Wednesday, February 10, 2010

Antara Takdir dan Kecelakaan
Dreber teksi saman masjid selepas tergelincir.

-Le Dzar de Francesco.

Ekceli penulis sesaja teruja nak tulis hari nih. Lebih-lebih lagi selepas membaca naskah Berita Harian beberapa hari yang lalu. Maklumlah, sejak kebelakangan nih, asyik berita buruk jer yang sampai ke rongga telinga. Mana yang artis kene tangkap, artis buat tape lucah, paderi yang kutuk agama lain, nenek aku 'ter-stuck' tangan dan sebagainya. Hari ini tak kurang pula kualiti berita negatif yang tertera. Yang peliknya, insiden nih dibelenggu ironi. Sebelum itu, biar penulis ceritakan dalam bahasa matrep.

Ada pakcik teksi drebar nih. Dia pegi sembahyang yang masjid. Alhamdullillah la kan. Lepas tuh dier nak balik. Time dier nak amek kasut, dia 'skidded' sebab lantai licin. Sebab baru hujan. Jadi lantai basah. Time dia nak landing, dia hulur tangan dulu, jadi kepala dier tak landing dulu. Akibatnyer, tulang di pergelangan tangannya retak. Nak cakap salah masjid, tak 'warning' para jemaah, tak jugak, sebab dorang dah letak sign-board, "Awas! Lantai licin!". Al-kisah, tangannyer kene bubuh besi. Sakitnya bukan kepalang.

Sekarang, pakcik nih nak saman (sue) masjid atas kecelakaannya. Lima belas ribu ketul. Ironinya, dia Islam. Syarikat yang kendalikan saman dia pun Islam jugak. Yang kene saman nih pun afiliasi agama Islam jugak. Dan orang Islam percaya kepada Rukan Iman. Rukun Iman ada enam. Yang keenam adalah, "percaya kepada Qada' dan Qadar". Percaya bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan semata-mata. Sekadar untuk menguji, tahap keimanan dan kesabaran seseorang. Kalau lulus ujian, pahalanya berlipat ganda. Ganjaran tak terbilang angkanya.

Secara terus terang, penulis tidak dapat membayangkan, apa lagi yang perlu dilakukan pihak masjid untuk memastikan keselamatan beliau terjamin. Nak cakap perlu bantuan, dia boleh jalan sendiri. Lainlah kalau dia jemaah bertongkat, ada jugak alasan ciput untuk saman sebab tiada pegawai masjid yang tolong. Peringatan awas pun dah disiapkan pihak masjid. Nak kene letak signboard neon macam billboard advertisement kat Orchard Ion baru boleh nampak ker? Nak kene upah belia masjid tolong lapkan lantai pakai mop ala sukan tennis selepas setiap set penamat pusingan ker?

Oklah, mungkin penulis tak tahu seksa yang dialaminya la kan. Mungkin segolongan akan berkata, "Senang jer kau cakap. Kalau terjadi kat kau?". Jawapan saya? Pertama, ucapkan innalillahi wainna ilaihi rojiun. Lepas tuh pegi hospital. Kalau saya komplain kat mak saya sekalipun, beliau hanya akan seraya berkata, "Tulah! Nak jalan, mata tengok mana! Kan, Tuhan nak uji!". Tak salahkan lantai, tak salahkan pentadbir masjid. Salahkan diri sendiri, sebab cuai. - DurbarNews.