Ashley "Khidir" Isham
Berhasrat untuk membuka boutique di Birmingham.
Ashley "Khidir" Isham bergambar dengan kakitangan beliau, kedua-duanya pemenang "Project Run Away" dari musim 3 dan 5.

Namanya tidak asing lagi dikalangan pendikir Durbar Dua dan Dwi Durrah. Mungkin bagi mereka yang tidak mengenalinya, Sdr Ashley Khidir hanya merupakan seorang pendikir biasa. Apakan tidak, sifat beliau yang rendah diri dan sentiasa dikelilingi sahabat handai kadang kala membuat personaliti beliau tenggelam dek orang-orang macam Fadly. Di sebalik senyuman gigi besi (nama jolokan Khidir, sebab dier dulu pakai braces), bakat beliau bukan sahaja terserlah dalam arena dikir malah di bidang yang selalunya ditakluki oleh golongan Hawa. Dia pandai jahit! Yer, walaupun rautnya tak sehensem mana (boleh tahan hot jugak), tentunya bakat yang telah diperolehinya mampu untuk menawan hati gadis-gadis sunti yang 'turn-on' dengan kebolehan beliau.
Ibu beliau, Mrs Mak Khidir (bukan nama sebenar) penuh dengan kata-kata yang berbaur pujian kepada anak lelakinya, "Khidir nih memang dari dulu-dulu suka jahit. Makcik pun tak tau apasal. Bagos jugak ah, save duit jahit langsir time raya. Baju-baju dier semua dier jahit sendiri." (sambil menunjukkan koleksi rekaan Khidir)

Pada Piala Raja Panggung peringkat akhir lalu, beliaulah yang sponsor, jahit tanjak baru kiter. Dari design (nak design haper, segi tiga jer), sehingga ke penelitian kraftangan secara teknikal(fuh, kosa kata main tembak), semuanya dier buat. Minat yang dipupuknya dari kecil tampak membuahkan hasil yang memuaskan. Kini, dengan kakitangan yang mantap, beliau sudah mampu untuk menebarkan sayap dan berhasrat untuk membuka sebuah lagi, yer, sebuah lagi boutique di Birmigham. Sekiranya beliau berjaya, ini akan menambahkan jumlah boutiquenyer kepada angka sembilan.

Pihak editorial ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan penghargaan khas untuk Sdr Khidir, serta kakitangannya yang bertungkus-lumus bekerja di sebalik tabir untuk menjayakan pakaian seragam kami. Kepada mereka yang ingin menggunakan khidmat Sdr Khidir untuk jahit baju raya atau sajer-sajer nak berkenalan dengan dier, harap email Editor dengan segera. Dier single and available.
- DurbarNews