Team DNN relek spider pat Bintan
Diambil menggunakan Canon Digital Ixux 8015. Disunting dengan menggunakan Windows Movie Maker.
Perbezaan dari segi harga meningkat dengan begitu mendadak sekali dalam masa setahun. Contohnya, tahun lepas, aktiviti ATV (All Terrain Vehicle) dianggarkan berharga $50 sejam. Pada kali ini, dah melambung $80 pulak. Dorang nih pun, tak agak-agak. Tapi, demi semangat ingin holiday, kita sanggup balik ke tanah air dengan keadaan pokai dan kayap. Lepas nih, kita akan jalankan perintah berkurung selama seminggu dan duduk rumah untuk mengelakkan dari sebarang pengunaan wang di luar.

Nak cakap enjoi, memang enjoilah, tapi dalam keadaan yang ala kadar. Percutian ke Bintan tahun ini telah dirancangkan tiga bulan lebih awal oleh Saudara Naz, yang terkilan dek tidak dapat ikut sama. Apa nak buat, last minit, leave dier kene kansel sebab members dier ada masalah keluarga. Hatta, kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Dia. Oleh kerana perancangan awal jugalah, jumlah mereka yang pergi ke Bintan amat sedikit. Bukan sebab kita tak ajak semua. Dah ajak, cuma mereka nak cuti tempat lain. Jangan plak korang pikir "selected" members jer yang boleh pergi. Dah pernah menjadi perbualan orang, lantas kita jelaskan sahajalah.