Wednesday, March 17, 2010

Dari Pena Editor
Kembali sementara cuti seminggu.

Assalamualaikum wr wb. Apa khabar penggelungsur setia DNN? Moga-moga semua yang masih sudi menjenguk ke sini berada dalam keadaan sihat walfiat. Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan ampun dan maaf kerana dah lama tidak menyajikan bahan seperti yang terdahulu. Maklumlah, sibuk dengan 'practicum' yang berlangsung 10 minggu lamanya. Sekarang baru masuk minggu yang ketiga, ada lagi 7 minggu untuk bertarung nyawa. Alhamdulillah, sekarang dapat rehat sikit ekoran cuti Mac selama seminggu. Dalam pada itu, Team DNN juga ingin memberi sekalung budi kepada Sdr Ayam dan Sdr Tauhid kerana sudi memberikan sumbangan artikel seperti yang tertera dibawah.

Banyak sekali aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan 0leh kerabat Durbar Dua selama 3 minggu ini. Namun begitu, afwan, kebanyakkan aktiviti tersebut tidak mendapat liputan yang sepatutnya diterbitkan, terutama sekali yang melibatkan kumpulan dikir barat yang lain. Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk menyingkap dua peristiwa manis yang berlaku sepanjang bulan Febuari dan Mac ini. Hamba berharap, ia sedikit sebanyak membawa sedikit kegirangan kepada anda yang sudi membaca.

Perlawanan bolasepak persahabatan

Aktivis dikir yang sentiasa bersenyuman walaupun dalam keadaan penat dan lelah.

Pada tanggal 28hb Febuari 2010, Durbar Dua bersentap dengan kerabat Makyong Kedek dalam arena bolasepak. Kalau selalu bertarung atas pentas, kali ini, atas padang pula. Senang cakap, rabak beb. Kita telah dibantai hollow-hollow 8-1. Pemain Durbar Dua yang jelas kelihatan letih sepanjang perlawanan diporak-perandakan oleh kumpulan Makyong Kedek yang mempunyai ramai pemain lipas kudung. Ketangkasan dan kekuatan Makyong Kedek begitu menyerlah sehingga sebahagian daripada pemain Durbar Dua menggesa agar pengadil menamatkan perlawanan, 35 minit selepas ianya bermula.

Walaupun kecederaan berlaku sepanjang perlawanan, namun begitu, tiada kekasaran yang dilaporkan. Maklumlah, tujuan serta motif utama perlawanan ini dilangsungkan adalah atas dasar persahabatan. Para pemain mengambil kesempatan untuk mengambil gambar beramai-ramai sebagai momento dan bukti ikatan silratulrahim yang wujud antara kedua kumpulan dikir barat tempatan ini. Sdr Yaziz, pengasas kumpulan Makyong Kedek juga sempat menjamah bola di atas padang, lantas menyerikan lagi suasana dikalangan para aktivis dikir. Kami mengharapkan agar perlawanan sedemikian dapat membuka ruang untuk mengenali sesama aktivis dari kumpulan yang berbeza dewasa kelak, Insya Allah.

I LOVE DK pit

Kalau anda tengok betul-betul, atas kepada Khidir ada "orb". "Orb" kalau diterbalikkan jadi "Bro". Memadailah tuh.

Selepas penat bersukan, kita beralih fokus ke perut yang sedang berkeroncong pula. Sebagai tanda persahabatan akrab yang pernah terjalin dua tahun yang lalu, kumpulan dikir barat Keris dan Durbar Dua telah melangsungkan satu majlis keramaian di Pasir Ris. Acara ini sebenarnya dah tertangguh selama dua tahun. Pada asalnya, kita nak buat acara nih untuk meraihkan kemenangan tempat ketiga "Dikir Berdua" di Piala Raja Panggung dua tahun yang lalu. Masa tuh, Keris dan Durbar Dua 'combine' buat julung-julung kalinya untuk sebuah pertandingan dikir barat setempat. Tapi tanggung punya tangguh, last-last, kita buat jugak pada tanggal 6hb Mac 2010.

Sebuah unit perancang khas yang diduduki oleh wakil Durbar Dua dan Keris telah bermesyuarat selama seminggu untuk menjayakan acara ini. Mereka terdiri daripada Sdr Isa (Keris), Sdr Khai (Keris), Sdr Kaduk (D2) dan Sdr Aidil (D2). BBQ yang bermula tepat pada pukul 6 ptg dikunjungi ramai aktivis dikir barat yang lain terutama sekali dari Kumpulan Balqis serta Dwi Durrah. Acara kemuncak yang dijalankan pada malam itu tentunya adalah apabila kedua-dua wakil kumpulan Durbar Dua dan Keris bertukar-tukar momento tanda persahabatan yang masih kekal wujud antara mereka.

Keris menghadiahkan sehelai Kemeja T yang di'frame'kan, lengkap dengan autograph pendikir dari Kerabat Keris. Kreatif giler joy. Kita pulak? Sekadar sijil tanda penghargaan kami kepada Keris kerana sudi menggembleng tenaga untuk sebuah pertandingan. Alhamdulliah, tercapai jua objektif kedua kumpulan untuk beramah mesra serta bertanya khabar, persis dua sahabat lama yang kian lama tidak berjumpa. Sekiranya diberi keizinan kelak, dapat lagi bergabung tenaga di dalam arena seni yang kami cintai.

Sekian sahaja highlights bagi dua acara penting ini, nantikan sedutan rakaman video-video merapek yang bakal muncul dalam beberapa hari ini. Sekian, wassalam. - DurbarNews