Monday, December 1, 2008

rekreasi malam giler...

Durbar Paranormal Investigators
Jelajah ke Pasir Ris Park mangrove swamp...

Majlis dibuka dengan pembacaan doa melindungi diri dan doa tolak balak. Nampak sah Kaduk tak concentrate. Biasa dia.. main-main time doa...

Pasir Ris Park - Takda kerja cari kerja. Pada kali ini, DPI (Durbar Paranormal Investigators) menjejakkan kaki ke Pasir Ris Park untuk mencari elemen-elemen ghaib yang kerap kali dilaporkan mengacau para penduduk di sana. Kami bertolak dari tempat meletak kereta Downtown East pada pukul 2 pagi lalu sampai ke destinasi tepat pada pukul 2.30 pagi. Masa yang amat sesuai untuk mencari masalah di tempat yang dikhabarkan bermasalah. Masalah dari segi apa? Kata orang, tempat tuh sememangnya keras. Bukan itu sahaja, Pasir Ris Park juga merupakan tempat yang popular dikalangan couple-couple yang ingin berasmaradana. Jadi, kita tengoklah, dapat rezeki yang mana satu. Sama ada nampak hantus, atau nampak...errr....'ehem'.

Setibanya di sana, Lan membuka majlis dengan membacakan doa-doa pilihan untuk melindungi kita dari segala malapetaka. Antara doa-doa pilihan yang dibacakan beliau termasuk doa makan dan doa masuk tandas (yang melindungi kita dari jin dan syaitan). Semua doa dia sebat, janji kita selamat. Ok, tapi macam kelakar kan, baca doa untuk melindungi diri, jadi syaitan tak dekat, tapi matlamat asal adalah untuk tengok bende-bende supernatural. Macam mana bende tuh nak jelmakan diri kalau kita dah mintak dilindungi? Ok, takpa, tak penting.

Sambil kita berjalan-jalan di simpangan yang menuju ke dalam mangrove swamp, kita terserempak dengan sebuah bekas tapak kaki misteri. Yer, tapak kaki misteri berwarna kuning itu nampaknya lebih besar berbanding tapak kaki manusia biasa. Cobaan. Mungkin inilah antara bukti-bukti kewujudan makluk-makluk ganjil seperti 'bigfoot', yang baru-baru ini, dikhabarkan menetap di sini. Untuk memendekkan cerita yang panjang dan boring, actually, takda bende-bende yang ganjil sebab pada malam itu bukan kita sahaja yang pergi meneroka mangrove di Pasir Ris Park. Terdapat beberapa kumpulan lain yang tampak lebih besar jumlahnya pergi meneroka sama. Jadi, dengan tidak secara langsung, 'feel' dia dah hilang.

Highlight of the night tentunya makan di kedai kopi Kadir, bersebelahan kedai kopi Techno, Tampines. Di sana, cukup terkenal dengan mee maggi gorengnya yang pedas lagi menggiurkan. Lepas tuh, basahkan tekak anda dengan secawan blueberry longan yang manis giler tahap diabietes. Lepas tuh, jika anda ada masa, order sahaja segelas teh tarik gajah yang tidak kurang pula manisnya. Jadi, tunggu apa lagi? Bawalah keluarga anda ke Kedai Kopi Kadir, di Tampines, bersebelahan dengan Kedai Kopi Techno. Layanan memuaskan, makanannya sedap, harganya pula berpatutan. Kedai Kopi Kadir, tempat pilihan ramai. - DurbarNews