Emel pada kali ini datangnya dari Sdr Aqmal N, "members" dari Institut Pendidikan Nasional (NIE). Beliau akan mengupas tentang maksud disebalik istilah "kejayaan" dalam konteks dikir barat. Kami akur, ramai yang telah memberi kritikan serta pujian atas persembahan kami di PRP 09'. Lantas kami mengundang anda untuk memberikan ulasan melalui emel supaya dapat kita meningkatkan lagi taraf persembahan. Emel editor di: muhddzar@hotmail.com

Dalam Rangka Dikir Singapura: Penelitian Ringkas
Kejayaan sesebuah kumpulan atau individu dalam pertandingan dikir barat di Singapura adalah sebuah fenomena usaha yang kurang diteliti. Seperkara yang malang ialah kejayaan sesebuah kumpulan tidak diraih bersama-sama sebagai kelompok masyarakat yang meminati seni persembahan ini. Maka sokongan dan galakan membina jarang dikongsi bersama antara kumpulan ataupun secara individu. Hal ini akhirnya, terpaksa disifatkan sebagai kesombongan yang lahir pada peringkat individu hingga ke lapisan golongan penonton.
Dalam konteks ini, kejayaan disifatkan sebagai kemenangan individu atau berkumpulan, dalam rangka pertandingan dikir barat Singapura. Penulisan ini merupakan kajian ringkas yang hanya berdasarkan pengalaman dan pengamatan sebagai seorang ahli kumpulan dikir barat dan pengkaji aktiviti muzik belia di Singapura alaf milieu ini, maka tiada kajian terhadap penulisan lain yang telah diberi perhatian.

Kejayaan seseorang individu atau golongan yang mewakili sesebuah kategori yang dipertandingkan adalah kejayaan seluruh kumpulan. Maka sambutan kejayaan dalam kategori-kategori tertentu diraih bersama kerana dengan kemenangan-kemenangan kecil ini, peluang untuk meraih kejayaan sebagai satu kumpulan lebih cerah.
Sepanjang penglibatan berdikir di Singapura, banyak pujian dan sokongan telah saya terima daripada rakan-rakan yang berasal daripada kumpulan-kumpulan lain. Tiada cacian atau kutukan yang diberi sekiranya sesuatu kemenangan itu diraih oleh kumpulan yang telah saya wakili. Di sebaliknya, banyak kritikan membina dan perkongsian ilmu yang telah saya terima daripada ahli-ahli mapan dan baru yang mewakili kumpulan-kumpulan lain. Dalam penelitian ini, sokongan dan galakan daripada rakan-rakan kumpulan lain lebih berkesan berbanding sokongan dan galakan rakan-rakan sekumpulan. Hal ini mungkin sedemikian kerana penerimaan individu terhadap saingannya lebih ketara berbanding penerimaan rakan yang berasal daripada kumpulan yang sama. Mungkin, sifat egoistik ini lahir kerana saingan yang memberi sokongan dan galakan tersebut telah tertewas dalam pertandingan yang sama.
Namun demikian, hal yang lebih ketara dan wajar diteliti di sini ialah sifat ikhlas dalam bertanding atau mungkin kekaguman pada persaingan sihat yang akhirnya dimenangi oleh individu atau kumpulan lain yang lebih baik mutu persembahannya. Maka ahli-ahli atau kumpulan tertewas yang telah memberi sokongan, galakan dan juga ucapan tahniah merupakan aktivis seni persembahan dikir barat yang sebenar dan tinggi pekertinya sebagai seorang pesaing. Hal ini merupakan kejayaan yang harus dicontohi ahli-ahli kumpulan dikir barat dan juga masyarakat yang meminati persembahan seni ini.
Dalam memperkatakan tentang kejayaan juga, konsep ‘berjaya’ harus diteliti dari sudut dan konteks yang berbeza. Antara kejayaan yang amat memberangsangkan dan patut dicontohi ialah kejayaan kumpulan Durbar Dua. Kedinamikan dan kerelevanan sebagai sebuah kumpulan seni persembahan dikir barat di Singapura tidak hanya bergantung pada persembahan di atas pentas pertandingan. Sifat pro-dokumentasi dalam bentuk media digital, termasuk audio dan video adalah perkembangan proaktif dan positif. Lelaman http://durbardua.blogspot.com/ merupakan antara dokumentasi alam siber yang penting diteliti dalam rangka dikir barat di Singapura. Imej yang dilahirkan sebagai rangkaian berita di internet berjaya menyampaikan maklumat yang khusus tentang kumpulan Durbar Dua dan ahli-ahlinya.
Di sinilah kedinamikan dan sifat terus berusaha akhirnya membenarkan kejayaan sebenar, di atas pentas pertandingan, di luar konteks dikir barat dan hingga ke alam siber diraih sebagai satu kumpulan. Perubahan adalah sebuah fenomena yang membantu dan mendorong sekiranya ia diteliti akan kesan positif dan negatifnya.
Di sini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuang yang pernah menyatakan bahawa mereka hanya ahli dikir barat yang masih baru dan tidak berpengalaman. Kejayaan saudara Muhammad Dzar bin Ismail dan saudara Muhammad Ruzaini bin Mohamed Rashid sebagai penulis ‘seni kata berpotensi’ dalam Piala Raja Panggung 2009 anjuran kumpulan Dikir Barat Cucu Datuk Merah adalah kejayaan mereka sendiri serta kejayaan kumpulan Durbar Dua. Catitannya dalam lelaman internet kumpulan Durbar Dua sewaktu menghasilkan seni kata adalah bukti usaha gigih dan keinginan untuk meraih kejayaan. Syabas, tahniah dan semoga kita bertemu lagi di medan pertandingan yang lain.
Noorhaqmal Mohamed Noor (Aqmal N.)
Kumpulan Dikir Barat Kelana Purba