Saturday, March 20, 2010

Paska Fitrah
Pelbagai pengalaman baru yang ditimba
Reviu Fitrah, Berita Harian, Jumaat, 19 Mac 2010, EKSTRA Hiburan

Pementasan Fitrah yang baru sahaja berlalu telah membuka lembaran baru bagi segelintir ahli Durbar Dua yang telah menyuarakan minat untuk turut serta dalam taridra ini. Martyn Tim Fernandez, selaku pemegang watak utama, Tanggang telah memperlihatkan bakatnya yang serba boleh, apabila beliau menyahut cabaran untuk menghidupkan watak tersebut. Beliau akur, walaupun pada mulanya agak canggung untuk menari, suasana latihan ala kampung, banyak memberinya semangat untuk mencuba dengan lebih baik. Beliau digandingkan dengan Siti Nurhidaya yang memegang watak pendukung, Puteri Kesuma Dewa, agaknya, nama watak pun aku dah lupa. Tapi seperkara yang aku ingat, Siti Nurhidaya nih pendikir Wahana Deksu. Hebat orangnya. Beliau merupakan penuntut NUS dan salah satu daripada orang kuat Ilsa Tari.

Cerita yang berkonsepkan teater randai hasil cetusan idea pereka tari tempatan, Abg Osman Abdul Hamid, juga membuka ruang untuk tiga ahli kerabat Durbar Dua yang lain untuk menunjukkan bakat. Sdr Ayam telah dipancing untuk menuliskan skrip Fitrah yang penuh dengan bait-bait puitis. Ini merupakan projek penulisan terbesar yang beliau ceburi, semenjak mula berjinak-jinak dalam kesenian menulis enam tahun yang lalu. Pementasan ini juga menggemblengkan tenaga vokalis yang rata-ratanya pun budak dikir barat jugak. Mereka tidak lain dan tidak bukan, terdiri daripada, Sdr Naz (D2), Sdr Apu (D2), Sdr Munir (H), Sdri Aisyah (WD), Sdri Liza (WD) dan Sdri Nana (WD).

Team DNN ingin memberikan ucapan tahniah kepada mereka yang terlibat, dan dengan tidak secara langsung, menyebarkan mesej bahawa pendikir tempatan kita mampu untuk menceburkan diri dalam pelbagai kesenian yang lain, baik dari segi teater, penulisan, tarian mahupun didalam bidang nyanyian. Syabas! Cak deng! Seterusnya, nih rakaman hampeh para vokalis (dan pencerita) mendendang beberapa bait-bait lagu top 50 hits.

Amacam? Biler nak buat album? Aku agak, kita buat album gambar facebook lagi chantek. Senang nak petik dan free lagi. =) DurbarNews