Friday, June 27, 2008

PERHIMPUNAN AGUNG DURBAR DUA 2008


















(kiri): "Hai, alangkah indahnya kalau aku jadi Juara. Bayangkan, orang panggil-panggil nama aku..."
(kanan): Sekiranya anda teringat peribahasa 'melepaskan batuk di tangga', Black pula dengan tidak sengaja 'melepaskan kentut bawah rebana'.

Bishan - Acara tahunan perhimpunan agung Durbar Dua telah berjalan dengan lancar semalam dengan kebanyakkan anggota melahirkan pendapat-pendapat bernas serta realistik tentang matlamat Durbar Dua untuk tahun ini. Seperti perhimpunan tahun lepas, suara-suara individu yang mahu melahirkan ketidak puasan, kritikan membina mahupun cadangan untuk memajukan kumpulan ini telahpun diambil secara terbuka dan lapang dada. Kehadiran muka-muka lama, baru, popular serta yang tidak begitu popular telah memeriahkan lagi suasana dan memecahkan ketegangan meeting yang boleh dikatakan 'serious giler'.
Presiden Durbar Dua, Encik Rezal, dalam amanat rapat kebangsaannya yang ke 89, berhujah, "Musim nih kita ada muka-muka lama yang nak main balik seperti Mon, Santau nih semua. Jadi aku harap korang commited giler babi sebab terus terang aku cakap, awok punya placing mesti fight punya. Selamat ah korang." Sejurus selepas itu, Kunch secara tidak langsung memberikan senyuman konfidennya (Rezal, take note.. action dia nih..). Latihan Durbar Dua juga telah secara rasmi bermula pada hari Jumaat. jadi, peringatan bagi semua kerabat Durbar Dua, Jumaat training! - DurbarNews