Friday, May 29, 2009

Nota dari Hamba yang Jahil

SUAMI ISTERI BUSUKKAN ISLAM
Bilakah ia akan berakhir?


~ Le AnaEnte
Columnist warak siket

Baru-baru ini, sepasang suami isteri ditangkap kerana menyebarkan risalah yang mengutuk serta mengherdik Islam. Mereka memberikan naskah-naskah 'evangelical' yang membusukkan nama baik Islam. Saya rasa, anda pun mungkin pernah membacanya. Menurut pengalaman peribadi, saya juga pernah menerima naskah sedemikian. Tapi tak pastilah, sama ada isi naskah tersebut sama dengan naskah yang saya terima. Di dalam risalah itu, Islam dipaparkan sebagai sebuah agama yang terpesong, dipangkin oleh imej penyembahan orang Islam yang kononnya ditipu Syaitan untuk menyembah 'Tuhan Bulan', ataupun 'The Moon God'. Cerita ini dilukis bersama visual dan karikatur yang agak menarik, mungkin untuk menarik minat golongan muda. Saya rumuskan isi kandungannya di sini:

"Pengunaan bulan sabit dan bintang adalah refleksi penghambaan orang Islam kepada Tuhan Bulan, yang diberikan nama, Hubal. Hubal merupakan sebuah berhala di dalam ka'abah dan hadir 400 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Istilah 'Allah' juga adalah derivasi istilah 'al-ilah' ataupun 'Tuhan Bulan'. Dalam karikatur tersebut, seorang Muslim sujud dan murtad apabila beliau 'insaf' dan masuk agama Kristian setelah mengetahui kebenarannya."

Ok, masalahnya sekarang, apa reaksi kita? Ini bukan kali pertama ia berlaku. Dalam kronologi penghinaan Islam, banyak sekali contoh-contohnya. Suratkhabar Denmark pada suatu masa pernah melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w. Di Britain pula, Salman Rushdie pernah menerbitkan buku yang mempersoalkan ayat-ayat Al-Quran. Di Singapura pula, dua lelaki pernah ditangkap langsung dipenjarakan sebab tulis blog anti-Islam. Apakah langkah kita selepas ini? Rasa amarah tuh, dalam firasat saya, hanya naluri dan 'totally natural'. Tak salah kalau anda nak rasa marah. Yerla, kita semua Orang Islam. Sama ada kita mempraktikkan rukun Islam atau rukun Iman tuh kadang kala kita belakang kira. Yang penting, pasangan itu telah 'menceroboh' entiti kesucian Islam. Tentu ramai yang akan memaki hamun, dan menyebarkan cerita sedemikian kepada members lain. "EH! Ko tau cerita yang pasal laki bini busukkan nama Islam! Kurang ajar sia! Ada ker patut buat gitu?" Cliche kan? Kita perlu menyisihkan kelakuan sedemikian dan cuba cari punca kemaslahatan yang kita hadapi. Di sini, saya percaya, ianya bermula dari kekurangan ilmu, dari pasangan Kristian tersebut. Izinkan saya menjelaskan.

Pengunaan bulan sabit dan bintang sebagai logo sebenarnya bukan kepunyaan Orang Islam. Ianya pernah digunakan oleh tentera Cina, Yunani (Greek) dan Rumawi (Rome). Hanya pada zaman kerajaan Ottomon ataupun Turki Uthmani, selepas menumpaskan kerajaan Rumawi sendiri, mereka mengambil simbol tersebut untuk melambangkan kerajaan Turki. Lantas, pengunaan moden bulan sabit dan bintang bermula. Umat Islam dikaitkan dengan simbol tersebut dan pada hari ini, ianya digunakan hampir di kesemua masjid di seluruh dunia. Itu jer. Hanya sebuah simbol atau lambang yang Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak pernah menggunakan.

Alangkah indah, sekiranya kita, dalam dakwah masing-masing, mampu memberikan penjelasan sedemikian selepas menerima risalah tersebut? Mungkin mereka yang menyebarkan naskah pada masa itu akan berasa janggal dan meminta maaf. Praktik dakwah bukan terkongkong dalam memberikan ceramah kat dalam masjid sahaja. Kita, selaku manusia yang kadang-kala dalam keadaan jahil ilmu agama, juga memainkan peranan besar. Berani saya katakan, besar giler. Sebab, kita lebih terdedah kepada lingkungan sosial yang lebih besar. Kita berinteraksi bersama orang yang berlainan bangsa, berlainan agama. Dalam satu masa, kemungkinan besar persoalan agama akan timbul. Jangan kita main jawab jer kalau tak pasti. Cukuplah dengan sekadar, "Let me read up on it first, bro. I am not sure of the answer actually." Sedar tak sedar, apabila kita berbuat sedemikian, sebenarnya, kita telah menunjukkan komitmen untuk mengetahui Islam dengan lebih mendalam. Hah, kalau dah cakap tuh, jangan lupa untuk lakukan plak. Hehehe. Wallahualam bissawab. - DurbarNews
BRUNO DATANG KE PAWAGAM
Alter-ego ketiga Sacha, selepas Ali G dan Borat.

Yessssaaaahhh!!! Kepada semua peminat Ali G dan Borat, sebuah tayangan yang power bakal menemui anda. Bruno! Sepertimana yang anda semua ketahui, Sacha Cohen Baron, seorang Yahudi (betul, tak bedek, gi baca profil dia), amat terkenal dengan alter-egonya sebagai Ali G (British rapper sesat) dan juga Borat (seorang wartawan Kazakstan). Beliau boleh dikatakan seorang yang pintar kerana melalui watak-watak yang dibawanya, beliau dengan tidak secara langsung mengupas dan mendedahkan paradigma sosial dan perwatakkan orang-orang Barat terhadap stereotype golongan minoriti. Dengan kata lain, dia 'trick' orang untuk menunjukkan kebodohan mereka. Dalam tayangan pawagam terbarunya, 'Bruno, Borat was so 2006', Sacha Cohen menyamar sebagai seorang wartawan fesyen dari Austria yang confius dengan orientasi seksualnya. Senang cakap, dia eksyen 'gay' lah. Dan kelakarnya, orang-orang yang dier interview boleh gi layan dekni. Tengok ah...


