Lokasi: Padang bersebelahan Anchorvale CC. Layang-layang: $12. Gelendong: $8. Putusnya tali layang-layang, expression muka, priceless.
Memang dari dulu lagi dah ura-ura untuk main bender nih. Cuma pada masa tuh hangat-hangat tahi ayam jer. Maklumlah, lokasi menjadi aspek penting bagi permainan ini. Kena cari tempat yang berangin. Angin pula, ikut musim. Sabtu lalu, hajat tersebut direalisasikan untuk melepaskan geram setelah melihat beribu lelayang bertebaran semasa berlangungnya Piala Ilham di Anchorvale CC.
Modal yang dikeluarkan bagi aktiviti tersebut pun boleh tahan teruk. Sebuah layang-layang dianggarkan berharga dalam sepuluh sehingga dua puluh dolar, bergantung pada kualiti layang-layang tersebut. Gelendong yang anda lihat pula berharga lapan dolar, cukup untuk tali sepanjang 250m. Walaupun ada di kalangan kita merupakan kali pertama bermain layang-layang, ada yang tidak teragak-agak untuk membeli benang 400 meter. Lantas, tidak hairanlah, sebanyak tiga layang-layang arwah kerana ketinggian yang keterlaluan.
Okeh, lepas nih, Kementerian Sukan dan Rekreasi akan buat futsal. Kami mengharapkan agar kedatangan pada kali ini ribut sebab, kalau Kementerian buat event, selalunya sukses. Buat masa nih, Team DNN mengundang anda untuk turun Bishan CC pada pukul 8 mlm untuk sesi movie-screening dan karaoke. Sekarang kita tengah cari juara dengan tukang karut, jadi datanglah ke Bishan CC untuk sesi uji bakat sekarang! - DurbarNews