Netizen misteri menggunakan nama 'dikir' untuk memberikan pendapat.
Itulah persoalannya. Siapa netizen misteri yang menggunakan nama 'dikir' ini? Apabila saya cuba untuk mencari jawapannya, profil netizen tersebut tidak dapat dikesan. Beliau seperti menyuarakan ketidak puasannya. Amarahnya jelas ditujukan kepada para penganjur, namun begitu, yang peliknya, faktor-faktor serta dasar-dasar yang digunakan untuk menegakkan terasnya seperti ditukil terus dari lelaman ini. Cuma gaya bahasanya sahaja diubah sedikit. Seram jugak. Tidak pula kita mengutuskan sesiapa untuk berbuat sedemikian.
Apa yang dapat kami simpulkan adalah, beliau membuat sebuah account hanya untuk memberikan komen di website rasmi Piala KGMS. Pelik juga. Ini kerana kerabat Durbar Dua sudahpun diberikan perintah untuk senyapkan diri bagi mengelak dari penyalah tafsiran orang lain yang mendengar gossip. Apa yang ingin diuar-uarkan, akan diterbitkan di sini. Maklumlah, sekiranya secebis berita itu makin disebar, lumrahnya, isi berita akan semakin cacat. Perbuatannya tidak membantu, malah memudaratkan situasi yang sekian ada. Tetapi kami akur, niatnya murni, untuk melihat keadilan, namun begitu, ini bukan caranya. Insha Allah, DNN akan menulis maklum balas rasmi kepada pihak penganjur, setelah selesai pertandingan ini dijalankan.
Al-kisah, pagi tadi, kita menerima record dari segi kedatangan di chatbox. Kecoh. 17 orang kes tak tahu nak tido, termasuk saya. Selalunya kita akan mendapat net trafik yang kecoh selepas sebuah kontroversi. Katanya org Melayu. Mesti nak sibuk-sibuk ambil tahu. Dulu bila seorang netizen misteri yang bernama 'casa' datang buat kecoh, ramai juga penggelungsur internet yang datang ke lelaman kami. Lepas tuh, bila jadi finalis Mega Perdana, pun sama jugak, ramai jugak yang jenguk untuk berikan kritikan mahupun ucapan tahniah. Kini, kontroversi yang melanda juga telah menarik minat penggemar seni dikir. Walau apapun huraiannya, DNN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang masih lagi menjadikan durbardua.blogspot.com antara lelaman yang sentiasa dijenguk. - DurbarNews