Thursday, December 10, 2009

Artikel berikut adalah pendapat si penulis semata-mata dan tidak melambangkan pandangan mana-mana pihak. Kami mengalu-alukan tulisan pendapat dari segi komen, mahupun dalam bentuk artikel sekalipun. Sila email Editor di muhddzar@hotmail atau click di lingkaran 'komen'.

Peranan Senikata
Dalam Konteks Dikir Singapura - Hiburan Atau Pengajaran?

- Sdr Ayam

Dikir Singapura dianggap masyrakat kini sebagai satu seni atau sebagai suatu riadah yang dilakukan sewaktu mengisi masa lapang. Boleh dikatakan juga ianya dianggap sebagai satu hobi sahaja bagi sesetengah aktivis seni ini. Salah satu aspek dalam dikir barat yang selalu dianggap remeh adalah aspek senikata. Kenapa dikatakan begitu ialah kerana ianya kurang diberi perhatian sewaktu sebuah persembahan dikir Singapura dipersembahkan. Ianya cuma diketengahkan apabila sebuah kumpulan itu kalah (eg. Oh! Diorang kalah markah senikata ni), tok juaranya atau tukang karutnya terlupa senikata yang harus disampaikan atau apabila adanya peluang untuk berbual kosong bersama rakan-rakan.

Hari itu kawan aku bertanyakan soalan yang sukar untuk aku terangkan. Dia bertanya, “Penulis senikata ni betul-betul ke mempraktikkan apa yang ditulisnya?”. Kenapa aku rasa susah adalah kerana satu, senikata yang telah dikaryakan bukanlah sebenarnya pandangan si penulis itu sahaja. Ini kerana isi tulisannya selalu berkonsepkan kemasyarakatan dan kerana kemahirannya sahaja dapat bermain dengan bahasa yang menjadikan senikatanya sebagai suara masyarakat. Senang kata, senikata sebuah kumpulan adalah pandangan mereka bagi tema tersebut dan bukan pandangan daripada si penulis itu sahaja. Kalau tidak kenapa ianya boleh di-approve ketua-ketua korang untuk korang ramai-ramai menyanyikannya!! Hehehe...

Kedua, sukar untuk aku terangkan adalah kerana senikata ini kadang kala membawa makna yang tersirat dan haruslah setiap orang menggunakan kebijaksanaan masing-masing untuk menggarap apa yang ingin disampaikan sebenarnya. Namun, hampa dibuatnya apabila lebih ramai yang memilih untuk tidak read between the lines....maka, senikata yang sebenarnya membawa maksud mendalam menjadi sekadar hiburan sahaja untuk kita sesama tertawakan sahaja.

Contoh Lagu:
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Makna tersirat:
“Kupang” bermaksud mata wang “sepertimana dolar yang digunakan masyarakat Singapura sekarang” yang digunakan orang Melayu zaman dahulu sebagai duit. Kupang juga bermaksud bahawa masyarakat Melayu merupakan nelayan dan menggunakan kulit kerang atau kupang untuk menunjukkan status kekayaan seseorang.

Padi merupakan hasil tanaman yang amat berharga bagi masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Padi merupakan barang dagangan yang dijual-beli oleh para nelayan dan para petani yang terdapat di dalam masyarakat itu. Oleh itu, mungkin “Tiga Kupang” merupakan harga pada satu saku padi.

Mengapa burung?
Lebih tepat lagi burung-burung peliharaan seperti ayam, itik, angsa(bebek), burung puyuh dan sebagainya. Burung merupakan binatang ternakan yang paling lazim terdapat pada waktu itu berbanding kerbau, lembu dan kambing. Ianya digunakan sebagai makanan seharian sepertimana pada waktu ini. Namun, ia tidak dinyatakan burung jenis apa yang hendak dibuat santapan.

Bila sudah masak
Burung nyanyi sahaja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

Raja yang merupakan simbol kekayaan dan kuasa mendapat makanan yang mutu dan hasilnya amat baik berbanding makanan-makanan sajian rakyatnya. Oleh itu, makanan yang sedap, enak atau bermutu tinggi diberikan kepada raja untuk merasa dahulu sebelum diberikan kepada rakyatnya yang lain.

Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula


Raja yang memerintah Negara dan rakyatnya tidak perlu keluar istana untuk melaksanakan tugas. Sebaliknya, dia akan memerintah pegawai istana yang lain untuk melakukannya. Seperti contoh, adanya “watikah” yang akan dibacakan oleh pegawai istana untuk rakyat jelata. Jadi, apa si Raja buat dalam rumah? Dia kiralah hasil wang atau emasnya. Ini juga boleh menunjukkan bahawa raja mempunyai sifat yang tamak, yang mana, dia diberikan gambaran mengira hasilnya tanpa henti...

Suri merupakan singkatan Permaisuri. Oleh kerana roti merupakan makanan yang dimakan oleh kerabat diraja, ini menunjukkan bahawa Permaisuri itu tidak santap bersama raja serta pegawai istana lain yang merupakan kaum lelaki. Suri dan juga orang istana wanita yang lain hanya makan di dapur dan tidak bersama-sama dengan kaum lelaki. Roti gula menunjukkan jurang darjat antara orang istana dan rakyat jelata. Rakyat jelata tidak diberi makan roti sepertimana yang diberikan kepada orang istana.

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Patuk batang hidung

Dayang-dayang diberi gambaran sedemikian kerana kebanyakkan dayang-dayang istana adalah terdiri daripada golongan wanita dara. Selain daripada membersihkan diri di kolam tersebut, mereka akan ke kolam untuk menjemur tepung yang akan dibuat roti nanti.

Dayang merupakan golongan yang taat kepada permaisuri istana dan menurut perintah permaisuri di samping menemani permaisuri ke mana sahaja.

Burung hitam merupakan simbol celaka atau bala di dalam masyarakat melayu. Ini menunjukkan bahawa akan datang kecelakaan kepada raja atau pegawai istana kerana Raja selalunya dianggap sebagai tamak dan kuku besi pada zaman dahulu. -hasil kajian di ***.
********
Contoh sebegini amat jelas sekali membuktikan bahawa ada kalanya senikata membawa maksud yang tersirat dan perlulah kita bijak memahminya dan bukan setakat menepuk-nepuk tangan dan bersorak-sorai. Mungkin ada akan tertanya apa relevannya lagu rakyat seperti di atas dan juga lagu-lagu dikir Singapura. Sebenarnya, menurut para sasterawan, dikir adalah satu wadah sastera rakyat yang telah lama wujud semenjak zaman Melayu kuno (tinggal dalam gua) hingga kini. Sayangnya, tiada ilmu untuk menotasikan muzik pada zaman lampau membuat sukar untuk membuat kajian (Yusnor Ef, 2002) dan juga sudah menjadi satu ciri sastera rakyat untuk tiada catatan rasmi bila karya tersebut dihasilkan.

Akhirul kalam, senikata dalam kesenian dikir Singapura atau dikir sebagai sastera rakyat mempunyai banyak fungsinya. Walaupun yang utamanya adalah untuk menghiburkan, janganlah pula kita leka dan mengabaikan setiap mesej yang ingin disampaikan para penulis dari setiap kumpulan. Malu juga dibuatnya jika kita bergembira, terpekik-pekik melihat gelagat tok karut yang mungkin sedang memberi sindiran terhadap diri kita sendiri... - DurbarNews