PS: Sayangnya, dier Yahudi. Memang Tuhan menganugerahkan orang Yahudi dengan kepintaran luar biasa. Hanya Dialah yang maha mengetahui. - DurbarNews

Thursday, May 28, 2009

Sekilas Sejarah: Ganja
Pernah digunakan sebagai ubat.

Ganja pernah dikatakan sebagai penyelamat ekonomi sejagat. Sekiranya industri ganja diluluskan oleh Amerika Syarikat, keuntungan yang diraih sekarang, sebanyak 35 billion dolar Amerika, mind you, boleh berlipat ganda. Bayangkan, keuntungan sebanyak itu telah dapat diraih, walaupun ianya haram di sisi undang-undang. Kalau undang-undang dilonggarkan, dan ganja dijual secara komersil, seperti arak dan rokok, tentunya wang yang diraih mampu memantapkan lagi ekonomi. Tapi tuh pandangan ekonomi sajer, belum lagi implikasi moral dan agama, yer tak? Walaubagaimanapun, penulis terserempak dengan clip ini, yang mengandungi visual serta informasi yang baik tentang penggunaan ganja, enjoy :) - DurbarNews

"LIVE" FINALS UPDATE
Artikel ini ditulis sambil menonton finals dan makan meggi

3.00 am: Editor DNN, Le Dzar de Francesco, menulis laporan ini secara lintas langsung, sambil menonton Peringkat Akhir Liga Champions. Tidak seperti majoriti Durbar Dua, beliau merupakan antara kaum minoriti yang tak support Manchester United. Selamat membaca.

Halermark, belom sempat aku bukak nih blogpot, Eto dah score. Apedah, camana nak tulis secara 'live' nih. Dasyatnah dia celebrate. Macam ala-ala joget Afrika. Baik ah Eto! Nampaknya, Man Utd terkial untuk kontrol permainan. Ronaldo setakat melepaskan rembatan jarak jauh jer. Istilah 'spray and pray'. Park Ji Sung plak macam 'outclassed'. Tapi tahniah atas penampilan sulungnya di peringkat akhir Champions League. Ini bermakna, beliau orang Asia pertama yang masuk final nih. Kalau anda telitikan kesemua pemain yang ada dalam padang, fuh, indah. Ada pemain dari setiap pelusuk dunia. Orang Afrika, Perancis, Asia, Omputeh, Sepanyol, Amerika Selatan, dan banyak lagi. Ok, ok, sambung tengok, nanti score aku type lagi...

Half time ah. Live streaming aku tak brapa baik. Kene cari link yang tak 'lag' nih. Masuk nih, dah 10 lebih streaming site aku masuk, satu pun tak lepas. Moral of the story: Beli 'cabel tv'...

Wuuuiiihhh.. Jari jemariku menggeletar sambil tulis laporan nih. Apakan tidak. Aku baru saja menyaksikan Lionel Messi menanduk bola ke gawang Man Utd. Pemain yang pendek tapi skill giler nak mampus. Selaku penyokong kelab ABU (Anything but United), aku tak leh tahan kegembiraan. Nih pun tengok lintas langsung dari live streaming. Commentator dier orang Sepanyol. Sepatah haram pun aku tak paham. Tapi, biler intonasi dier naik, fuh, darah gemuruh kemain lagi. Nampaknya serangan datang bertubi-tubi dari kedua-dua pihak. Ronaldo depan-depan gol pun takle score. Man Utd mcm kene bungkus jer. Aku takle bayangkan bebudak Durbar Dua yang tengah tengok match nih kat St James. Mesti satu-satu muka boring. Hahaha.. jom, tengok lagi... Sambil-sambil tuh nak sms dan sakat dorang..

FULL TIME!!! Pengadil meniup wisel tiga kali, menandakan tamatnya perlawanan ini! Memang tidak dinafikan, Barcelona CF merupakan pasukan yang lebih superior jika hendak dibandingkan dengan Man Utd. Pemain semua tengah bersalaman antara satu sama lain. Permandangan yang sungguh indah di Rome. Johan Cruyff pun ada turut sama meraikan kemenangan ini. Dan sekarang, replay demi replay dimainkan lagi di depan mata saya. Power sungguh gol yang ditayangkan secara 'slow motion'. Wow. Dan seperti biasa, sekarang, kita dapat lihat Cristiano Ronaldo tengah nangis. Kesian dier. Dan sekarang pula, Barca angkat cup. Sekali lagi, wow. Pemain tampak saling berpelukkan dan berkucupan. Hanya pada masa inilah, pelukkan serta kucupan diantara lelaki diterima, kerana saya pasti, pada masa lain, ianya tentu dianggap sebagai satu perbuatan yang agak 'gay'. Itu sahaja, live, dari saya di DNN, semoga anda terhibur hati, seperti saya, sekian, Le Dzar de Francesco, lintas langsung dari Rome, wassalam, balik ke angkasapuri... - DurbarNews

gambar dipetik dari www.soccernet.com

Tuesday, May 26, 2009

Sing Under Elfee Ismail!
Bukan literally lah, tuh dah lain kan..

Siapakah Elfee Ismail?
Elfee Ismail seorang pemuda yang akan menjejak 27 tahun pada 5 Ogos tahun ini. Dia dinobatkan sebagai pemenang 'Bintang Klasik Nusantara 2007'. Di pertandingan ini, Elfee telah menyampaikan lagu M.Bakri yang bertajuk Sumbangsih, sebuah lagu yang cukup nostalgia pada tahun 1959 kerana ianya mengimbau kenangan perpisahan antara Singapura dan Malaysia satu ketika dulu.

