Thursday, December 17, 2009

Konvoi Kuala Lumpur
Salah tengok kalender, maka bertukarlah agenda.

Mini dokumentari. 10 minit jer hamba buat. Sebabnyer, Youtube tak kasi buat melebihi had 10 minit yang telah ditetapkan.

"Huh? Persembahan FEStKUM pukul 7 malam?" Begitulah reaksi kami setibanya di Universiti Malaya pada pukul 12.30 ptg untuk melihat pertandingan tersebut. "Tapi tak apa, pukul 2 ada persembahan dikir barat, kat restoran" ujar Abe Yie Kastam (arjunasukma.com), yang datang mengambil kami di tempat meletak kereta bersebelahan pintu gerbang universiti tersebut. "Persembahan pun persembahan lah," jawab Sdr Rezal.

Disebalik senyuman yang diukir oleh beliau sewaktu melangsungkan perbualan menerusi telefon bersama Abe Yie, penulis dapat terasa sedikit perasaan hampa dek terkilan, tersalah tengok kalender bagi tarikh dan masa pertandingan tersebut. Maklumlah, pada masa itu, kita semua dalam keadaan lenguh, akibat dari memandu dan dipandu selama 5 jam berturut-turut di bawah sinaran terik matahari.

Namun begitu, perjalanan ke restoran yang terletak di Pantai Dalam bagaikan memberi suntikan tenaga yang baru. Rupa-rupanya, di tengah-tengah kekecohan bandar berdekatan dengan Petaling Jaya ini, tersorok sebuah lorong kecil yang hidup dengan aktivitasnya tersendiri. Deretan warung-warung kecil serta kedai-kedai runcit menghiasi sebatang jalan raya yang perlu kami tempuhi untuk ke destinasi. Kereta yang dipandu Abe Yie pun dah lesap dari pandangan oleh kerana kesesakan yang berlaku. Dari jauh, terdengar sayup-sayup deruan suara serunai dan paluan tradisional.

Setibanya kami disana, kami diundang untuk menjamu selera. Makanan ala kampung. Kecek air liur. Siap tambah lagi. Cuaca yang agak panas tidak melenturkan suasana yang meriah di sana. Ramai penduduk setempat hadir untuk mengambil kesempatan menyaksikan beraneka macam persembahan yang ditampilkan. Silat, Muay Thai, persembahan serunai serta seruling, dan dikir barat.

Sebenarnya, dalam lubuk hati kita semua, teringin jugak nak lihat persembahan FEStKUM yang akan berlangsung pada malam itu. Tapi, apakan daya, masa begitu mencemburui kami, maka terpaksalah kami batalkan niat tersebut. Di sini, kami ingin memberi sekalung budi kepada Abe Yie Kastam serta ahli kerabatnya, baik dari UM mahupun daripada rombongan asalnya sendiri kerana sudi mengambil kita sebagai tetamu untuk berdarmawisata di KL. Insha allah, sekiranya berkesempatan dan ada kelebihan rezeki, kita 'confirm' turun lagi! - DurbarNews