Wednesday, November 18, 2009

Masa Sudah Hampir Tiba
Untuk mengorak langkah, generasi seterusnya.

Pengumuman bagi Kerabat Durbar Dua (ini istilah itlak, maknanya 'semua', kaum Adam dan Hawa, baru, lama atau biskut, kejap ada, kejap takda). Alhamdulliah, kita sudah hampir sampai untuk mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2009. Khamis ini adalah Sidang Agung Tahunan kerabat kita sempena tahun baru yang bakal menjelang dalam masa sebulan setengah. Dan seperti biasa, kita akan mendengarkan laporan daripada menteri-menteri dalam pengkhususan masing-masing. Kami meminta agar semua kakitangan dan kepalalutut hadir agar dapat memberikan maklum balas dan pendapat kepada pihak exco mengenai hal ehwal tahun ini.

Di sini juga, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengundang semua ahli-ahli baru (Durbar Dua dan Dwi Durrah) untuk hadir sama didalam sidang tahunan ini. Sebuah sesi ta'aruf (perkenalan) akan dikendalikan jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk bersama kami. Sekiranya anda ingin turut serta, email atau MSN Editor di alamat muhddzar@hotmail.com. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Kedatangan anda ibarat bulan jatuh ke riba. Jumpa anda di sana! - DurbarNews