Hantu "Hunting"
Adventure kat Pasir Ris dan Matilda House
Adventure kat Pasir Ris dan Matilda House
Rakaman mencari bende-bende ghaib kat Pasir Ris. Watch till the end. Tak rugi, sebab kita dapat merakamkan sesuatu yang pasti anda tidak akan percaya.
Bagi mereka yang tak percaya sangat tentang perihal 'orbs' (bola putih) nih, ianya dijana apabila cahaya 'flash' melantun semula daripada habuk. Lantas, gambar yang anda nampak ibaratkan bola-bola energi yang berterbangan. Namun begitu, ada pula yang percaya akan perkara sebaliknya. Orbs dijana apabila anda berjaya memetik kuasa ghaib yang berterbangan di sempadan frame kamera. Wallahualam bissawab.
Tatkala di saat kita sibuk memetik gambar, Sdr Aidil, yang berada dibelakang sekali terasa sesuatu bende ghaib lalu dihadapannya. Tanpa berlengah lagi, beliau terus memetik gambar di hadapannya. Pada masa tuh, beliau tidak merokok dan kepulan asap dari batang rokok kami sudahpun hilang. Inilah hasilnya.
Kepulan asap yang banyak, ibarat kabus di dingin pagi. Namun begitu, tiada satu pun ahli kami yang nampak akan fenomena ini, begitu juga dengan Sdr Aidil. Gambar ini menunjukkan yang sebaliknya. Adakah kabus itu sebuah indikasi tentang wujudnya 'sesuatu' yang lalu dihadapan kamera? Entahlah. Sejurus selepas kami mengunjungi tapak bungalow usang, kami meneruskan perjalanan ke Punggol End, dan telah diketemukan dengan buaiyan usang bersebelahan dengan kedai 'prawning'. Selepas petik gambar candid, lihat apa yang muncul.
Lihat, di sebelah bahu kanan Kak Shikin, pun ada orb! Namun begitu, orb ini berwarna oren! Menurut firasat Sdr Lan, yang kerap mengikuti Paranormal Outing dengan kumpulan yang professional, beliau mengatakan bahawa orb oren memberikan indikasi bahawa bende yang ghaib sedang dalam proses penukaran untuk 'muncul'. Sekiranya kita berada lebih lama di buaian tersebut, maka, 'bende' tersebut akan muncul. Apakan buaian usang ini milik 'seseorang'? Adakah kehadiran kami 'mengganggu' keamanan 'mereka'? Wallualam bissawab.
PS: Gambar-gambar yang lain boleh didapati di album Facebook saya. Selamat membelek! - DurbarNews