Wednesday, November 12, 2008

dari pena editor..

Yaaaaayyyy!! Our first tag war lepas Mega! Sebenarnya, kita memang dah expect bende macam gini akan berlaku. Terlebih dahulu, sebagai disclaimer, kita menghormati segala komen-komen yang diberikan di tag board, sama ada dasarnya berbentuk kritikan mahupun pujian. Kita tidak akan 'go to extend' sampai cari-cari IP address sebab kami percaya akan kebebasan bersuara. Kami terbuka, dan sesungguhnya tiada apa yang perlu kami khuatirkan. Natijahnya, identiti anda selamat dirahsiakan di dalam tag board kami. Pernah ada ahli-ahli di kerabat kami yang inginkan identiti 'anonymous taggers', namun begitu, pendirian DNN tegar dalam hal seperti ini. Dan kami mengharapkan, agar segala bentuk makian mahupun cacian dihadkan ke dalam tagboard dan tidak melimpah ke dalam pertandingan-pertandingan dikir barat. We treat you as civilised people, we expect to be treated like one. There is a place for comments and this is it.

Alla kulihal, seperti biasa, selepas sebuah pertandingan, mulut-mulut penonton akan bergerak memberikan buah pendapat. Selalunya, pendapat yang diluahkan adalah dalam bentuk negatif. "Kenapa si anu menang anugerah tuh? Padahal si dektu lagi baik. Huh? Anu punya kumpulan angkat award tuh? Ni confirm beb ada something. Mugcow, si anu menang kategori tuh, tapi apasal kalah dalam kategori nih? Si anu asyik-asyik main bende sama dari dulu sampai sekarang (oh yes, we've heard it)" Maka bertambah panjanglah komen-komen yang memperlekehkan dan mengandungi elemen-elemen yang tidak membina. Ini adalah lumrah dan adalah indoktrinasi psikologi masyarakat Melayu. Namun begitu, bukan dalam perangkaan saya untuk menjelaskan ideologi sedemikian. Kerana hal ini bukan sahaja berlaku didalam arena dikir barat, malah berleluasa kat mana-mana sahaja, termasuk dalam blog nih, kerana kami akur, kami juga bukan malaikat.

Pada hari Rabu, kita mendapat "negatif feedback" yang pertama. Nih kirer ok, memandangkan asyik dapat pujian semenjak hari Ahad, sekali skala, perlu jugak jamah tomahan. Memandangkan aku baru habis exams dan sedang berada didalam semestral holidays, mari kita 'have a go' at this so called person dengan nama samaran 'Guest'. Takkan nak kasi dia bebual ikut sedap mulut jer.. yer tak? Sejurus selepas kami upload artikal mengenai pencapaian Wan Abg dari Keris, 'anonymous tagger' yang bernama 'Guest' memberi komen:

Guest: wan play nice music but he need to learn how to play the rebana the dikir barat way...foundation no strong..wonder y he get the paluan terbaik

(tatkala di saat itu, beliau menambah...)

Guest: frankly, u all dapat 3rd is not down to luck

(menurut susunan bahasa, ianya berbaur pujian, namun begitu, dari segi prakmatik, ianya seperti tomahan... tapi editor buat bodoh, tak penting..)
maka kami menjawab (to the 1st comment)

Editor to Guest: Maybe its because he introduces something fresh to the scene. Of course, this will upset the conservatives seperti mengubah tarian melayu kepada hip hop and calling 'it' tarian melayu.. but, definisi seni adalah pada empunya.. lets be open minded about it..

Lantas, Guest memberikan komen yang takder kene mengener dengan komen editor..

Guest: but when i see u all perform....i sincerely tink that the 2004 bagde are much much better than this badge...no hard feeling

Pada detik ini, DNN sudah mendapat sedikit gambaran tentang 'guest' kita nih. Beliau tahu sedikit sebanyak tentang hal perihal paluan, beliau seorang yang vokal dan beliau boleh dikatakan orang lama sebab ada pengetahuan tentang skuad Durbar Dua dalam Mega Perdana 2004. DNN membalas...

Editor to Guest: Umm, its spelt as 'batch'.. and yes, we know that 2004 was much better.. thats why this win was emotional.. it was some ppl in THAT batch that said that we cant... it hurts, like hell.. to be told in front of your face, that we have no hope...

Guest menjawab dengan memberikan komen yang mencurigakan...

Guest: to have hope..the people on top have to do sumthing. its not down to luck and u did not deserve the placing too.

(apakah maksud beliau yang sebenarnya? 'the people on top'... adakah ini sebuah representasi gabungan ataupun pucuk pimpinan kita? wallahualam... walaubagaimanapun, 'guest' nih confirm tahu hal ehwal politik orang-orang atasan. Beliau mungkin seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat di sebuah komitee, namun begitu, ini semua andaian)
DNN, saja nak bahasakan dier, menjawab..

Editor to Guest: Thanks for your opinions.. I respect that.. this is part and parcel of a competition.. there will be disagreements.. and if I could correct your grammar.. its "its down to luck".. when you put "not", it gives the opposite meaning..

"guest", by now, was a little irritated :P

Guest: clever...but not clever enough...lick more balls

dan apa kata kita buat dia 'lebih' marah?

Editor to Guest: UUuuuuuuu!!! you just proved to the world what an ass you are... our conversation ends here... NEXXXTTTTTTTT

dan jawapan 'guest' untuk menunjukkan kemarahannya?

Guest: ass=black like editor

Tatkala di saat ini, aku tak tahu sama ada untuk gelak atau pengsan. Nyatanya, aku sedang berbalas-balas komen dengan seorang insan yang dewasa tetapi mempunyai daya intellek yang tiada bezanya dengan seorang anak kecil. Rasanya seperti berbicara dengan seorang anak murid yang sedang marah dengan gurunya dan tidak mempunyai apa-apa lagi alasan untuk menegakkan terasnya, lantas beliau terpaksa menghembuskan tomahan yang berjela-jela. Akhir kata, kepada anda 'guest', 'its easier to hide in anonymity than face faceless enemies'... 'lebih senang untuk anda bersembunyi di sebalik bayang daripada berdepan dengan musuh yang tak berwajah' - DurbarNews