- Durbar Dua adalah sebuah kumpulan dikir barat yang kecil. Sekiranya mereka tidak menyertakan lima ahli yang berbeza pada peringkat separuh akhir, sebagai ganti kepada lima (ya, ada ralat. bukan tiga, tetapi lima) yang sibuk dengan pekerjaan, NS, keluarga, dan sebagainya, maka kemungkinan besar persembahan kita pada Ahad lepas akan menjadi cacat. Jumlah awak-awak hanya akan menjangkau 9 orang.
- Persoalannya sekarang, apakah kita akan memalukan kumpulan dengan terus bertanding, ataupun menjaga martabat serta kedaulatan seni dikir itu sendiri, dengan memberikan peluang kepada ahli lain, yang mampu meluangkan masa minggu untuk menjayakan persembahan kami?
- Ada diantara lima ahli yang disertakan pada peringkat saringan adalah merupakan ahli Durbar Dua yang baru. Sekiranya mereka tidak disertakan dalam apa-apa posisi selama tiga bulan pertandingan ini dilangsungkan, apakah reaksi mereka, selaku aktivis yang ingin mengorak langkah di dalam kumpulan dikir sendiri? Adakah mereka sekadar pemberi semangat (moral supporters) kepada kumpulan kita? Perlukah mereka menunggu sehingga Piala Raja Panggung 2009 untuk menjamah pentas?
- Pada asalnya (semalam), kami diberitahu bahawa 50 markah akan dipotong kerana melanggar undang-undang pertandingan. Pagi ini, kami telah digugurkan sama sekali daripada pertandingan. Dua persoalan timbul. Pertama, mengapa pemotongan markah yang sedemikian berat tidak diuar-uarkan semasa taklimat? Kedua, apakah sistem serta protokol yang dipatuhi oleh pihak penganjur sehingga mereka seolah-olah memberikan gambaran kepada kami bahawa hukuman bagi kesalahan ini belum dituliskan secara hitam putih dan hanya didiskusikan semalaman?
- Seperti kumpulan-kumpulan yang lain, kami juga melalui proses pemberian IC secara individu. Setiap ahli telah diteliti oleh pihak penganjur di bilik pentadbiran di tingkat 2. Ada desas desus yang mengatakan bahawa kami menggunakan senarai nama peserta di peringkat saringan untuk peringkat separuh akhir. Perkara sedemikian adalah tidak benar sama sekali kerana IC yang digunakan untuk peringkat ini adalah empunya mereka yang telah menjamah pentas. Pengunaan IC dari pihak ketiga tidak pernah terlintas di fikiran kami sekumpulan.
- Kita juga telah dimaklumkan akan penguguran pagi ini, jauh lebih lambat berbanding kumpulan Balqis, yang telah diberitahu bahawa mereka disertakan ke dalam peringkat finals semalam. Tidakkah afdal, bahawa sekurang-kurangnya, kita dimaklumkan dahulu atas penguguran penyertaan kami, sebelum kumpulan yang menyusul diberitahu akan perubahan urutan?
Berat mata yang melihat, berat lagi bahu yang memikul. Penulis ingin menyusun sepuluh jari kepada kerabat Durbar Dua yang saban hari turun latihan untuk menjayakan peringkat separuh akhir ini. Insha allah, sebagai muhasabah diri, akan diusahakan agar perkara ini tidak berlaku lagi. Alhamdulillah, kami berjaya menduduki tempat keempat bagi pusingan ini. Rasanya berbaloi juga pengorbanan para ahli meskipun saya akur, berat sekali untuk memberikan komitmen seratus peratus, lebih-lebih lagi dalam kemelesetan ekonomi. Harapan kami untuk pertandingan seterusnya? Hanya inginkan ketelusan dan kematangan dalam pengendalian protokol pertandingan. Its a touchy subject. Kami juga pernah melaluinya pada Piala Buluh Perindu 2009. Lantas, perlunya penelitian khusus dalam melakarkan peraturan, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pemotongan markah ataupun menggugurkan sesebuah kumpulan. Wallaalam bissawab. - DurbarNews
Tanda tekap nila yang penuh dengan ironi. Tukar tanda seru kepada tanda soal.