Tuesday, May 5, 2009

Meeting summary...

Semangat Kuat Serta Sihat Membawa Berkat
Durbar Dua tetap enjoy, heppi, dan asli cara dorang sendiri.

Sifat positif yang berjangkit diantara kerabat Durbar Dua jelas terserlah dengan senyuman mesra masing-masing.

OWEN ROAD - Enjoy dan kembangkan sayap. Itulah mesej di sebalik mesyuarat kurang agung Durbar Dua, (ntah yg ke brapa) yang baru saja berlangsung lewat malam Isnin di Owen Road. Ianya disambut meriah oleh kerabat kumpulan yang ingin melihat apakah langkah kita seterusnya untuk masa akan datang. Walaupun ramai yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut, ramai lagi yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang munasabah. Lantas, rumusan bagi mesyuarat tersebut telahpun kami lampirkan disini, agar senang untuk ditelaah keluarga besar, Durbar Dua.

Hal-hal bersangkut-paut dengan persembahan komersil (show)
Tarikh penting yang harus dicatat adalah seperti berikut:
  • Persembahan kompang (one trip), 6hb Jun, di Clementi dan pada 7hb Jun, di Chongpang CC. Kedua-dua persembahan ini akan berlangsung selama beberapa minit sahaja, tetapi kami meminta agar 'kompangers' report seawal 12 tgh hari. Insha allah, habis jam 3. Kami mengambil kesempatan ini untuk memukul canang kepada kerabat Durbar Dua yang ingin turut serta. Habuan wang akan diberikan sebagai tanda penghargaan. Sila hubungi Sdr Usop ataupun Sdr Naz secepat mungkin.

  • Dengan sukacitanya, Durbar Dua telah diundang untuk menyertai acara kebudayaan gilang-gemilang, Gentarasa 2009, arahan Suhaimi Yusof. Sila pangkahkan tarikh 13 serta 14 Jun di kalender peribadi anda kerana kami memerlukan tenaga pendikir yang ramai. Anggaplah ini sebagai sebuah pertandingan dan berikanlah fokus yang setimpal dalam latihan. Tarikh latihan akan diumumkan melalui SMS. Commit dok, jangan tak commit. You are missing out on alot of things kalau tak commit untuk Gentarasa. Jangan menyesal.

Piala Raja Panggung 2009
Kerabat Durbar Dua akan menyertai Piala Raja Panggung 2009, yang akan berlangsung pada pertengahan bulan Julai ini. Kita belajar dari kesilapan, dan terus mengorak langkah kehadapan dengan pandangan yang positif dan azam yang kuat. Wakil-wakil Durbar Dua yang akan dihantar ke majlis taklimat, dinasihatkan untuk merakamkan audio sesi dialog untuk rujukan sendiri.

Isu Kebersihan
Menteri Kesihatan Durbar Dua, Dr Luqman, telah diberikan amaran oleh Setiausaha Agung Dalam Negeri, Prof Madya Nazrin, kerana tahap kebersihan yang kurang memuaskan di bilik latihan Durbar Dua. Karpet yang sekian lama belum divacumm kadang kala membuat sesetengah pendikir gatal di punggung apabila mereka duduk untuk sesi latihan. Beliau melahirkan kebimbangan tentang penularan wabak Flu Babi yang kian merebak di seluruh dunia. Dr Luqman telah memberikan perintah berkurung bagi pendikir-pendikir Durbar Dua yang kurang sihat, dan mewajibkan pengambilan suhu badan sebelum setiap sesi latihan. Bilik latihan Durbar Dua akan ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja pembersihan. Dr Luqman juga telah mengistiharkan bahawa kadar keselamatan dinaikkan kepada Kod Oren.

Projek besar-besaran akan datang
Buat julung-julung kalinya, Sdr Dahlan telah memberikan idea yang baik gila untuk meningkatkan tahap silratulrahim diantara familia Durbar Dua ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Beliau menyarankan agar aktiviti kerabat pada kali ini melibatkan anggota keluarga pendikir. Ya, dengan kata lain, kami akan mengundang ibu, bapa, makcik, pakcik, datuk, nenek serta moyang untuk berlaga, bukan dengan keluarga sendiri, tetapi dengan keluarga lain. Lawan apa? Takkanlah bolasepak. Tercungap-tercungap seh dorang. Kita akan menganjurkan pertandingan bowling inter keluarga. Insha allah, pertandingan ini akan diadakan pada lewat tahun ini.

Pesta Pesta Pesta!
Yes ah. Kalau Zouk ada acara tahunan "Zouk Out", maka dengan segala hormatnya, kita plak akan menganjurkan "Durbar Dua Party Of The Century" atau dengan singkatannya, DDPOTC (pronounced 'did-po-tek'). Kita telahpun menyewa sebuah bungalow yang besar nak mampos, lepas tuh kita nak buat party yang ada tema. Sejauh ini, dah ada dua cadangan, satu, pesta bertemakan kosep lanun, lagi satu plak, pesta bertemakan wrestling. Pesta ini 100% family friendly, jadi minum-minum nih semua OUT! Kita nak taruk sound sistem orang kawin (plz la Naz... plz... i beg you la seh), lepah tuh ada lucky draw, pas tuh ada pertandingan ala survivor, barbeque, ada award ceremony dan banyak lagi. Okla, nantikan article selanjutnya untuk butir-butir khusus yer. - DurbarNews