Wednesday, April 22, 2009

Diari Hero

Fuh! Tinggi nilainya...
Menghadapi tantangan berdikir

~Capt Ahmad Nijaad
Regimen Kedua, Angkatan Udara Brunei Darussalam


"Semakin hebat tantangan ibadah, semakin tinggi nilainya", Prof Dr Edi Safri. Dalam kata lain, semakin susah untuk kita mengerjakan ibadah, semakin banyak pahala yang kita raih. Akhi sekalian, ibadah tuh ada banyak maksud. Bukan sholat jek. Semua yang kita buat, baik pekerjaan, main bola ker, bowling ke, makan ke, tidur, ataupun berdikir sekalipun, sekiranya niat kita betul, dan tidak melencong ke arah kemaksiatan, maka ianya satu ibadah. Itu kasus ibadah dalam bentuk itlak (general). Yang lebih specific tentunya ada kaitan dengan agama. Tapi nih bukan article keagamaan, jadi jangan takut. Nih cuma bebual relek spider jer sebab dah lama tak tulis article la kan.

Dalam kita memperjuangkan kesenian yang semakin luput ini, tentu banyak sekali tantanganya. Salah satu permasalahan yang kita raih adalah dalam aspek minat dan daya tarik. Susah sekali untuk kita memupuk dan tarik bakat-bakat baru dan muda untuk turut sekali dalam seni berdikir. Kita menghadapi competition ataupun saingan dari kesenian lain, yang berani saya katakan, mempunyai 'appeal' yang lebih, yang dipangkin oleh media massa seperti cybermedia, akhbar-akhbar tempatan dan internasional, radio, ataupun dari appeal gig yang diadakan di merata Singapura.

Sebagai seorang insan yang dahulunya memihak kepada golongan anti-dikir, ataupun jahil-dikir, memang penulis akur, tiada apa yang menonjol dalam kesenian dikir pada masa itu. Dari perspektif orang ketiga, seni dikir hanyalah merupakan seni pekik-pekik dan gerak tari yang boleh dikatakan lapuk jika hendak dibandingkan dengan gerak tari lain yang sedia ada. Namun begitu, apa yang penulis tidak nampak adalah camaraderie ataupun jalinan ukhwah antara aktivis, 'feel' yang datang dalam tepuk yang seiiring, degupan jantung yang naik mendadak setiap kali mendendangkan lagu, adrenalin yang datang setiap kali kita membuat laungan. Itu yang tersirat, yang tidak terlihat oleh mereka yang jahil dikir. Nilai kesenian kita hanya benar-benar dapat dirasakan oleh mereka yang mempraktikan seni dikir.

Penulis dibesarkan didalam suasana anti-dikir. Ibu dan bapa penulis merupakan golongan yang boleh dikatakan sangat mahir dalam hal ehwal keagamaan. Oklah, dorang ustaz dan ustazah. Jadi apabila anak sulungnya nak berdikir, fuh, kemain lagi tantangannya. Penulis dibantai dengan lafaz-lafaz yang mengharamkan dikir sebagai kesenian yang menghayalkan, yang datangnya dari petani-petani penyembah dewa, dan sebagainya. Pernah ditanyakan oleh bonda kesayangan penulis, apakah motif dan perasaan apabila berdikir? Dapatkah perasaan itu menjamin kehidupan di syurga kelak? Fuh... sungguh mengguris jiwa. Ouch. Sebelum saya mengulas (actually dah setengah ulas pon), nih bukan article untuk mencari simpatisan umum eh. Apa pengajaran yang boleh diambil dari contoh yang tak seberapa nih?

Senang jer. Berbalik kepada teras asal, "Semakin hebat tantangan dikir, semakin tinggi nilainya". Semakin banyak masalah yang merudung, maka akan lebih bermakna kesenian yang kita praktikkan. Lantas, ambil setiap masalah dengan pandangan yang positif. Kerana, sekiranya masalah itu selesai, maka kesenangan yang diraih cuma Allah-saja-yang-tahu. Kalau tak selesai, carilah penyelesaiannya. Tak faham? Fahamkan. Selamat menjalani ibadah latihan dikir. Jangan malas-malas, dah tinggal berapa hari jek nih. Last kopek. Kamon kamon, you can do it. - DurbarNews