Apa Cerita nih?
Kini, Dwi Durrah akan memberi peluang kepada wanita wanita yang ingin menyanyi bawah guidance Elfee Ismail. Ini juga kerana Elfee adalah vocal coach Dwi Durrah, kita ingin mengajak sesiapa yang berminat untuk mempelajari pitching dan sebagainya untuk turun ke vocal session kita.

Mengapahkah harus aku turun? ada catch kah ni?
Oh tidak. Dengan penuh ikhlas kami mengundang sesiapa yang berminat untuk train vocal mereka untuk turun ke sesi kami. Ini buat sementara waktu kerana, kini, dwi durrah tengah polishing pitching kita, so sambil selam, minum air. Kalau kamu nak join in dan mempelajari menkontrol voicing dan pitching anda, apa salahnya. Like i said, its a win-win situation.Jika pergi, akan bermanfaat, tak pergi its your loss beb.

People to contact:
Fauziah: elfeefauziah_ef@hotmail.com
Idah: spade_shidaz@hotmail.com
Amz: nhamelia@hotmail.com
-DNNadvert
New Vid Update
From the Cadbury Advertisement

DNN HQ - Fuh, nampaknya persaingan hangat sudahpun dapat dirasakan antara kumpulan-kumpulan yang akan bertanding untuk Durbar Dua Party of The Century (DDPOTC). Ada tuh dengar-dengar sampai dah pegi shopping kat Mustapha untuk beli aksesori kumpulan. Ada jugak yang saling melemparkan tomahan lembut antara satu sama lain. Oleh kerana kumpulan menunjukkan semangat yang luar biasa, maka kita, dari pihak editorial, pun nak tunjuk semangat la kan. Kita sudahpun buat video promo baru untuk DDPOTC. Cheggitdout.



Video ini akan diselitkan di lelaman rasmi DDPOTC (lingkarannya kat atas). Kepada yang masih belum 'confirm'kan attendance, kol jer memana budak Durbar. Kehadiran anda sangat dialu-alukan. Enjoy. - DurbarNews

Monday, May 25, 2009

Album of The Month
Cara baru, sistem baru

Sekiranya anda semua celikkan mata di sidebar, anda akan perasan bahawa lingkaran 'album' sudahpun ditiadakan. Bukan taknak korang tengok, masalahnya, orang pun jarang tengok. Jadi, kita akan mencuba sesuatu yang baru. Hanya satu album akan dimuatnaikkan secara bulanan. Kita panggil album nih, 'album of the month' (AOTM). Biasanya, maklum balas yang diterima dalam istilah penerbitan album adalah, "what's next?" Jadi, untuk memberikan para pengunjung updates yang terkini, pihak editorial dah sepakat untuk berbuat sedemikian. Seandainya kita tak ada gambar baru, makanya, kita akan gunakan gambar-gambar oldskool yang gerek untuk 'album of the month' edisi selanjutnya. AOTM pada kali ini menyingkap kembali perayaan ulang tahun yang ke sepuluh Durbar Dua. Maklumlah, kita pun dah nak 12 tahun kan? Jadi kita lihat kembali, kenangan-kenangan manis zaman lalu. Click di sidebar untuk melihat album sepenuhnya. Sekian, wassalam.

'Columnist' baru joins editorial...

Ok! Nampaknya, DNN berjaya recruit satu lagi columnist yang boleh sedekahkan satu artkel setiap minggu. Dengan segala hormatnya, kami mempersembahkan, penulis terbaru kami, seorang yang agak hot, hot mummy, i loike. Actually, aku tak berapa kenal sangat tapi dia mcm tau banyak pasal dikir sebab dia pun kirerkan orang lama jugak. Jumpa pun tak pernah. Sekadar email jer. Tapi takperlakan, yang penting, isi luahan hati. Silakan, Kak C...

D for... DISCIPLINE.
Penghambat atau Pemangkin?

~Oleh Kak C
Hah, baru-baru ni akak ada jugak berbual dengan seorang teman di warung kopi.. Akak kata, akak paling tak suka tengok members akak yang sebaju merokok sambil memakai kemaja-t kumpulan. Teman baik akak ni pulak memberi respons yang berbeza, "EH, kau ingat ni dikir barat time 90's ke? Mana ada kumpulan sekarang buat macam tu?"

Bila sebut time dikir zaman 90an ni, akak tak berapa tau lah sebab akak ni muda lagi zaman tu .. tapi kalau betul lah kumpulan dikir masa tu buat macam tu, kenapa kita tak boleh kekalkan peraturan-peraturan tu semua? Bukankah dapat dijaga tatatertib kumpulan? Ada jugak beberapa perkara yang akak rasa macam nak timbulkan sebab telah diterima pakai sebagai amalan atau norma kumpulan dikir Singapura, mungkin tanpa kita sedarinya...

1. Bersalaman
Kelmarin masa menonton sebuah persembahan dikir barat di daerah utara Singapura, seorang aktivis dikir daripada sebuah kumpulan yang telah mapan telah menolak tawaran untuk bersalaman dengan seorang pendikir wanita. "Batal air sembahyang..." seloroh kawan tu. Sejuk hati akak dengar dia cakap macam tu. Sebab sekarang ni, bersalaman di antara wanita dan lelaki terutama dalam arena seni dikir dianggap perkara biasa.

Ada pulak tu yang "take it to the next level" dengan memberi pelukan mesra dan ciuman di pipi untuk menggantikan ucapan "hello". ( Oohh hot bebeh..takleh carry akak...)

