Monday, December 1, 2008

Hujan oh Hujan, kenapa engkau turun?
Macam mana aku tak turun, kaaaaatak panggil aku.

4.30pm: Di saat kita tebar, orang dah mula menyusur keluar. Rating: 2/5. Kalau tak hujan, mungkin rating naik skit.

East Coast Park - Hmm, actually, takda mood nak tulis pasal aktiviti nih, sebab, hujan turun dengan lebat sekali sejurus sahaja makanan disajikan. Hampeh betul. Tapi, memang asalnya salah kami sendiri. You see, selalunya, kalau orang berkelah, mereka akan datang seawal 9 pagi, dan duduk bersantai sehingga petang. Kita pula, lain sikit. Janjinya pukul 2.30 petang. Datangnya pukul 4.30 petang. Sungguh janji melayu dot com.

Seperti biasa, jumlah makanan yang dibawa melebihi had diperuntukkan orang. Lantas, terjadilah pembaziran sedikit yang tidak dapat dielakkan. Nas pula, yang terkenal dengan perangai 'impulse shopping'nye, melakukan sesuatu diluar jangkaan kami. Yer, beliau telah membeli helikopter. Bukan betul punya, yang mainan. Maklumla, kalau orang dulu-dulu pegi berkelah main layang-layang, Nas pula, main helikopter. Namun begitu, sayang sekali, menurut manual yang ditulis dalam bahasa Cina itu, helikopter tersebut perlu di'charge'kan terlebih dahulu. So, agak wasted la kan.
Jumlah members yang mandi pon taklah banyak memandangkan ramai yang tak bawak seluar dalam extra, tuala dan boya. Jadi, mereka setakat duduk atas tikar dan dengar lagu-lagu Hindustan. Dalam pada itu, aku ingin mengambil kesempatan nih untuk beritahu sesuatu kat Rezal. Rezal, actually, mesti kau tertanya-tanya, mana beach ball yang kau bawak tuh, kan? Sebenarnya, time ko pegi toilet (hujan lebat time tuh), aku dan ayam main baling-baling bola tuh bersebelahan restoran Komalas. Abeh ada satu part nih, aku tertampar tinggi bola tuh lalu ianya landing kat atas bumbung Komalas. Jadi, insha allah, nanti aku gantikan yer. =) - DurbarNews

takperlah nak, kita berkelah lain hari saja yer... marilah kita membawa diri... sudah... sudah.... shhhhh.. janganlah menangis lagi...