Sebelas tukang karut bergabung tenaga
Seperti yang telah dijanjikan, ini adalah part karut pulak. Lazimnya, part karut adalah yang paling lama. Kali ini, apabila sebelas karut bergabung tenaga, persembahannya lama giler. Jadi, Team DNN sekadar mengambil rakaman empat line Yangki dan empat line Kelantan. Itu pun di fast-forward, sebab peraturan Youtube tidak membenarkan video yang melebihi had sepuluh minit. Lagu wau bulan plak tak sempat dirakamkan semua. Sebab SD card dah max out. Takperlah, janji dapat dengar satu dua verse, pun ok jugak.
Dan ikhlas daripada kami, kerabat Durbar Dua, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Cucu Datuk Merah kerana sudi mengundang kami ke 'show' dorang, dan juga menyediakan platform untuk semua kumpulan dikir barat bergabung sama. Ianya adalah sebuah usaha yang perlu diiktiraf dan jika mampu, dicontohi semua. Sekian, selamat berhari raya! - DurbarDua