Wednesday, May 20, 2009

Segmen Korang

"Segmen Korang" nih adalah untuk korang-korang sumbangkan artikel untuk dibaca ramai. Tak kisahlah korang dari kumpulan mana. Kalau best untuk dibaca dan tak 'offensive' sangat, makanya kita akan terbitkan. 'Actually' aku dah mass message kat Facebook untuk sumbangan artikel. Alhamdulillah, ada jugak orang antar. Pada segmen kali ini, kita mengundang Enal Angus dari kumpulan Cucu Datuk Merah (CDM) untuk bercerita... silakan...

'Peng’ Kumpulan: Satu Halangan?
‘Man shapes himself through the decisions that shape the environment’.

Rene Dubos.

Berpindah kumpulan atau ‘peng’ sudah menjadi perkara yang sering berlaku di kalangan penggiat-penggiat seni dikir barat tanah air kita. Apa yang mendorong seseorang itu berpindah ke kumpulan lain? Hendak ‘explore’ lebih mendalam atau sudah tidak boleh ‘ngam’ dengan ahli-ahli kumpulan sendiri?

Ini hanyalah contoh yang boleh kita fikirkan. Malah ia juga boleh dijadikan sebagai alasan untuk seseorang itu keluar dari kumpulannya. Saya percaya, ada di antara kita pernah terlihat beberapa di antara mereka yang sudah berpindah ke kumpulan lain. Ini jelas kelihatan di mana-mana ‘comp’ yang dianjurkan oleh penggiat-penggiat dikir barat tempatan.

Sebagai contoh, “Comp sket hari main dengan kumpulan ‘ABC’. Sekarang dengan kumpulan ‘123’ pulak. Asal eh dekni ‘peng’?” Soalan ini akan menjadi tanda tanya kepada mereka yang sedar akan perubahan ini. Apa yang mendorong seseorang itu ‘peng’ ke kumpulan lain?

Mungkin setelah melihat persembahan satu kumpulan di ‘comp’, hatinya terbuka untuk mengambil keputusan untuk bertukar angin. Mungkin juga dia hendak ‘explore’ seni ini dengan lebih mendalam tetapi dengan cara yang berbeza. Ini adalah satu langkah yang baik dan, pada pendapat saya, harus kita terima dengan sikap yang positif.

Berbalik kepada ‘quote’ di atas, saya rasa apabila seseorang itu membuat keputusan untuk ‘peng’ ke kumpulan lain, hendaklah kita terima dengan seadanya kerana si empunya diri lebih tahu akan citarasanya sendiri dan janganlah kita menghalangnya untuk berbuat demikian.

Memang agak sukar untuk kita menerima hakikat ini tetapi tali persahabatan sesama insan tidak akan terjejas jikalau kita saling menghormati antara satu sama lain, Insyallah. Saya rasa minat pada seni dikir ini tiada batasnya. Janganlah kerana satu isu yang sukar kita terima menjadi satu perkara yang boleh menimbulkan hasrat marah, benci dan dendam terhadap seseorang itu.

Tepuk dada tanya jiwa. What goes around comes around.

Semoga artikel ini menjadi renungan buat kita semua. Saya mohon maaf jika artikel ini menyinggung hati atau menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pembaca sekelian. Kita hanya manusia biasa, yang baik itu datangya dari ALLAH SAW dan yang buruk itu datangya dari diri kita sendiri.

Sekian, Wasalam.

(Buat kedua-dua orang tuaku yang menjadi pendorong dan inspirasi dalam hidupku).