Tuesday, December 8, 2009

Pemulihan Melalui Kesenian
Dikir Singapura mampu mengubah haluan hidup.
Saudara Rezal sedang berucap dihadapan penduduk Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM).

Membuka ruang taubat melalui seni. Dikir Singapura bukan sahaja wadah untuk menyampaikan pelbagai mesej, malah mampu digunakan untuk memupuk ciri-ciri murni yang kadang-kala susah untuk diajar melalui kaedah persekolahan. Demikian inti ucapan Sdr Rezal yang turut diundang bersama penulis untuk memberikan sinopsis kesenian dikir barat kepada para penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah. Sdr Ismail, selaku Programs Officer membuka majlis dengan memberikan kata-kata aluan kepada penghuni yang sebelum ini sudahpun mula bergiat aktif dalam kesenian dikir barat. Namun begitu, seperti yang dijelaskan oleh beliau, acara sedemikian dianjurkan supaya para penghuni tahu asal usul dikir barat serta sususan cara permainan Singapura.

Sebuah sesi ta'aruf (pengenalan) telah dijalankan untuk mengenalkan para penghuni kepada sejarah kumpulan Durbar Dua, sejarah ringkas dikir barat, serta pengenalan dikir Singapura. Beberapa perkara yang unik turut dikongsi bersama penduduk RKM, antaranya:

  • Dikir Singapura sebagai seni yang memerlukan disiplin yang tinggi dan memupuk semangat berpasukan. Sebuah kumpulan yang baik mempunyai disiplin yang cermerlang.
  • Masalah yang biasa merudung para pendikir seperti, akhlak semasa latihan serta cara nyanyian awok-awok.
  • Dikir Singapura sebagai seni yang holistik, merangkumi semua bentuk aspek. Tarian, nyanyian, paluan serta tulisan. Lantas, seni ini adalah unik dan payah untuk diamanati, tetapi, dengan dorangan yang syumul, ianyanya mampu dipraktikkan dengan betul.
  • Rebana ibu adalah segelintir alat paluan yang mana bunyinya ditentukan dengan tekapan lutut ke kulit. Ini membuatnya sebuah alat yang unik, berbeza dengan alat paluan yang selalu kita nampak dalam persembahan rambang.

Para penghuni juga tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan kepada kami. Namun begitu, apabila salah seorang daripada mereka meminta Sdr Rezal untuk bernyanyi, beliau berkata, "Maaf ler, saya nih bukan penyanyi, cuma pengasas sahaja. Kalau train orang nyanyi boleh ler. Tapi saya cuba lah." Sejurus selepas itu, beliau menyanyikan lagu wau bulan untuk menutup sesi tersebut. Kami di Team DNN berharap agar perjumpaan seperti ini dapat dianjurkan lagi sebagai acara 'follow-up' agar dapat menggunakan dikir Singapura untuk membantu mereka dalam proses pemulihan kelak. - DurbarNews