Nak jugak dengar pendapat mereka
Mereka nih jarang berbual untuk mengutarakan pandangan. Nak jugak dengar apa kata mereka selepas menjulang piala potensi. Kami sekeluarga menumpang gembira dengan pencapaian mereka, walau sekecil huma. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Terima kasih kerana sudi mengambil cabaran yang telah dibentangkan. Kejayaan mereka tidak datang begitu sahaja. Hari-hari training sampai pukul 4 pagi. Yang si ketua pulak, sanggup membanting badan, korbankan masa dan tidurnya, untuk memberikan tunjuk ajar. Nih bukan angkat, cuma terharu jer kat semangat mereka. Kepada orang kuat paluan pula, Sdr Usop, kami ingin menghulurkan ucapan tahniah juga yer. Moga-moga sifat positif mereka semua berjangkit kepada kita pula, insha allah. - DurbarNews