Monday, December 7, 2009

Persembahan Akhir Tahun
Show perkahwinan untuk mengakhiri tahun 2009.

Lagu yang didendangkan oleh Elfee Ismail. Ramai gadis Melayu yang pengsan semasa dia tengah nyanyi.

Selamat tinggal 2009. Itulah yang barangkali diucapkan golongan pendikir dari kumpulan dikir barat Durbar Dua selepas persembahan mereka di majlis perkahwinan antara Saudara Abdul Rahman dan Saudari Samsiah. Mempelai wanita merupakan makcik kepada pendikir Dwi Durrah, Saudari Amelia. Seramai 13 awok-awok turun untuk persembahan pada kali ini, jauh lebih sedikit jika hendak dibandingkan jumlah asal pendikir dari Durbar Dua.

Gandingan tok juara Elfee Ismail dan Aung Aung Kim membawakan hasil yang memuaskan. Ramai penonton terhibur dan dilihat meminta autograph dari kedua-dua penyanyi yang asalnya dari dua negara, Elfee dari Batam dan Aung Aung pula adalah dari Myanmar. Ini sekaligus mengharumkan nama kesenian dikir barat untuk kedua-dua negara tersebut.

Gandingan tukang karut, Le Dzar de Francesco dan Rezal ex-CEO juga tidak kurang hebatnya. Setelah melihat semula rakaman yang telah diambil, maka afdallah, mereka berdua tidak keluar bertanding untuk pertandingan dikir barat setempat. Rasa-rasanya, mereka sesuai untuk 'show' sahaja disebabkan suara mereka yang tidak begitu merdu. Lantas, 'video feature' persembahan tukang karut terletak di sidebar. Malulah nak letak kat main fold, biarlah aku letak saja muka korang-korang yang hemsem kat sini. Selamat menonton.

Lagu yang didendangkan oleh Aung Aung Kim. Ramai makcik-makcik serta nenek-nenek kepada gadis-gadis Melayu yang pengsan semasa beliau sedang mendendangkan lagu ini.

- DurbarNews