Ada pulak yang tidak mahu bersalaman, sebab takut "terkena". Tak tahulah kesahihannya, tetapi dengar-dengar masih wujud lagi ilmu-ilmu terlarang dalam seni dikir ini. Akak tak berani nak komen part ni.... takut. Percaya ke tidak, terpulanglah kepada pandangan setiap individu.

2. Pakaian
Ketika di sebuah pertandingan yang diadakan baru-baru ni, terdapat beberapa orang pendikir wanita yang naik atas pentas dengan memakai pakaian yang menggiurkan. Hah, apa lagi bersorak kesukaan lah para pendikir lelaki yang menonton.

Akak rasa, macam tak manis lah, para pendikir wanita pakai seluar pendek dan baju yang menampakkan dada dan lengan... tetapi kelihatannya seperti sudah menjadi perkara biasa di pertandingan dikir Singapura. Ada pulak tu pendikir yang memang main dikir barat hanya kerana ingin mencari pasangan.. agaknya sebab itulah pakaian yang dikenakan mesti yang menarik perhatian.

Namun demikian, masih juga ada beberapa kumpulan Dikir Singapura yang selalu menjaga ketertiban dari aspek pakaian. Hah, kumpulan-kumpulan tu memang Kak C feveret sangat.

3. Merokok
Mungkin akak ni old-fashioned... tetapi akak memang tak suka lah tengok budak-budak dikir hisap rokok beramai-ramai... asal keluar dari balai rakyat selepas pertandingan aje, fuhhhh smoke machine lah seh.

Buat yang sudah berumur 18 ke atas, ok lah sekurang-kurangnya tidak melanggar undang-undang. Namun, masalahnya, jikalau kita mengamalkan budaya hisap rokok secara kolektif setiap kali adanya pertandingan dikir barat, bukankah satu hari budaya ini akan dilihat sebagai sebahagian daripada aktiviti wajib pendikir Singapura? Kalau misal kata, budak-budak muda kita lepasan sekolah menengah melihat perkara begini berlaku, mesti nak ikut sama bukan?

Sebaik-baiknya jauhilah rokok. Bukan apa, akak C tidak hendak lihat para pendikir kita ni didampingi pelbagai penyakit di hari tua nanti...

4. Menegur-sapa
Ada beberapa kumpulan di Singapura yang tidak menegur kenalan-kenalan mereka sebelum mereka menaiki pentas, mungkin atas sebab ingin fokus pada isi persembahan masing-masing dan juga demi memelihara nama kumpulan. Akak setuju dengan pandangan ni, sebab kadang-kadang kalau kita asyik sibuk hendak berbual sahaja, habislah lari fokus dan terjejas persembahan atas pentas.

Namun demikian, janganlah hidung tinggi. Kalau sudah selesai persembahan, kalau ditegur secara baik, balaslah senyuman atau teguran itu. Senyuman itu kan sedekah. Tak rugi satu sen kalau membalasnya. Asalkan, jangan terpekik-terlolong dan mengganggu ketenteraman awam.

5. Bersorak
Bersorak menyokong kumpulan idaman memang dapat meningkatkan semangat dan prestasi kumpulan tersebut. Namun demikian, akak tengok kadang-kala para pendikir ni ada yang melontarkan tomahan kata yang pedas dan biadap ketika menonton persembahan kumpulan yang mereka benci.

Tak elok semaikan benih kebencian. Memang setiap orang dibenarkan mempunyai pendapat sendiri, tetapi sebelum kita melontarkan kata-kata pedas itu ingatlah... setiap kumpulan telah bertungkus-lumus membina persembahan masing-masing. Terutama sekali kumpulan-kumpulan baru... asyik kena kutuk sahaja. Mereka ni yang sepatutnya kita berikan semangat, kerana walaupun kerapkali tidak berjaya, mereka masih berani bergiat dan bertanding tanpa berputus asa.

Adeiiii... Panjang lebar sudah komentar Kak C ni... Sampai di sini sahaja artikel Kak C kali ini. Pada pendapat Kak C, disiplin itu perlu buat tiap kumpulan kerana ia dapat menjauhkan kumpulan daripada anasir-anasir negatif dan menjadi pemangkin kejayaan.

Namun demikian, pandangan ini hanya buat renungan ramai, diharapkan tidak menimbulkan kemarahan daripada mana-mana pihak.

Okay, Kak C hendak bersiar-siar di Orchard Rd. Kalau ada yang menarik nanti Kak C kongsi lagi. Tata! - DurbarNews

Sunday, May 24, 2009

Mak Aih!
Jaga suara nampak?

-Le Dzar De Francesco
Chief Editor, Durbar News Network
Suara merupakan aset paling penting dalam kesenian dikir, yang tergolong didalam kategory 'seni suara'. Tak kisahlah suara sedap ker tak. Kalau suara sedap giler, konfirm kene jadi tok juara. Kalau kurang sedap, tapi penuh dengan intonasi yang berbeza, kemungkinan disuruh untuk menjadi tukang karut. Kalau suara tak sedap sangat, confirm jadi awok. Tapi please eh, tak semua suara awok kurang sedap. Ada yang sedap giler sampai boleh main harmonise. Ada jugak yang sumbang sampai 'ter'harmonise. Tentu sekali kita dah nampak pelbagai pantang larang dalam menjaga suara sebelum pertandingan. Maklumlah, semuanya nak simpan suara yang paling 'kong' untuk dilaungkan dikhalayak ramai. Apakah teknik-teknik tersebut? Jom kita selongkar dan teliti, antara teknik-teknik menyimpan suara yang pernah dilakukan dalam arena dikir. Santai.

