Korang tak takut?
'Takut', jika diterbalikkan, jadi 'tukat'. 'Tukat' pula adalah sebutan Kelantan bagi perkataan 'tongkat'. Jadi kat sana, dorang panggil Tongkat Ali sebagai Tukat Ali. Actually, bende nih takder kene mengener dengan artikle di bawah. Saja aku nak tulis stail-stail.

Takut. Baru-baru ini, kita digemparkan dengan laporan bahawa seorang peguam warga negara Singapura ditembak mati oleh pengganas di Mumbai. Walaupun kita tidak mengenali mendiang, kepiluan terasa juga kerana yang terkorban merupakan insan yang telah dilahirkan di tanahair kita yang tercinta. Terkejut juga, kerana lokasi pilihan si pengganas bukan calang-calang. Hotel lima bintang yang dipenuhi warga asing ternama. Aku takut pengganas akan membalas dendam. Aku takut akan reaksi dunia terhadap umat Islam akan semakin paranoia. Aku takut sekiranya pengganas yang sudah semakin berani dan terlatih mampu melakukan operasi sedemikian di sini.

Takut. Kerana Thailand diambang peperangan saudara. Dua lapangan terbangnya terpaksa ditutup dek para pembantah yang mengosongkan bangunan tersebut. Lantas, segala urusan transportasi udara tergendala dan menyebabkan ratusan warga Singapura terkandas di sana. Antaranya, ‘members’ aku. Kalau pembantah yang sekadar adakan tunjuk perasaan secara damai, aku tak kisah sangat. Yang buat aku risau, baru-baru ini, mereka mengumumkan bahawa mereka rela mati demi menegakkan agenda masing-masing. Belum dengar khabar pasal dia pun. Aku tak nak fikir yang bukan-bukan dan berharap ‘members’ aku selamat, fulusnya cukup dan laluannya untuk kembali ke sini tidak tersekat.

Takut. Sebab lanun-lanun Somalia dah semakin berani untuk menyerang kapal-kapal kargo di selat Afrika Timur. Baru-baru ini, kapal supertanker dari Saudi pun kena saup. Masuk tahun nih, dah lima belas… yer.. lima belas kapal dah kene hijack dengan lanun-lanun Somalia. Kapal yang diselamatkan baru-baru ini, ‘the Sirius Star’ mengandungi minyak mentah bernilai seratus juta dolar Amerika. Korang patut takut jugak. Kenapa? Sekiranya trend sedemikian berulang, kapal-kapal perang dan helikopter serta jet-jet pejuang akan mula mengiringi supertanker-supertanker di selat tersebut. Dengan tidak secara langsung, kos minyak sedunia akan naik kerana duit akan dilaburkan di sektor keselamatan. Kalau lanun-lanun tuh tenggelamkan supertanker? Lagi rabak. Minyak mentah yang terapung akan menjejaskan ekosistem laut dan harga minyak sedunia akan melambung lebih tinggi sebab risiko untuk pengedaran minyak ke negara-negara asing semakin tinggi.

Takut giler. Sebab keadaan ekonomi yang semakin gawat. Ok, tak dramatik. Gawat gilerrrrr. Kepada mereka yang masih tidak sedar, anda akan tahu kalau keadaan ekonomi kita gawat gilerrrr apabila gaji menteri-menteri setempat dipotong. Bukan sedikit, hampir 20%. Aku tak takut pasal gaji dorang. Apa yang aku takutkan adalah periuk nasi kaum kerabatku. Memang ramai yang uar-uarkan bahawa tempat kerja dorang akan mengalami pemecatan secara besar-besaran. Aku hanya dapat berharap, berdoa agar Tuhan murahkan rezeki dan menjaga mata pencarian mereka kerana kerabatku juga mempunyai mulut-mulut anak isteri untuk disuap.
Takut giler babs. Part nih aku paranoid sendiri. Sebab Imam Mahadi ada cakap (cheh, mcm wak wak), antara tanda-tanda kiamat dah nak dekat adalah apabila runtuhnya ekonomi sehingga emas digunakan untuk berniaga sebab duit dah tak ada harga. Apabila berlakunya kekecohan yang banyak di dunia seperti peperangan, pengganasan dan perampokan. Dan juga akan berlakunya kejadian alam yang banyak seperti gempa, banjir, puting beliung , tsunami. Dia ada cakap banyak lagilah, kalau korang rajin, pegilah baca. Walaupun aku seorang skeptik dalam hal ini, kalau kita lihat, insiden-insiden yang beliau ramalkan sudahpun terjadi. Ekonomi rabak giler, dunia kecoh giler, dan kalau korang perasan, sejak kebelakangan nih, gempa dah berlaku kat Indon, China (Sichuan). Puting beliung kat Amerika (Nargis, Katrina). Jadi dengan tak semena-mena, aku pun naik takut.
PS: Artikle ini ditulis tatkala penulis baru habis sesi melepak kat kedai kopi Kadir di Tampines. Tak tido plak tuh. Tak.. kita tak discuss isu-isu nih kat sana (macam pakcik-pakcik regular), cuma aleh-aleh lepas balik tuh, datang perasaan takut. Takut kene marah dengan mak pun ada (sebab dah tak tau nak balik), takut mati pun ada (sebab tak cukup tido dan telah banyak isap rokok). Moga-moga, lepas penulis tido, perasaan takut nih hilang. Tapi kan, perasaan takut nih kadang-kala bagus. Kalau kita takut, kita lebih senang ingat Tuhan.
- DurbarNews