Thursday, September 17, 2009

Durbar Dua Menangis
Melihat anak-anak yang tidak beraya bersama keluarga.

Lawatan Durbar Dua ke Rumah Tumpangan Kanak-kanak ke Darul Ma'wa kelmarin memberikan erti yang berbeza menjelang raya. Tatkala ramai diantara kita akan menyambut raya bersama keluarga tercinta, kanak-kanak ini pula tidak berkesempatan untuk berbuat demikian. Maka tidak hairanlah, sejurus selepas penulis samapai ke destinasi, kakak-kakak Dwi Durrah kiter semua keluar untuk 'smoke-break' dengan air mata berlinangan.

Bayangkan, sampai Kaduk, seorang yang dah 'season' dengan bende-bende nih pun boleh menitiskan air mata. Fuh, betapa peh sedih tuh. Dalam pada itu, kerabat kita hanya mampu untuk memberikan persembahan dikir barat secara kecil-kecilan dan sedikit sumbangan. Walaupun sumbangan kami taklah seberapa, kami hanya dapat mengharapkan agar kehadiran kami membawa sedikit kegirangan di dalam hati dan sanubari anak-anak Darul Ma'wa. - DurbarNews