Wednesday, November 18, 2009

Ikut Tingkah Tangga-tangga
Susur langkah yang pertama

Cara Paranormal Activity disebarkan melalui wadah internet dan wawancara bersama para pelakon tayangan seram ini.

~Le Dzar de Francesco
Saban hari, wadah internet semakin kuat daya tarikannya. Apakan tidak, dalam era yang berteknologi tinggi ini, wadah televisyen sudah mula hilang kepentingan. Hampir setiap keluarga kini mempunyai internet di rumah, baik menerusi komputer, telefon bimbit atau komputer riba (laptop). Aplikasi siber seperti MSN dan Facebook juga menjadi pengganti komunikasi secara lisan. Tweeting pula seakan-akan membuat setiap manusia persis selebriti yang mana pergerakkan dan aktiviti harian didokumentasikan secara siber supaya penggelungsur yang lain dapat lihat.

Korang dah pernah lihat Paranormal Activity? Mungkin kita jahil tentang cara ianya diuar-uarkan di seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda sekalian, bajet asal tayangan ini hanya 15,000 dolar Amerika sahaja. Kini, ianya sudah meraih untung hampir 100 juta dolar Amerika. Pengarah asal, Oren Peli pada mulanya menghantar karyanya di Slamdance Film Festival. Kemudian ianya ditayangkan secara percuma di beberapa kawasan. Motifnya adalah supaya para penonton dapat menyebarkan berita tentang tayangan Paranormal Activity kepada sahabat handai yang lain melalui applikasi-applikasi internet (Facebook, Tweeter dan sebagainya). Ternyata umpan sedemikian telah berjaya menarik minat sejuta penggelungsur internet, yang mahukan tayangan berkenaan disiarkan di kawasan mereka.

Apa yang dapat kita pelajari dari Paranormal Activity? Sebagai seorang aktivis seni, tak kiralah, tarian ker, drama ker ataupun seperti saya sendiri, yang menceburkan diri dalam kesenian dikir barat, kita perlu akur dengan daya tarikan internet, dan kemampuannya sebagai kuasa penyebar maklumat. Cara ini adalah jalan pintas untuk menarik minat golongan muda kedalam dunia seni. Kenapa? Sebab tiada yang lebih pantas daripada gosip mulut ke mulut. Melalui blog, facebook ataupun MSN, fitrah manusia, yang sukakan gosip, digalakkan malah dipermudahkan lagi menerusi penggunaan aplikasi internet.

Alhamdullilah, blog nih pun dah hampir mencecah 80,000 pengunjung. Ini bukan tanda kita semakin popular, tetapi hanya melakarkan potrait masyarakat dikir barat kita yang semakin maju dan mahir dalam penggunaan internet. Kalau dulu internet kat komputer, sekarang dah kat mana-mana. Letak saja, orang tahu berita. Letak status update, orang dah pikir gagasan sejuta. Akhir kata, kepada editor-editor blogspot kumpulan yang lain, teruskan niat murni dalam memperjuangan seni yang kita cintai menerusi wadah ini. Jangan mudah putus asa, insha allah, keuntungannya akan terserlah jua. - DurbarNews