Thursday, November 13, 2008

hentakkan realiti...

DNN HQ - Di saat Durbar Dua sedang melalui anjakkan paradigma, perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan permainan set di luar 'zone selesa'nya, ahli-ahlinya dibuai mimpi yang indah, serta diberikan suntikan semangat yang luar biasa, realiti mungkin berpihak sebaliknya, sekiranya sejarah berulang. Huh? Tak paham? Dengan kata lain, sekiranya, script perjalanan hidup Durbar Dua bagi tahun 2004 diulangi semula, sudah tentunya tiada apa yang mahu dimegahkan lagi dengan kemenangan ini. Kenapa? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perkara sedemikian daripada berulang? Ayuh, ikuti DNN menelaah semula sejarah silam Durbar Dua di 2004.

"Kemajuan Durbar nampaknya sudah kemuncak dan amat afdal sekali jika kita menelaah kata pepatah Inggeris, "whatever goes up, must come down" atau "setiap yang naik, pasti akan turun". Ini kerana pada tahun 2005, mereka menunjukkan tanda-tanda "going downhill". Di kalangan anggota Durbar sendiri, ada yang baru mendirikan rumah tangga, ada yang terikat dengan tanggungjawab baru dalam bekerja, ada juga yang besar kepala kerana baru menjamah kemenangan besar dalam tahun sebelumnya. Kekurangan generasi pelapis juga menjadi masalah besar kerana mereka tidak mempunyai sistem akademi untuk mengambil dan melatih anak-anak muda untuk berdikir. Lantas, akibat kesuntukkan masa dan kurangnnya "aggresion" ataupun "hunger", ianya menjadi amat susah untuk mereka mengulangi komitment yang pernah ditunjukkan pada tahun-tahun yang lepas." (dipetik dari segmen 'sejarah' durbardua.blogspot.com, 10hb Dec, 2007)

Daripada petikan tersebut, kita bakal menghadapi beberapa buah masalah. Antaranya ialah:

Masalah dari segi komitment kerana ada di antara ahli kerabat yang mahu turun tanjak kerana inginkan masa untuk bekerja dan untuk kumpul duit, nak bina rumah tangga. Ini merupakan antara masalah yang ketara kerana mereka yang turun tanjak bukan calang-calang. Hakikatnya, kita masih belum lagi ada pengganti yang 'ready-made' untuk mereka.

Masalah dari segi pemikiran psikologi. Ini merupakan antara masalah yang susah untuk dikawal. Lain orang, lain daya tahan nafsunya. Walaupun kita tampak gembira dengan memenangi tempat ketiga di Mega Perdana 2008, kami khuatir, ramai ahli akan terbawa-bawa dengan kemenangan ini seperti yang berlaku di 2004. Akibatnya, mentaliti 'aku batch 2004 Mega' dan kini, 'aku batch 2008 Mega' akan timbul, meracuni daya pemikiran tersendiri. Tatkala di saat mentaliti seperti itu masuk, maka akan bertambahlah ego dan sifat ke'aku'an. Ini dengan tidak secara langsung akan meruntuhkah semangat kumpulan serta tahap interaksi sosial di kalangan kerabat, lebih-lebih lagi terhadap budak-budak yang baru masuk Durbar Dua. Ibarat kata, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Akhir sekali, kekurangan generasi pelapis juga menimbulkan satu masalah. Tidak seperti kumpulan lain yang mempunyai akademi seperti Kelana Purba, Andika, Si Anak Seni mahupun CDM sekalipun, Durbar Dua tidak mempunyai bilangan lapisan generasi muda yang ramai untuk menyambung warisan sesetengah pendikir yang sudah berumur setengah abad (heh). Lantas, matlamat 'long-term' kami bukanlah sesuatu yang kami ingin bicarakan. Bukan kerana tak nak, tapi tak realistik.

Apakah kita akan menunggu untuk sebuah 'miracle' berlaku supaya segala masalah dapat diselesaikan? Seperti pada tahun 2002-2003, yang mana dua buah kumpulan bergabung dengan Durbar Dua kerana hampir-hampir nak tutop? Apakah kita akan ketandusan peluang untuk ke Final dua tahun selepas ini seperti pada tahun 2006? Apakah kita akan kehausan selama setahun, dengan tidak menjamah sebarang trofi seperti dalam tahun 2007? Apakah kita akan terus berada didalam buaian mimpi-mimpi yang indah? Ini adalah antara persoalan dan permasalahan yang harus dipikul dan ianya merupakan tanggungjawab setiap ahli kerabat Durbar Dua untuk menyelesaikannya. Akhirul kalam, sekali lagi, ucapan tahniah terhadap apa yang telah dicapai. Moga-moga semangat serta dedikasi seperti ini berkekalan sehingga ke masa-masa yang akan datang, Insha Allah. - DurbarNews