Tuesday, December 2, 2008

Peraduan Cerpen dan Sajak...

Jomla, skali-skala kita beradu tulisan. Kalah pun takpa, janji dapat pengalaman.

Assalamualaikum Wr. Wb.
1. Buat musim kedua, Angkatan Sasterawan '50 dengan kerjasama Darul-Andalus dan sokongan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), kini menganjurkan Sayembara Noktah Putih 2008 bagi penulisan cerpen dan sajak peringkat nasional (Kategori Remaja & Terbuka).
2. Lampiran berikut mengandungi syarat dan peraturan serta borang penyertaan.
3. Para peserta dinasihatkan agar membaca dengan teliti syarat-syarat yang ditetapkan.
4. Setiap penyertaan mesti diterima pihak penganjur tidak lewat daripada 31 Disember 2008.
5. Borang penyertaan juga boleh didapati di lelaman http://www.asas50.com/
6. Anda dipersilakan menyebarluaskan borang sayembara ini.

Sekian terima kasih. Selamat menulis!

Salam
Jawatankuasa
Sayembara Noktah Putih 2008
Asas '50