Cahaya wanita dalam Dwi Durrah. A tribute.
Tatkala di saat anda kemurungan, dilanda tomahan, kami selaku kaum Adam Durbar Dua amat bersimpati. Apakan tidak, baru sahaja Dwi menebarkan sayap, mereka dilanda pelbagai kritikan. Namun begitu, semangat waja cabangan Aisyiyah kerabat kita patut disanjung kerana masih lagi meneruskan perjuangan walaupun tangan-tangan sibuk menggapai kaki yang mereka cecahkan ke bumi. Setiap langkah mendaki tangga membuat otot lemah, tapi yang pasti, nadi teruja untuk tidak menyerah kalah.
Butakan pancaindera, usah toleh kepada yang tidak membina. Sesungguhnya madah mereka hanya merupakan buih-buih di lautan sahaja. Dalam setiap ombak, terciptalah berkali ganda. Namun begitu, buih tidak berkekalan, dalam beberapa saat akan meletup jua akhirnya. Usah bergeser dengan pasir di pantai, yang berjuta angkanya, yang berkecar apabila ditiup angin, yang lemas tika dibaham air. Biarlah menjadi pasir yang dibakar hingga menjadi kaca. Kaca yang sifatnya telus, yang menghiasi jendela. Jendela yang membawa masuk pancaran suria. Membawa masuk Nur kedalam halaman rumah. - DurbarNews