BIGGY DAH DOPLOH EMPAT TAHUN sehhh!!!
"Bukan main cute lagi dia..."
Kemanisan menyambut hari jadinya ditambah lagi dengan berita bahawa Encik Biggy juga telah lulus ujian motosikalnya (TP) pada hari yang sama. Apabila ditanya, apakah motosikal yang bakal dibelinya, beliau hanya mampu menjawab dengan senyuman sinis, "Gilera." Namun di saat itu, penulis tidak dapat menahan derai ketawa kerana tidak dapat bayangkan orang sebesarnya menunggang motor sekecil gilera. Tapi apakan daya, at least, beliau pass jugak. Di berita lain, Kak Shikin pun telah lulus ujian TP keretanya. Ini merupakan detik kejayaan tahap 'double whammy' untuk kerabat kita. Mintak-mintak, Kak Shikin beli kereta jadi makin bertambahlah transport untuk kita pegi competition dewasa kelak. - DurbarNews