Wednesday, September 16, 2009

Gelanggang Geylang!
Medley lagu-lagu juara la seh!

Wow! Ribuuuut! Ituler apa yang hati kecilku bisik sejurus memasuki gelanggang Kampung Melayu. Terfikir jugak, betapa ramainya pendikir Singapura yang melibatkan diri dalam acara nih. Tapi, yang lebih molek, adalah apabila semuanya duduk bersama, lutut ke lutut, dan mendendangkan lagu-lagu asli. Tatkala kerabat Durbar Dua baru sahaja bersiap-siap untuk memasuki Kampung Melayu, lagu "Di Pinggiran Aidilfitri" dahpun berkumandang. Suara Herman S masih sama lagi. Berdiri bulu roma.

Paluan pula dimainkan secara bergilir-gilir. Begitu juga dengan tok juara. Inilah antara rakaman yang mampu kita dapat. Kamera kiter kecik, tak mampu rakam semua. Check-check, memori card dah full. Hampeh. Part Karut up next! - DurbarNews