
Jaga suara nampak?
-Le Dzar De Francesco
Chief Editor, Durbar News Network
Suara merupakan aset paling penting dalam kesenian dikir, yang tergolong didalam kategory 'seni suara'. Tak kisahlah suara sedap ker tak. Kalau suara sedap giler, konfirm kene jadi tok juara. Kalau kurang sedap, tapi penuh dengan intonasi yang berbeza, kemungkinan disuruh untuk menjadi tukang karut. Kalau suara tak sedap sangat, confirm jadi awok. Tapi please eh, tak semua suara awok kurang sedap. Ada yang sedap giler sampai boleh main harmonise. Ada jugak yang sumbang sampai 'ter'harmonise. Tentu sekali kita dah nampak pelbagai pantang larang dalam menjaga suara sebelum pertandingan. Maklumlah, semuanya nak simpan suara yang paling 'kong' untuk dilaungkan dikhalayak ramai. Apakah teknik-teknik tersebut? Jom kita selongkar dan teliti, antara teknik-teknik menyimpan suara yang pernah dilakukan dalam arena dikir. Santai.
AIR JAMPI: Part nih aku tak berani untuk cuba. Sebab pandangan aku dari segi hukum hakam agama tidak menyebelahi pengunaan air jampi. Tak pernah pula aku nampak secara zahir, kumpulan menggunakan metode sedemikian. Tapi memang pernah dengar. Mujarab ker tidak, wallahualam. Tapi selalunya, kalau part jampi-jampi nih, confirm mujarab, sebab kita menggunakan 'khidmat orang ketiga' (makluk lain). Dosa pun berlipat ganda. Kalau aku taburkan dalil-dalilnya, tuh dah makan satu artikel. Nih masing-masing la kan. Tapi, jangan pula kita fitnah, sekiranya terdengar ada juara atau awok suara sedap, abeh kita simpulkan, "Nih mesti pakai air jampi." Tuh dah fitnah beb.
AIR JELLY: Aku sendiri pun tak tau apa kandungan air jelly nih. Aku pernah minum, tapi suara tak sedap pun. Nih petua dari seorang yang agak mapan dalam arena musik rantauan. Airnya tawar, rasa pahit-pahit pun ada. Ala, macam 'cheng teng' tapi takda gula. Kandungannya pula adalah kelompok-kelompok jelly, pun mcm 'cheng teng' jugak. Rasional air jelly nih adalah untuk menyejukkan peti suara dan supaya suara kurang serak.
UBAT BATUK: Bak kata orang lama, "Nih trick lama seh". Nihlah trick paling mujarab. Ubat batuk, adalah solusi jangka masa pendek untuk menyelesaikan masalah suara anda. Sebab, ia menyejukkan peti suara yang melicinkan pengeluaran angin dari kerongkong. Menggunakan ubat batuk untuk suara anda diibaratkan seperti menggunakan 'grease' untuk melicinkan penggerakkan engin kereta. Tapi awas! Kalau minum banyak sangat dah kirakan satu kesalahan besar. Boleh masuk jel. Di sini saya syorkan agar diadakan 'urine test' sebelum pertandingan dikir. Ala, mcm anti-doping test, jadi orang tak menyalah gunakan ubat batuk.
SIMPAN SUARA: Ini merupakan teknik yang jarang digunakan oleh Durbar Dua. Dalam kata lain, sebuah kumpulan itu tak menyanyi dalam tahap maksima dan simpan suara pada masa latihan dalam waktu yang ditetapkan. Mungkin sehari sebelum pertandingan, mahupun seminggu. Amalan sedemikian boleh membawa pulangan yang baik, namun begitu, kalau tidak biasa dilakukan, boleh mengakibatkan sesebuah kumpulan tuh sumbang atas pentas. Kenapa? Sebab tak cukup latihan lantunan suara.
ROKOK: Rokok bukan sebarang rokok beb. Ada rokok yang dapat melapangkan peti suara, ada juga yang merosakkan suara. Nih info aku dapat dari pendikir-pendikir mapan la kan. Rokok yang cengkih-based, mcm Sampoerna, Gudang garam nih semua, dikatakan dapat menebalkan kahak anda dalam kerongkong dan paru-paru. Kalau nak suara jahanam lebih cepat, isap rokok yang ada cengkih. Menthol pun boleh jahanamkan suara jugak. Dalam kadar yang lebih perlahan. Nih dari pengalaman sendiri. Labih-lebih lagi Viceroy. Confirm gone. Rokok yang paling suara-friendly, adalah Marlboro merah. Tak percaya? Tanya ah Appu. Tengok bertapa lunaknya suara dia.
SEKS (untuk mereka yang dah kawin jer): Seks untuk suara yang lebih baik? Jangan terkejut, besar kemungkinannya. Hal sedemikian pernah dibahaskan, bukan dari segi suara, tapi dari segi daya fisikal. Ia juga pernah diterbitkan dalam satu episode: Sports Science, Does Sex Make You Perform Better? Jawapannya, ya! Dalam sebuah controlled-experiment yang dilakukan Sports Science, seorang atelit (seorang boxer) menunjukkan persembahan yang lebih baik dalam semua aspek selepas seks. Pukulannya lebih tepat, lebih power. Pernafasannya lebih cepat, degupan jantung pun semakin laju. Semakin banyak oksigen masuk ke tubuhnya dan daya mentalnya juga lebih cerdas. Jadi, kalau kita berbalik kepada seni dikir, korang bayangkanlah implikasinya. Pernafasan lebih baik, blood circulation bertambah, otak lebih cerdas, fuh. Tapi once again, itu yang buat secara halal la, yang secara 'ehem' plak, tuh mungkin Tuhan akan sengaja turunkan malapetaka untuk 'cock-up' korang nyer performance sebab mengingkari perintahNya.
Okla, sampai disini sahaja. Teknik-teknik nih cuma sekadar kongsi sama. Kalau nak kata keberkesananya terjamin, taklah jugak, sebab lain orang, lain cara. Sekiranya anda juga ada teknik-teknik menjaga suara yang tersendiri dan ingin kongsi dengan penggelungsur DNN, email jer pada editor (muhddzar@hotmail.com), ataupun sekadar meletakkan komentar kat artikel nih. Salam sayang dan jumpa lagi! - DurbarNews