AIR JAMPI: Part nih aku tak berani untuk cuba. Sebab pandangan aku dari segi hukum hakam agama tidak menyebelahi pengunaan air jampi. Tak pernah pula aku nampak secara zahir, kumpulan menggunakan metode sedemikian. Tapi memang pernah dengar. Mujarab ker tidak, wallahualam. Tapi selalunya, kalau part jampi-jampi nih, confirm mujarab, sebab kita menggunakan 'khidmat orang ketiga' (makluk lain). Dosa pun berlipat ganda. Kalau aku taburkan dalil-dalilnya, tuh dah makan satu artikel. Nih masing-masing la kan. Tapi, jangan pula kita fitnah, sekiranya terdengar ada juara atau awok suara sedap, abeh kita simpulkan, "Nih mesti pakai air jampi." Tuh dah fitnah beb.

AIR JELLY: Aku sendiri pun tak tau apa kandungan air jelly nih. Aku pernah minum, tapi suara tak sedap pun. Nih petua dari seorang yang agak mapan dalam arena musik rantauan. Airnya tawar, rasa pahit-pahit pun ada. Ala, macam 'cheng teng' tapi takda gula. Kandungannya pula adalah kelompok-kelompok jelly, pun mcm 'cheng teng' jugak. Rasional air jelly nih adalah untuk menyejukkan peti suara dan supaya suara kurang serak.

UBAT BATUK: Bak kata orang lama, "Nih trick lama seh". Nihlah trick paling mujarab. Ubat batuk, adalah solusi jangka masa pendek untuk menyelesaikan masalah suara anda. Sebab, ia menyejukkan peti suara yang melicinkan pengeluaran angin dari kerongkong. Menggunakan ubat batuk untuk suara anda diibaratkan seperti menggunakan 'grease' untuk melicinkan penggerakkan engin kereta. Tapi awas! Kalau minum banyak sangat dah kirakan satu kesalahan besar. Boleh masuk jel. Di sini saya syorkan agar diadakan 'urine test' sebelum pertandingan dikir. Ala, mcm anti-doping test, jadi orang tak menyalah gunakan ubat batuk.

SIMPAN SUARA: Ini merupakan teknik yang jarang digunakan oleh Durbar Dua. Dalam kata lain, sebuah kumpulan itu tak menyanyi dalam tahap maksima dan simpan suara pada masa latihan dalam waktu yang ditetapkan. Mungkin sehari sebelum pertandingan, mahupun seminggu. Amalan sedemikian boleh membawa pulangan yang baik, namun begitu, kalau tidak biasa dilakukan, boleh mengakibatkan sesebuah kumpulan tuh sumbang atas pentas. Kenapa? Sebab tak cukup latihan lantunan suara.

ROKOK: Rokok bukan sebarang rokok beb. Ada rokok yang dapat melapangkan peti suara, ada juga yang merosakkan suara. Nih info aku dapat dari pendikir-pendikir mapan la kan. Rokok yang cengkih-based, mcm Sampoerna, Gudang garam nih semua, dikatakan dapat menebalkan kahak anda dalam kerongkong dan paru-paru. Kalau nak suara jahanam lebih cepat, isap rokok yang ada cengkih. Menthol pun boleh jahanamkan suara jugak. Dalam kadar yang lebih perlahan. Nih dari pengalaman sendiri. Labih-lebih lagi Viceroy. Confirm gone. Rokok yang paling suara-friendly, adalah Marlboro merah. Tak percaya? Tanya ah Appu. Tengok bertapa lunaknya suara dia.

SEKS (untuk mereka yang dah kawin jer): Seks untuk suara yang lebih baik? Jangan terkejut, besar kemungkinannya. Hal sedemikian pernah dibahaskan, bukan dari segi suara, tapi dari segi daya fisikal. Ia juga pernah diterbitkan dalam satu episode: Sports Science, Does Sex Make You Perform Better? Jawapannya, ya! Dalam sebuah controlled-experiment yang dilakukan Sports Science, seorang atelit (seorang boxer) menunjukkan persembahan yang lebih baik dalam semua aspek selepas seks. Pukulannya lebih tepat, lebih power. Pernafasannya lebih cepat, degupan jantung pun semakin laju. Semakin banyak oksigen masuk ke tubuhnya dan daya mentalnya juga lebih cerdas. Jadi, kalau kita berbalik kepada seni dikir, korang bayangkanlah implikasinya. Pernafasan lebih baik, blood circulation bertambah, otak lebih cerdas, fuh. Tapi once again, itu yang buat secara halal la, yang secara 'ehem' plak, tuh mungkin Tuhan akan sengaja turunkan malapetaka untuk 'cock-up' korang nyer performance sebab mengingkari perintahNya.

Okla, sampai disini sahaja. Teknik-teknik nih cuma sekadar kongsi sama. Kalau nak kata keberkesananya terjamin, taklah jugak, sebab lain orang, lain cara. Sekiranya anda juga ada teknik-teknik menjaga suara yang tersendiri dan ingin kongsi dengan penggelungsur DNN, email jer pada editor (muhddzar@hotmail.com), ataupun sekadar meletakkan komentar kat artikel nih. Salam sayang dan jumpa lagi! - DurbarNews

Saturday, May 23, 2009

Kaduk Ambil Inisiatif
Inisiatif ahli untuk lebih produktif

Fuh, bleh tahan. Nampaknya, walaupun Rezal dah jarang turun training, ramai yang sudahpun mengambil inisiatif sendiri untuk maju kehadapan dan mengambil alih urusan dikir. Baguslah. Kalau selalunya ramai ahli yang berdiam diri dan hanya menjadi pengikut, sekarang, ramai yang sudah tampil kehadapan untuk memberikan idea serta pendapat. Langkah demokrasi nih adalah tanda kematangan yang semakin hari, semakin meninggi. Contohnya nih, Kaduk Kopperfield. Tengok jerla gaya dia. Rezal take note, nih kirerkan mcm spycam.

