Thursday, April 23, 2009

Drama bersiri baru

Evolusi Dikir
~Sebuah produksi LDF, sempena Piala KGMS peringkat separuh akhir

Trailer Evolusi Dikir, setiap Selasa, lapan malam hanya di saluran setia anda.

JALAN AMPAS - Setelah kejayaan dikir rangers, para pelakon dari akedemi DNN telah dilamar sekali lagi untuk membuat satu lagi siri drama tempatan, Evolusi Dikir. Evolusi Dikir mengisahkan tentang empat orang rakan yang baru sahaja pulang dari dikir barat lalu ditelefon seorang watak misteri, Mr R. Masalah bermula apabila Mr R menjanjikan sesuatu untuk pekerjaan haram yang harus dilakukan oleh empat rakan ini. Drama ini berputar dalam pelbagai klimaks, antaranya persahabatan yang pudar, bibik-bibik percintaan dan untuk menghangatkan lagi drama ini, aksi bunuh-membunuh juga diselitkan.

Gandingan pelakon-pelakon mapan seperti Naz, Apu dan Kaduk serta pelakon baru, Lan, menjanjikan resepi yang memuaskan untuk sebuah tele-drama yang hebat. Drama yang bakal memakan 125 episode ini dianggarkan menelan belanja $200, itu pun buat bekal makanan western dengan air slurpee. Ia juga bakal dibekalkan ke negara-negara jiran seperti Malaysia dan juga Indonesia. Laku ke tak, tuh tak pasti ler. Drama bersiri ini adalah produksi ke-lima LDF (Le Dzar Films), dan akan disertakan didalam pertandingan filem antarabangsa, Cannes di Perancis akan datang. Drama ini akan bertandingan bersama drama Filipina, A Time For Us, yang sedang keudara sekarang.

Siapakah Mr R sebenarnya? Apakah motif beliau memberikan pekerjaan haram? Apakah Ah Chong mampu untuk membuka bisnesnya sendiri? Adakah Dok akan bertaubat buat selama-lamanya? Adakah Ah Poo akan mati dalam episode terakhir? Apakah tindakkan Landak seterusnya? Semua ini akan dibongkar dalam episode-episode akan datangm Evolusi Dikir, setiap Selasa, lapan malam, hanya di saluran setia anda. - DurbarNews