Cuba-Cuba: Sukan SepaktakrawBersama wartawan DNN
Saudara Nazri begitu fokus dalam permainan sehingga tidak mengendahkan ejekkan sesetengah para penyokong mengenai seluarnya yang terlalu pendek.Ang Mo Kio - Hmm, bole tahan shiok. Itulah pandangan penulis tentang sukan sepaktakraw. Baru-baru ini, wartawan DNN diberikan kesempatan mencuba sukan yang kerap kali dikaitkan dengan 'acrobatic football'. Turn-out pada tempoh hari boleh dikatakan memberangsangkan kerana pada zahirnya, sukan ini tidaklah mempunyai peminat yang banyak di kalangan kerabat Durbar Dua. Tapi alhamdullilah, masa tuh, jumlah orang yang ada boleh buat tiga kumpulan. Walaubagaimanapun, DNN mengharapkan agar satu hari, sukan ini dapat dijadikan rekreasi routine, menggantikan sukan bolasepak sebab sepaktakraw tak penat sangat. Gelanggang pun orang lain tak kacau. Kalau bola, susah sikit. Nak cari gelanggang satu hal. Nak tunggu giliran satu hal. Penat dia, masyallah, lagi satu hal.
Do's and Dont's of Sepaktakraw
DO - Cari tempat dan peralatan yang sesuai untuk permainan sepak takraw. Selalunya, gelanggang takraw kosong, jadi taklah menimbulkan banyak masalah. Lainlah kalau street soccer. Itu susah sikit. Kekadang biler main street soccer tuh, bukannya penat dalam erti bermain, tapi jenuh menunggu giliran untuk masuk gelanggang.
DO - Kenakan pakaian yang sesuai semasa bermain sepak takraw. Lihat gambar di sebelah kiri. Tengok tuh. Secara superficial jer, anda mesti pikir yang dekni adalah pemain sepak takraw yang mapan. Sebenarnya, inilah kali pertama beliau bermain takraw. Intimidasi itu penting. Biar kalah, asal bergaya. Macam Arsenal. Tapi insha allah, this year Arsenal tak kalah banyak sangat. Ok, tak penting..
DON'T - Buat bising. Memandangkan gelanggang takraw nih selalunya berdekatan dengan estet-estet perumahan, kadangkala, kita, yang nak main nih terlalu over. Biasalah. Kalau boleh, setiap libasan nak diiringi dengan laungan. Ala-ala pertandingan sepak takraw kat RTM. Jadi, prihatinlah tentang persekitaan anda. Jangan sampai jiran-jiran kat atas campak water bomb, sepertimana kita alami pada tempoh hari.
DON'T - Pakai seluar pendek giler. Lebih-lebih lagi jika kaki anda tidak begitu 'slim'. Bukan apa, takut kalau-kalau anda dengan tidak sengaja menginzalkan kucing-kucing yang duduk di tepi. Lagi satu, kalau dah tau nak pakai seluar sependek seluar volleyball wanita, jangan pula anda kenakan stokin setengah panjang dan kasut putih. Susah untuk pasukan lawan mahupun pasukan sendiri untuk fokus dalam permainan.
- DurbarNews