Ok, tuh jer santapan mata untuk hari ini. Malam nih ada perang Badar. Jadi, sila laporkan kedatangan anda ke Owen Rd. Tak sabar nih. Tauhid, mcm biasa, duduk sebelah aku, eh. Code untuk mereka yang nak team dgn aku: Hitam putih putih putih hitam putih hitam putih putih. Ok, selamat bergerak! - DurbarNews
Meraikan Hari Lahir Kerabat Wanita Dari D2.
Radin dah boleh tengok cerita R(21)!

Radin and her secondary school friends. Fulermark, fancy kemancy la seh

Its the most awaited time in a teenagers life. Besides hitting the Big two, the next number inline would be the BIG BIG two-one which is in fact a very big deal. Being twenty one spells freedom for many. Why Many? Because in Singapore, we live in a conservative society. Reaching 21 does not mean that we could buy a house and stuff but it does mean you are liable to get jailed.

Okay, the main point that i want to pen down is that, our dear friend, Radin has turned 21 last week! This is the first time Dwi Durrah has celebrated one of their members birthday since the day we got established. - Amelia

Wednesday, May 20, 2009

Segmen Korang

"Segmen Korang" nih adalah untuk korang-korang sumbangkan artikel untuk dibaca ramai. Tak kisahlah korang dari kumpulan mana. Kalau best untuk dibaca dan tak 'offensive' sangat, makanya kita akan terbitkan. 'Actually' aku dah mass message kat Facebook untuk sumbangan artikel. Alhamdulillah, ada jugak orang antar. Pada segmen kali ini, kita mengundang Enal Angus dari kumpulan Cucu Datuk Merah (CDM) untuk bercerita... silakan...

'Peng’ Kumpulan: Satu Halangan?
‘Man shapes himself through the decisions that shape the environment’.

Rene Dubos.

Berpindah kumpulan atau ‘peng’ sudah menjadi perkara yang sering berlaku di kalangan penggiat-penggiat seni dikir barat tanah air kita. Apa yang mendorong seseorang itu berpindah ke kumpulan lain? Hendak ‘explore’ lebih mendalam atau sudah tidak boleh ‘ngam’ dengan ahli-ahli kumpulan sendiri?

Ini hanyalah contoh yang boleh kita fikirkan. Malah ia juga boleh dijadikan sebagai alasan untuk seseorang itu keluar dari kumpulannya. Saya percaya, ada di antara kita pernah terlihat beberapa di antara mereka yang sudah berpindah ke kumpulan lain. Ini jelas kelihatan di mana-mana ‘comp’ yang dianjurkan oleh penggiat-penggiat dikir barat tempatan.

Sebagai contoh, “Comp sket hari main dengan kumpulan ‘ABC’. Sekarang dengan kumpulan ‘123’ pulak. Asal eh dekni ‘peng’?” Soalan ini akan menjadi tanda tanya kepada mereka yang sedar akan perubahan ini. Apa yang mendorong seseorang itu ‘peng’ ke kumpulan lain?

Mungkin setelah melihat persembahan satu kumpulan di ‘comp’, hatinya terbuka untuk mengambil keputusan untuk bertukar angin. Mungkin juga dia hendak ‘explore’ seni ini dengan lebih mendalam tetapi dengan cara yang berbeza. Ini adalah satu langkah yang baik dan, pada pendapat saya, harus kita terima dengan sikap yang positif.

Berbalik kepada ‘quote’ di atas, saya rasa apabila seseorang itu membuat keputusan untuk ‘peng’ ke kumpulan lain, hendaklah kita terima dengan seadanya kerana si empunya diri lebih tahu akan citarasanya sendiri dan janganlah kita menghalangnya untuk berbuat demikian.

Memang agak sukar untuk kita menerima hakikat ini tetapi tali persahabatan sesama insan tidak akan terjejas jikalau kita saling menghormati antara satu sama lain, Insyallah. Saya rasa minat pada seni dikir ini tiada batasnya. Janganlah kerana satu isu yang sukar kita terima menjadi satu perkara yang boleh menimbulkan hasrat marah, benci dan dendam terhadap seseorang itu.

Tepuk dada tanya jiwa. What goes around comes around.

Semoga artikel ini menjadi renungan buat kita semua. Saya mohon maaf jika artikel ini menyinggung hati atau menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca sekelian. Kita hanya manusia biasa, yang baik itu datangya dari ALLAH SAW dan yang buruk itu datangya dari diri kita sendiri.

Sekian, Wasalam.

(Buat kedua-dua orang tuaku yang menjadi pendorong dan inspirasi dalam hidupku).

Saturday, May 16, 2009

Piala KGMS Peringkat Akhir

Piala KGMS Peringkat Akhir

Tampil ke pejabat KGMS esok, 15 May dari 6pm - 9pm, untuk membeli tiket-tiket. Bermula jam 6 petang. Sistem penjualan adalah mengikut sistem yang terdahulu, didahulukan. Sekiranya mempunyai baki, tiket akan dijual pada hari pertandingan. Namun, tempat duduk akan mengikut pada sistem tempat duduk yang bernombor. Maka pembelian yang awal, akan diberi peluang untuk memilih tempat duduk yang lebih strategik.

Monday, May 11, 2009

Ayuh kita menyanyi

Jom Jom Bernyanyi
Deputy Editor: Amz

Ahh, inilah musim untuk menunjukkan kebolehan anda di pentas melalui nyanyian. Dari American idol ke singapore idol lah,dan juga Anugerah, inilah event-event yang menyebabkan tempat di CASH BOX studio amat limited. Sampai orang nak karaoke pun kene beratur.Oh, dan tahukah anda, dua orang dari kerabat D2 kami telah try out untuk Anugerah? Haa, ni korang pandai-pandai find out lah.

