Friday, November 20, 2009

Persidangan Agung Durbar Dua
Untuk mengorak langkah, generasi seterusnya
Sengaja aku paksa dorang atas kerusi nih, biar sopan sikit. Kan elok sikit duduk macam nih.

Persidangan Agung Tahunan Durbar Dua bagi 2009 berjalan lancar dengan kedatangan mencecah paras yang memuaskan. Sebanyak 537 ahli delegasi dari beberapa kawasan dan zon turun untuk berbincang mengenai matlamat dan sasaran 2010 serta tayangan 2012 yang baru mereka lihat. Ahli delegasi kumpulan Dwi Durrah pula adalah antara golongan yang pertama kali menduduki persidangan agung ini. Di samping melakarkan strategi untuk tahun seterusnya, persidangan tersebut juga telah melihat kehadiran anggota-anggota delegasi baru dari parti pembangkang, Woodlanders Party, yang semakin hari, semakin kuat suaranya dalam persidangan. Ahli delegasi Sengkangers dan satu wakil West Side turut hadir untuk mesyuarat berikut.

Dalam rapat umumnya yang ke 12, Mantan CEO, Sdr Rezal berucap, "Tahun 2009 amat manis buat Durbar Dua. Kita telah menganjurkan sebuah pertandingan dikir barat, di samping itu, membawa pulang rezeki dalam segi piala dalam dua pertandingan. Kita sedang memasuki fasa baru dalam proses anjakan paradigma, dan perlu saya tekankan, bahawa kumpulan ini pernah jatuh pada beberapa tahun yang lalu. Mentaliti yang ditunjukkan generasi ini perlu dicontohi oleh generasi Durbar Dua yang akan datang. Kepada ahli-ahli baru khususnya, secara jujur, saya tidak sabar untuk berkerjasama dengan anda. Moga-moga, anda rasa selesa bersama kami. Apa sak aku bebual, ko paham apa aku bebual? (tanya Black yang sedang menggelengkan kepala)."

CEO Durbar Dua, Sdr Naz, yang mempengerusikan sidang tersebut buat kali pertama, berucap mengenai kuman yang bakal menghapuskan integriti dan kepercayaan antara ahli delegasi. Beliau berkata, "Elakkan dari gosip sesama sendiri. Sebuah keluarga yang besar ada baik buruknya. Walaupun tenaga manusia bertambah dan kita boleh hantar satu lagi pasukan untuk bertanding, gosip-gosip yang melulu sesama sendiri boleh menjejaskan keharmonian sosial yang sedia ada. Lantas, sekiranya anda mempunyai masalah, sila rujuk kepada pihak kami. Mana yang boleh kita huraikan, insha allah, kita tolong. Sebaik-baiknya, sekiranya anda mampu menghuraikan masalah itu sendiri, maka, andalah ahli yang patut dicontohi kerana menunjukkan kematangan yang tinggi."

Antara isu-isu yang dihuraikan semasa persidangan agung adalah berkenaan pertandingan-pertandingan yang bakal disertai serta dianjurkan. Wartawan DNN telah diberitahu bahawa Kumpulan Durbar Dua akan bertanding dalam Piala Ilham Dipersembah 2010 yang akan dilangsungkan Januari depan. Pertandingan yang bakal dianjurkan oleh Kerabat Durbar Dua pula adalah Pertandingan Baling Bola Boling, atau P3B. Dalam ulasan Kementerian Rekreasi, Sdr Kaduk berkata, "Semenjak kejayaan Durbar Dua Party of The Century, yang bukan merupakan acara Kementerian sendiri, kita di sini saban hari rasa pressured untuk membuat acara lebih hebat. Pada kali nih, kita go all out dengan sebuah acara untuk ahli keluarga kita." Maklumat pertandingan ini ada di blogspot."

Perlantikan komiti baru juga telah dilaksanakan dalam sebuah acara ringkas. Pembubaran komiti lama bukan atas dasar yang negatif, tetapi pertukaran berlaku untuk memberikan peluang kepada ahli kerabat lain mengambil initiatif dalam aktiviti-aktiviti yang akan datang. Empat kerusi juga telah dibuka untuk menampung kemasukan Parti Dwi Durrah. Tugas komiti dikir ini agak berbeza kerana mereka akan bertanggungjawab dalam hal 'selections' dan juga akan mengetuai acara-acara serta aktiviti yang bakal dianjurkan kerabat Durbar Dua dalam masa yang akan datang. - DurbarNews