Sehari sebelum pertandingan
Set Cina yang mengisahkan tentang pergolakan bangsa yang berlaku antara dua darjat, si nakhoda dan para pendayung.
Mula tumbuk langit pacak ke bawah,
Terja kulit air kocak merekah,
Dakap depan melangkah,
Arus putar laksana,
Hajat kesat titisan keringat ku alpa,
Kuserah kedua mata kepada nakhoda.
("yi tiao loong" - satu naga, "yi ge jiang jun" - satu nakhoda)
Senikata: Le Dzar de Francesco
Senilagu: Ar-Rezal Ramli
Set burung yang merupakan sebuah adaptasi dari puisi "Sidang Para Burung" oleh Farid Ud-din Attar.
Tika masa gegak gempita,
Ramai menyuara tuk berhimpun bersua,
Malang sidang berubah menjadi zahra lara,
Sekecil hakisan halus kulit merekah.
Senikata: Al Ruzaini Rashid
Senilagu: Ar-Rezal Ramli
PS: Click lingkaran yang tersedia dalam setiap video untuk melihat persembahan pentas kedua-dua kumpulan. Maaf, kualiti rakaman bagi pertandingan tak begitu baik. Set persembahan Dwi Durrah pula akan dimuat naikkan ke dalam http://www.dwidurrah.blogspot.com/. - DurbarNews