Cakap tentang nyanyi ni semua, satu kriteria untuk menyertai peraduan ini semua, bagi saya lah, adalah diction. Diction atau artikulasi sangat penting jikalau kamu mahu masuk competition.. nak tahu kenapa? ah, tengoklah video di bawah ini..

btw, ni lagu "Numb" dari Linkin Park kalau kamu semua masih teragak-agak apekebende dia sendang nyanyi.

Thursday, May 7, 2009

alamark, lagi satu cobaannnnn....

angkara..

"Swine Flu"

HQ - Dengan dukacitanya kami ingin mengumumkan bahawa aktiviti besar-besaran kita terpaksa ditangguhkan kerana penularan wabak Swine Flu yang kian melanda negara tercinta. Aloha Changi dah revoke tempat tuh atas sebab-sebab kesihatan. Tapi takper, Team DNN sedang bekerja keras untuk mendapatkan tempat lain sebagai ganti. Kalau tak berkesempatan pun, kita akan adakan majlis sederhana di CC. Apa yang penting, keakraban sesama sendiri tetap wujud. Biar akar tumbuh lebih dalam ke bumi. Okla, setakat ini, korang jaga-jaga dengan orang yang makan al-babs. Kalau korang sendiri yang makan, aku tak tau la apa lagi nak cakap la kan... ow yoooo! - DurbarNews

Tuesday, May 5, 2009

Meeting summary...

Semangat Kuat Serta Sihat Membawa Berkat
Durbar Dua tetap enjoy, heppi, dan asli cara dorang sendiri.

Sifat positif yang berjangkit diantara kerabat Durbar Dua jelas terserlah dengan senyuman mesra masing-masing.

OWEN ROAD - Enjoy dan kembangkan sayap. Itulah mesej di sebalik mesyuarat kurang agung Durbar Dua, (ntah yg ke brapa) yang baru saja berlangsung lewat malam Isnin di Owen Road. Ianya disambut meriah oleh kerabat kumpulan yang ingin melihat apakah langkah kita seterusnya untuk masa akan datang. Walaupun ramai yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut, ramai lagi yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang munasabah. Lantas, rumusan bagi mesyuarat tersebut telahpun kami lampirkan disini, agar senang untuk ditelaah keluarga besar, Durbar Dua.

Hal-hal bersangkut-paut dengan persembahan komersil (show)
Tarikh penting yang harus dicatat adalah seperti berikut:
  • Persembahan kompang (one trip), 6hb Jun, di Clementi dan pada 7hb Jun, di Chongpang CC. Kedua-dua persembahan ini akan berlangsung selama beberapa minit sahaja, tetapi kami meminta agar 'kompangers' report seawal 12 tgh hari. Insha allah, habis jam 3. Kami mengambil kesempatan ini untuk memukul canang kepada kerabat Durbar Dua yang ingin turut serta. Habuan wang akan diberikan sebagai tanda penghargaan. Sila hubungi Sdr Usop ataupun Sdr Naz secepat mungkin.

  • Dengan sukacitanya, Durbar Dua telah diundang untuk menyertai acara kebudayaan gilang-gemilang, Gentarasa 2009, arahan Suhaimi Yusof. Sila pangkahkan tarikh 13 serta 14 Jun di kalender peribadi anda kerana kami memerlukan tenaga pendikir yang ramai. Anggaplah ini sebagai sebuah pertandingan dan berikanlah fokus yang setimpal dalam latihan. Tarikh latihan akan diumumkan melalui SMS. Commit dok, jangan tak commit. You are missing out on alot of things kalau tak commit untuk Gentarasa. Jangan menyesal.

Piala Raja Panggung 2009
Kerabat Durbar Dua akan menyertai Piala Raja Panggung 2009, yang akan berlangsung pada pertengahan bulan Julai ini. Kita belajar dari kesilapan, dan terus mengorak langkah kehadapan dengan pandangan yang positif dan azam yang kuat. Wakil-wakil Durbar Dua yang akan dihantar ke majlis taklimat, dinasihatkan untuk merakamkan audio sesi dialog untuk rujukan sendiri.

Isu Kebersihan
Menteri Kesihatan Durbar Dua, Dr Luqman, telah diberikan amaran oleh Setiausaha Agung Dalam Negeri, Prof Madya Nazrin, kerana tahap kebersihan yang kurang memuaskan di bilik latihan Durbar Dua. Karpet yang sekian lama belum divacumm kadang kala membuat sesetengah pendikir gatal di punggung apabila mereka duduk untuk sesi latihan. Beliau melahirkan kebimbangan tentang penularan wabak Flu Babi yang kian merebak di seluruh dunia. Dr Luqman telah memberikan perintah berkurung bagi pendikir-pendikir Durbar Dua yang kurang sihat, dan mewajibkan pengambilan suhu badan sebelum setiap sesi latihan. Bilik latihan Durbar Dua akan ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja pembersihan. Dr Luqman juga telah mengistiharkan bahawa kadar keselamatan dinaikkan kepada Kod Oren.

Projek besar-besaran akan datang
Buat julung-julung kalinya, Sdr Dahlan telah memberikan idea yang baik gila untuk meningkatkan tahap silratulrahim diantara familia Durbar Dua ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Beliau menyarankan agar aktiviti kerabat pada kali ini melibatkan anggota keluarga pendikir. Ya, dengan kata lain, kami akan mengundang ibu, bapa, makcik, pakcik, datuk, nenek serta moyang untuk berlaga, bukan dengan keluarga sendiri, tetapi dengan keluarga lain. Lawan apa? Takkanlah bolasepak. Tercungap-tercungap seh dorang. Kita akan menganjurkan pertandingan bowling inter keluarga. Insha allah, pertandingan ini akan diadakan pada lewat tahun ini.

