Wednesday, January 27, 2010

Durbar Drama Mama
Sdr Ayam menduduki tempat ketiga.

Rakaman ini tidak sesuai untuk ditontoni remaja berusia bawah 18 tahun kerana ianya mengandungi scene merokok.

Chope skejap. Rehat dari latihan sementara. Kita alih fokus pula kepada drama. Baru-baru ini, Sdr Ayam ada mengikuti bengkel penulisan skrip anjuran National Library Board (NLB). Bengkel yang berlangsung selang beberapa minggu ini telah disertai ramai penulis-penulis muda yang berbakat, yang sekadar ingin meluahkan pandangan melalui seni tulisan. Pada akhir bengkel ini, para peserta perlu menghasilkan skrip yang akan dipentaskan dengan menggunakan pelakon sendiri. Lantas, platform sedemikian digunakan sebagai wadah untuk menguji bakat beberapa pendikir dari kerabat sendiri.

Sdr Naz dan Sdr Faizul dengan rela hati menjadi bahan eksperimental Sdr Ayam dalam skripnya yang berjudul, "Ba..ba..baaa". Ianya mengisahkan tentang pandangan yang berbeza, satu dari seorang pelajar dyslexic, dan satu lagi dari sudut kaca mata seorang pelajar yang kaya dengan ilmu, tetapi sombong. Segelintir ahli Durbar Dua turun untuk memberikan sokongan dan sekadar ingin meluangkan masa minggu dengan orang yang tersayang. Cheywah.

Sebanyak enam skrip (finals) telah dipentaskan di tingkat atas National Library. Walaupun sambutan ataupun kehadiran penonton tidak begitu menggalakkan, suasana tetap meriah dengan para peserta saling beramah mesra antara sesama. Pengadilnya juga bukan calang-calang. Sdr Big (Panggung Arts) dan Sdr Islani (Teater Artistik) telah diberikan tugas untuk mengadili pertandingan tersebut.

Alhamdullilah, segala penat dan lelah berbaloi juga, Durbar Theater berjaya menduduki tempat yang ketiga. Team DNN ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Sdr Ayam serta barisan pelakon berbakat, Sdr Naz dan Faizul atas persembahan yang begitu menyakinkan. Amacam, lepas nih bukak pementasan sendiri keperrrrr? - DurbarNews