar-besaran...

Puluhan ribu lautan manusia yang datang mogok secara besar-besaran sebab tak dapat beli tiket.

BISHAN - Sepuluh ribu orang telah melancarkan mogok besar-besaran petang semalam di luar perkarangan stesen keretapi Bishan. Ini adalah ekoran penjualan tiket Piala Buluh Perindu 2009 yang telah habis dibeli seawal hari Rabu. Mereka yang hadir kebanyakkannya terdiri daripada golongan mat saleh yang ingin tahu tentang dikir barat di Singapura tetapi tidak sempat untuk menempah tiket. Pada mulanya, penjualan tiket agak lembab namun begitu, ia telah menampakkan kemajuan yang memberangsangkan apabila pertandingan semakin dekat. Antara sebab yang diberikan oleh golongan mat saleh ini adalah kerana mereka tidak dapat memahami Bahasa Melayu, lantas tidak dapat menempah tiket secara online di lelaman rasmi Piala Buluh Perindu 2009. Apa yang menimbulkan amarah mereka lagi adalah apabila pihak jawatankuasa tidak mengkuota tiket-tiket tersebut untuk golongan mat saleh dan menjual kesemuanya kepada members-members Melayu.

Sejauh ini, polis telah melaporkan dua orang yang telah cedera parah apabila mereka cuba untuk memecah masuk kedalam CD shelter yang terletak di dalam Bishan CC. Kah Hak Pte Ltd, selaku penaja tidak rasmi PBP09, melaporkan kerugian bernilai sepuluh juta dolar atas kerosakan yang dialami pada dewan rasmi pertandingan. Segelintir mat saleh telah kelihatan mencuba nasib dengan meminta tiket secara haram di tempat tersebut (lihat gambar). Tinjauan awal di ebay menunjukkan tiket PBP09, yang dibeli pada harga asal $10, dinaikkan kepada $1200. Sejauh ini, lima mat saleh dah beli.

Team DNN berjaya menjejaki seorang pembekal tiket PBP09 di pasaran gelap, Alan (bukan nama sebenar), 29 tahun. Walaupun pada awalnya beliau tidak mahu ditemu bual, apabila disyorkan dan diberikan kepastian bahawa identi sebenarnya tidak akan didedah, beliau bersetuju. Alan mengulas, "Biasa lah, kalau ada demand, kita supply. Aku beli seratus tiket untuk $1000. Sekarang gua dah jual lima, busuk-busuk pun lima ribu dah masuk poket. Lagi 95 tiket, kalau orang tak nak beli pun apa kisah. Janji gua kenyang beb." Alan masih lagi on-the-loose dan pihak jawatankuasa PBP09 masih lagi giat mencari dan meneliti pergerakkanya. Sesiapa yang dapat menangkap Alan lalu diserahkan kepada pihak jawatankuasa akan diberikan laluan untuk 'qualify' main lucky draw kat PBP09 akan datang nanti. - DurbarNews