Pesta Pesta Pesta!
Yes ah. Kalau Zouk ada acara tahunan "Zouk Out", maka dengan segala hormatnya, kita plak akan menganjurkan "Durbar Dua Party Of The Century" atau dengan singkatannya, DDPOTC (pronounced 'did-po-tek'). Kita telahpun menyewa sebuah bungalow yang besar nak mampos, lepas tuh kita nak buat party yang ada tema. Sejauh ini, dah ada dua cadangan, satu, pesta bertemakan kosep lanun, lagi satu plak, pesta bertemakan wrestling. Pesta ini 100% family friendly, jadi minum-minum nih semua OUT! Kita nak taruk sound sistem orang kawin (plz la Naz... plz... i beg you la seh), lepah tuh ada lucky draw, pas tuh ada pertandingan ala survivor, barbeque, ada award ceremony dan banyak lagi. Okla, nantikan article selanjutnya untuk butir-butir khusus yer. - DurbarNews

Saturday, May 2, 2009

Milestone...

DNN Milestone
A new milestone dalam sejarah Durbar Dua. 40,000 hits in 16 months.

Lelaman DNN dah cecah 40,000 site visits la seh! Apa yang membuat statistik ini memberangsangkan adalah ianya dikecapi dalam jangka masa kurang 2 tahun, lebih tepat lagi, 16 bulan. Site DNN dilawati lebih 80 kali sehari, 14% lebih tinggi daripada statistik tahun lalu, yang sekadar mencecah 70 kali sehari. Itupun setelah dipukul rata. Kalau ikut statistik pada dua hari yang lepas, kita dapat cecah 250 hits dalam sehari. Itupun, paham-paham ajalah, berita hangat. Dalam hari-hari mendak, taklah sampai mcm tuh. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, ada kemajuan. Jangan bimbang, tidak seperti desas desus yang anda dengarkan, DNN tidak meraih apa-apa keuntungan daripada jumlah site visits. Cuma kita rasa 'shiok' jer. Implikasinya di sini bukan untuk riak, tetapi statistik sedemikian menunjukkan bahawa sudah semakin ramai aktivis yang 'net-savvy', dan lebih terdedah kepada cybermedia, sesuai dengan kemajuan teknologi yang sekian ada. Sekali lagi, sekalung budi kepada mereka yang sudi untuk menjenguk lelaman kami, tidak kira apapun niatnya.


Lingkaran baru segmen video Durbar News Network. Lagi kemas sikit.

Hah, ada lagi.... Site bagi lingkaran 'vlog' sudah dikemaskinikan. Memandangkan video-video kami pada tahun ini lebih berkualiti daripada video-video tahun sebelumnya, ia telahpun dimuat-naikkan, sebagai ganti video-video yang dah lapuk. Lihat saja gambar-gambar di bawah. Fuh, dah gerek, kan (masuk bakul angkat sendiri)? Hot favourites seperti kedua-dua advertisement PBP09, MTV Jalan Raya, highlights perlawanan bolasepak pun ada! Sekiranya anda dapat lihat di sebelah kiri (click to enlarge), playlist kiter pun dah 'refresh'. Jadi kalau tak ada kerja sempena cuti hari buruh ni, sudilah jengok-jengok, buatla macam homepage sendiri. Ah! Lupa plak. Bagi mereka yang hendak mencuba nasib untuk pertandingan seni suara setempat, Anugerah, semoga berjaya. Lebih-lebih lagi kepada dua 'Anugerah hopefuls' kita, Sdr Biggy dan Sdr Apu. Ikut dan patuhlah peraturan yang ditetapkan penganjur Anugerah. Kalau dorang suruh slim down, janganlah korang gi lantak burger hari-hari. Rajin-rajinlah ke gimnasium untuk melangsingkan badan. Jangan kene disqualified sua. Hehehehe. - DurbarNews

Friday, May 1, 2009

Oh emak aku nak kawinnn tapi kocek berlobang

"Aku tidah kesah! Aku mahu kau Kawin dengan dia."


Penulis sambilan:
~ Kak Chick


Ah, Bab Perkahwinan. Issue yang teramat sensitif sekali oleh masyarakat. Ada yang dijodohkan oleh ibu bapa, ada dikahwinkan kerana tercatat dalam wasiat nenek moyang mereka, ada yang terpaksa kawin kerana dah rolling sampai bunting so takde pilihan yang lain.....

Kahwin ni bukan senang. Bukan aku nak cakap ia susah, tetapi memang susah. Ekonomi dah gawat korang expect duit hantaran ada turun kapa. Kahwin ni, memerlukan banyak wang tau(aku macam paham aje). Kalau tidak kemampuan, baik jangan kahwin dulu. Duit pelamin, duit mak andam, duit makan, duit celebration ni semua fuhh boleh meningkat hingga setengah JUTA dok. Pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik duit habis burn, tetapi burn for a good cause. Maklumlah, anything goes untuk menjadi raja atau permaisuri sehari.

Kedengaran bunyi kompang makyong kat luar rumah aku ni..Fuh bergitu pack..Habez, aku dah start feeling nak kawin ni. Okay kembali pada cerita aku. Takda fulus takda bini. Ada fulus ada bini. Lebih banyak fulus, lebih banyak bini. Betul tak? Nasib sekarang ekonomi gawat, susahlah lelaki nak cari bini no. 2. hah.

Money makes the world go around. Sebelum kawin ada issue duit, sudah kawin pun masih ade issue duit. Duit aje, takda mende lain ke? Memang takda. Kerana duit orang boleh bunuh diri tau. Duit Bill rumah tak bayah, Duit kereta, Nafkah bini, anak, kesemualah. Ni semua contribute to the economy, kalau tak bayar, economy macam mana nak bergerak..

Haaa, Nak kawin sekarang?

Penulis adalah seorang yang tak biasa cakap melayu, tetapi dia cuba jugak. 10 markah diberikan atas percubaannya.