JOM tengok MADAGASGAR 2!!!
Nadiah dah sound nak tengok cerita nih. The first one was a hit. Second one pun confirm hit sebab Dreamworks yang bikin. Dan dorang kirerkan pakar dalam membuat filem-filem yang 'hit'.

Ok geng, ini sekadar cadangan untuk hujung minggu nih. Memandangkan cerita Madagascar 2 baruuu keluar, apa kata kita mengajak anda semua untuk tengok bersama-sama dengan kami? Kalau ramai, kita book in advance. Sebab, ada chance ticket akan sold out kerana pertayangan ini mendapat review yang agak baik dari pengkritik filem-filem setempat. Cerita adalah tentang binatang-binatang di Taman Haiwan New York, sekiranya anda dapat imbas kembali, dari filem pertama Madagascar, Alex si Singa, Marty Zebra giler, Melman Giraffe yang penakut and Gloria si Badak air. Empat sekawan nih tetiba tinggalkan Madagascar, lepas tuh, entah macam mana, termasuk Afrika. Kat sana, Si Alex nih jumpa balik members dia yang merupakan singa-singa yang lain tetapi sukar untuk menyesuaikan diri sebab dah lemak duduk kat zoo. Lepas tuh... haaa, nak tahu? Join kita la! Tengok kat Marina!
Takungan air yang ke lima belas di Singapura. Indah dan mempesonakan.

Lepas tengok wayang pulak, kita boleh lepak-lepak kat Marina Barrage, tempat pertakungan air yang lawa giler. Ini merupakan takungan air yang ke 15 di Singapura dan juga yang terbesar di sini. Tempat ini juga menawarkan aktiviti sukan air seperti dragon boat, kayaking, windsurfing dan macam-macam lagi. Tapi, kita tak la buat aktiviti tuh semua. Cuma saja nak recce, mana tau, dalam masa-masa yang akan datang, kita nak buat aktiviti kat sana ker. Sebab, menurut pendapat Aisyah dan Nas, couple yang telah bersiar-siar secara romantis mengambil angin di sana, tempat dia baik giler tapi, bila korang sampai sana, jangan memekak tak tentu pasal pulak. Bukan aku tak tau perangai korang. Jadi, sekali lagi, marilah ramai-ramai message Nas, suroh dia organise dan mass message kepada semua yang nak ikut. Tunggu apa lagi? Message dia sekarang!
- DurbarNews